22 Mei 2010

MALAS,SELESA PUNCA UMAT ISLAM SAKIT AHLAK DAN DI HINA

Gigih tanpa mengenal penat lelah, beliau menjelajah seluruh dunia untuk menyampaikan kalam Allah. Kalau sebelum mengenali Islam beliau berguru di Vatican City untuk mendalami apa itu Kristian kali ini beliau menjelajah ke merata tempat untuk memperkenalkan apa sebenarnya Islam. "Hj. Ayub namanya, mengingatkan saya kepada kekentalan Salahuddin Al Ayubi singa Allah yang berjaya merampas Palestine dari tangan tentera Salib". Hari ini untuk mati syahid tak perlu ke medan perang, cukuplah dengan menangkis serangan pemikiran yang di sasarkan oleh si kafir ke atas umat Islam. Persaingan mengembangkan pelbagai agama amat ketara di masa kini. Setiap agama masing-masing sedang berusaha meramaikan pengikut agama masing-masing. Umat Islam semestinya jangan leka dengan perkembangan ini. usaha memurtadkan umat Islam yang jahil akan di perhebatkan dari masa ke semasa. HJ. Ayub juga menyeru agar para ustaz yang kembali dari Mesir atau mana pusat pengajian islam agar terjun ke tengah masyarakat untuk berdakwah. Jangan malas dalam memikir dan mengembangkan agama Allah. Jangan hanya duduk di tempat yang selesa katanya. HJ Ayub giat berdakwah di Sarawak. "Setakat ini saya telah mengislamkan 31 buah rumah panjang di Sarawak katanya kepada hadirin ketika menyampaikan ceramah di masjid Aishah" Islam pasti akan kembali gagah jika ramai umat Islam yang sanggup mengorbankan masa dan tenaga seperti beliau. Semoga Allah akan terus memberi kekuatan kepada beliau dan semoga lebih ramai lagi umat islam yang akan mengikut jejak langkah beliau.

Kalau semasa di dalam kristian beliau mengimpikan syurga yang kelas pertama beliau masuk ke dalam Islam juga mengimpika syurga yang sama melalui jalan dakwah. Bukanlah pendakwah berdakwah kerana mengharapkan syurga tetapi Allah telah menjanjikan syurga yang tinggi kepada mereka yang gigih dalam mengembangkan seruannya. Takkan sama nialai amalan seseorang di sisi Allah. Syurga Firdaus adalah syurga yang paling tinggi untuk umat yang mati syahid kerana menyamoaikan atau mempertahankan kalimah Allah. Firman Nabi SAW tentang mati syahid " barang siapa yang dapat beramal dengan sunnah ku di akhir zaman maka dia akan mendapat pahala 100 mati syahid" . Mati syahid bermakna terkorban sewaktu mempertahankan agama Allah. Begitulah cabaran getir yang di hadapi oleh umat islam yang mahu beramal dengan Islam. mereka akan berhadapan dengan rintangan yang besar.Inilah tugas besar yang terpaksa di hadapi oleh pendakwah jika mengidamkan mati syahid.Untuk mengembalikan kegemilangan Islam bukanlah perkara mudah kerana ia bakal menghadapi berbagai mehnah yang kadang-kadang ada yang kecundang.





0 comments:

Catat Ulasan