30 Mei 2010

Majlis menangani gejala sosial pantau pusat hiburan

LANDAS Langkawi telah diberi penghormatan dan dijemput bersama untuk memantau operasi pusat-pusat hiburan di sekitar Langkawi, pada malam 28 Mei 2010. Pemantauan ini adalah susulan dari mesyuarat majlis menangani gejala sosial di Pejabat Daerah Langkawi pada 20hb April yang lepas. LANDAS yang di wakili oleh Pengerusinya saudara Mohamad Ali Abdullah telah dipelawa untuk menjadi ahli majlis tersebut. Fungsi Majlis tersebut ialah untuk memantau pusat-pusat hiburan yang beroperasi lebih masa, demi untuk memastikan tiada pengusaha pusat hiburan yang melanggar undang-undang. Penubuhan Majlis tersebut juga berfungsi untuk mengambil maklumat dan memberi peringatan kepada pengusaha pusat hiburan yang degil bahawa lesen mereka akan ditarik balik jika di dapati mereka tidak mematuhi undang-undang yang sedia ada.

Kami aktivis LANDAS kurang pasti sejauh mana majlis ini akan berfungsi. Jika benarlah mereka serius melaksanakan pemantauan, gejala mabuk dan rosak ahlak sudah pasti akan berkurangan. pusat hiburan yang beroperasi hingga lewat malam adalah penyumbang terbesar kepada gejala sosial kerana anak-anak muda menjadikan tempat tersebut sebagai tempat menghabiskan masa.

Lawatan ke pusat-pusat hiburan pada malam tersebut disertai oleh Ahli Majlis Derah, Pegawai Agama Langkawi, Ketua polis Daerah Langkawi, Imigresen dan Rela. Hasil dari lawatan tersebut kami mendapati masih ada pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen atau lesen telah tamat tempoh. Ada juga pusat hiburan yang beroperasi tanpa ada dokumen dari PBT. Agak menghairankan bagaimana PBT boleh membiarkan pusat hiburan yang tiada lesen untuk beroperasi.

Ada juga pusat hiburan yang di penuhi oleh polis. Di Nagoya contohnya dimana tempat tersebut telah dilevelkan sebagai kawasan hitam kerana tempat yang agak tersembunyi. Kami menemui 7 orang anggota polis yang sedang rancak berkaraoke bersama seorang perempuan. Ssahabat saya yang merupakan seorang ustaz telah menemui mereka dan memberikan sedikit nasihat tentang pergaulan bebas.

Dengan nada sombong anggota polis tersebut berkata "bagaimana hendak bercinta kalau tak boleh berkawan dan saya tak puas hati kerana saya tak bersalah". Anggota polis sering kali merasakan bahawa mereka bebas berbuat apa sahaja. Status sebagai polis agaknya mereka merasakan bahawa mereka adalah orang yang paling berkuasa kerana mereka adalah pelaksana undang-undang. Sebagai polis mereka sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat. Jangan sampai mereka menjadi bahan cemuhan kerana perbuatan mereka sendiri. Kami juga sering bertemu anggota polis semasa dalam dakwah lapangan. Polis yang berkelakuan buruk tidak akan mampu menjadi pelindung masyarakat sebaliknya akan menjadi punca membiaknya gejala samseng dan jenayah.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Apa kata OCPD???????????? Rasanyerrrrrrrr elok LANDAS buat ceramah kesedaran kat IPD Langkawi.... Hamba rasa betul sangat kata orang tua kite "kerana nila setitik rosak susu sebelanga" one more "kerana seekor kerbau bawa lumpur habis terpalit satu kawan" Betoi kerr. Sudilah ambil maklum cadangan hamba....

Khamis, 03 Jun, 2010

Catat Ulasan