18 Julai 2011

DR.LO LO DALAM INGATAN


Al Fatihah. Negara kehilangan seorang serikandi Islam yang sangat gigih, berani dan sabar. Dari raut senyumannya sepanjang masa seolah-olah beliau sorang yang sihat walafiat. Semoga Allah melapangkan kuburnya, menerangi dan membariskan Allahyarhamah di kalangan mereka yang berjuang untuk Islam semasa hayat mereka.

Saya masih ingat pada awal penubuhan LANDAS dimana masalah remaja menghidu gam adalah masalah yang sangat diambil perhatian oleh para aktivis LNDAS. Isu gam adalah masalah yang amat serius di kalangan remaja Melayu.Walau pun ge
jala menghidu gam amat serius namun ia tidak mendapat tempat di hati pemimpin negara. Entah mengapa kami pun tak tahu. Menurut maklumat yang saya perolehi dari jabatan narkotik IPD langkawi, mereka yang menghidu gam adalah di kalangan mereka yang tidak mampu membeli dadah. Dadah mahal berbanding gam. Mereka yang menghidu gam berada di kelas yang kedua.


Atas dasar tanggungjawab kepada anak bangsa, al fadhil ustaz Kamaruddin Kassim selaku orang kuat LANDAS pada ketika itu telah mengutarakan masalah berkaitan menghidu gam di kalangan remaja kepada allahyarhamah Dr.Lo' Lo'. Atas dasar tanggungjawab jualah beliau telah membawa isu gam ke parlimen untuk di bincangkan di peringkat sidang dewan rakyat. Saya sempat mendengar nama beliau disebut oleh pemberit
a berkenaan isu gam yang dibangkitkan.


Hingga kini masalah remaja menghidu gam masih belum mendapat perhatian. Saya telah berbual dengan pegawai AADK dan polis bahagian narkotik berkenaan masalah gam. Semuanya mengatakan mereka tak boleh buat apa-apa kerana gam tiada akta yang membolehkan mereka yang menghidu gam didakwa atau di tangkap untuk dimasukkan dalam penjara. Saya juga bertanya apakah tugas mereka hanya untuk menangkap tetapi bukan untuk menyelamatkan. Bagi saya penagih gam bukanlah penjenayah, mereka hanyalah penagih yang memerlukan rawatan dan pemulihan. Saya juga pernah mendengar yang JKM juga memerlukan undang-undang untuk mereka mengambil tindakan ke atas penagih
gam. Apakah menjadi penagih masih belum di kategorikan sebagai kes. Inilah masalah umat hari ini, kita hanya pandai menghukum bukan untuk menyelamat.

Masalah remaja hidu gam di kalangan pelajar sekolah melibatkan seawal usia 10 tahun. Mudah diperolehi dengan harga murah sekitar RM3.50, berbanding dengan penggambilan dadah, sekali sedut atau cucuk mencecah RM50.00. Gejala penagihan gam ini sudah menjadi barah yang menanah dalam masyarakat melayu Islam masa kini.


Kenapa pihak berkuasa tidak memandang serius dan memberikan keutamaan. Apakah dengan ada akta baru kita ambil tindakan. Mana perginya tanggungjawab sosial dan dakwah. Gam juga mengandungi pelarut seperti toluene serta trichloroethylene iaitu toksid yang boleh menggangu fungsi jantung. Bahan larutan ini akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akirnya boleh menyebabkan kematian. Kesan lain pada fungsi otak ialah; menjadi nyanyuk, hilang ingatan, psikotik atau gila, hilang upaya deria dan kelumpuhan pada bahagian tertentu.

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Allahyarhamah di atas jasa yang tak terhingga.Tugas telah pun dijalankan dan insyaAllah beliau akan terlepas dari soalan tanggungjawab di hadapan Allah. Ya Allah, hambaMu ini telah pun menyelesaikan tanggungjawabnya. Oleh itu kami memohon kepadaMu, Engkau terangilah kuburnya dan berehatlah dia bersama hamba-hambaMu yang berbakti dan berjuang di jalanMU. Amin Ya Rabbal 'aalamin. Di bawah adalah kata-kata pesanan Dr. Lo' Lo' kepada Dr. Asri Zainul Abidin yang saya petik dari tulisan Dr.Asri.

“Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.

0 comments:

Catat Ulasan