APABILA SYAITAN MENJELMA MENJADI MANUSIA
Mahluk berbaju merah ini adalah anggota polis yang kalau tak silap berpangkat sarjan.
Malam 21hb yang lepas apabila para aktivis LANDAS pergi ke sebuah pusat hiburan di Jeti Point. Tanpa di sangka-sangka kami terserempak dengan dua orang polis yang berkaraoke dengan beberapa orang wanita. Saya amat kenal dengan polis tersebut. Mungkin dia tak kenal atau lupa siapakah saya. Saya mengenali beliau sewaktu saya dan rakan2 membantu rukun tetangga menyerahkan kumpulan remaja lelaki dan perempuan kerana berkurung dalam kedai yang kosong. Sewaktu di balai saya menyangka bahawa polis ini seorang yang beramal dengan Islam. Ini kerana dia mengeluarkan kata-kata yang berbunyi " kamu ni memalukan orang Kelantan yang terkenal dengan serambi Mekah". Ini kerana salah seorang remaja yang di tangkap berasal dari Kelantan.Sebelum ini pun saya tak pernah percaya bahawa ramai anggota polis yang menjadi penunggu kepada tempat maksiat sehinggalah saya sendiri menyaksikan apa yang menjadi buah mulut orang ramai. Agaknya itulah sebab pusat hiburan di Langkawi boleh beroperasi hingga ke pukul 4 pagi. Apa sudah jadi dengan mereka yang melaksanakan undang-undang. Bak kata orang " harapkan pagar,pagar makan padi". Timbul rasa geram yang membuak-buak sebaik sahaja melihat mereka berada di situ.
" Yang tua lebih-lebih lagi kena beringat kerana mati tak mengira tua atau pun muda. Jangan sampai kita mati di saat kita melakukan maksiat kepada Allah" . Itulah kata-kata sindiran yang saya lemparkan kepada polis tersebut. Kelihatan dia agak malu lalu beredar ke tempat yang agak jauh dari kami. Dia kelihatan tidak selesa dengan kehadiran kami. Saya bertanya kepada pemilik karaoke tersebut adakah polis tersebut yang menjadi pelindung kepada karaoke di Langkawi. "Saya kenal siapakah orang ini" kata saya kepada pemilik karaoke tersebut.
Mengapa harus ada manusia yang menjadi dalang kepada ibu segala kejahatan. Mereka boleh menyerupai bermacam-macam mahluk. Yang paling malang ialah apabila mereka boleh menyerupai mahluk yang baik sedangkan mereka adalah mahluk perosak.
2 comments:
Salam!
Rabu, 02 Jun, 2010Sy baru ari ni log in ke blog ni... alhamdulillah syabas kepada mereka yang terlibat dalam membenteras gejala2 yang menyalahi kehendak Allah. Namun apa yang saya sedikit tidak setuju apabila berita yang dilaporkan jelas menelanjangi(memalukan) individu terlibat. Saya memeberi komen ini kerana dalam berita2 lain cantik pula tulisannya. Ayat2 pun sopan bila dibaca.
Maaf ye kalau komen saya ini salah. Mungkin saya jahil dalam soal dakwah. Saya mohon maaf kepada Allah dan tuan punya blog
salam...
Rabu, 18 Ogos, 2010syabas kepada pihak yg menjalankan tugas dan tnggungjawab..saya setuju dgn niat baik pendakwah...tp cuba pikirkan balik anda berdakwah kerana allah s.w.t atau tujuan untuk meng'aibkan seseorang...jika betul niat anda suci, anda tidak akan papar dalam blog ini..
Catat Ulasan