16 Mei 2010

APABILA PEMIMPIN MENJADI JALANG AMAR MA'RUF

"Judi, arak, hidonisme dan perempuan" adalah pelengkap kepada kemungkaran sesebuah negara. Sesebuah negara amat malang kerana memiliki pemimpin yang berkiblatkan keseronokan sementara. Rakyat ditunjukan jalan ke arah kelalaian yang menjurus mereka kepada kehancuran. Saban hari rakyat dihidangkan dengan gejala negatif sekaligus menyebabkan mereka semakin renggang dengan Islam. Tak hairanlah rakyat semakin hari semakin rosak kerana perut mereka dikenyangkan dengan hasil yang haram. Apakah kerajaan boleh mengelakkan diri dari hasil yang haram dengan tumbuh pesatnya industri haram. Pemimpin yang bermukakan talam tidak sepatutnya ada di negara yang majorotinya umat Islam. Rosaknya rakyat terutamanya anak muda adalah hasil mainan pemimpin yang munafik. Munafik terhadap kemungkaran dan amar ma'ruf. Pemimpin hari ini boleh menjelmakan diri dengan menyerupai berbagai rupa. Hari ini mereka boleh merasmikan program Tilawah AL-QURAN esok pula mereka boleh merasmikan upacara tari menari. Mereka boleh menjadi binatang dua alam. Boleh hidup di laut dan di darat.

Kemana perginya Pak Menteri yang menguruskan hal ehwal agama? Kalau dahulu semasa menjadi penceramah bebas beliau pandai bercakap hal amar ma'ruf nahi munkar tetapi bila naik jadi menteri semuanyanya menjadi ma'ruf. dari dulu hingga sekarang pemimpin agama hanya memerhati kemungkaran yang dianjurkan oleh pemimpin yang lebih berkuasa. Sekali lagi rakyat yang cintakan Islam di hina. Mereka menghalang syariat Islam dari diamalkan dengan cara mewujudkan sesuatu yang boleh melelaikan orang Islam. Lihat saja di kaca-kaca tv hari ini dimana artis terkinjal-kinjal berseronokan. Tak cukup dengan terkinjal-kinjal mereka diberi hadiah yang lumayan agar mereka lebih cemerlang dalam melakukan kemungkaran. Dengan keseronokan yang tiada batasan maka manusia mudah terdedah kepada kemungkaran.

Menteri agama seharusnya meletakkan jawatan kerana penghinaan ini. Apa maknanya mereka menjadi menteri yang menguruskan hal ehwal agama jika pandangan mereka dibakul sampahkan. Adanya Menteri di kerusi tersebut telah menjadi satu beban fitnah kerana rakyat yang jahil akan mengatakan semuanya benar kerana menteri gagal memberi komen atau peranan yang berkesan. Mengapa negara umat Islam masih memiliki pemimpin yang jahil. Adakah Malaysia telah kehabisan pemimpin yang amanah dan soleh?

Dengan perkembangan yang semakin mencabar, umat Islam seharusnya meninglatkan aktiviti dakwah. Beranikan diri keluar rumah dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Pendakwah janganlah ada rasa penat dan letih jika mahu Islam dijulang. Perasaan jemu dan letih hanya akan membuka ruang kepada mereka yang berfikiran sekular mengembangkan dakyah mereka.

Judi adalah ibu kepada segala jenayah. Mereka yang kaki judi akan menghabiskan masa di meja judi. Mereka juga terdedah kepada meminjam wang dari along atau samseng yang sentiasa mengambil kesempatan ke atas mereka yang terdesak. Anak isteri juga bakal menjadi mangsa kaganasan rumah tangga.

Pemimpin seharusnya memikirkan alam kubur yang bakal mereka diami dek kerana perbuatan mereka yang melampau batas semasa di dunia. Duit yang banyak tak akan mampu menjadi penyelamat di alam kubur. Nama mereka juga bakal menjadi bahan cacian orang seandainya mereka meninggalkan sesuatu yang merosakkan umat.
Ada dua peringatan Nabi s.a.w. dalam 15 perkara mengundang bala Allah iaitu; "Yang menjadi ketua satu kaum (puak) adalah terdiri daripada orang yang terhina di antara mereka, seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya" (وكان زعيم القوم أرذلهم وأكرم الرجل مخافة شره)

0 comments:

Catat Ulasan