operasi ke atas pelajar sekolah
Pelajar sekolah yang masih hingusan tidak malu bercouple di khalayak ramai. Tanpa rasa malu bahkan rasa bangga mereka berkepit tanpa memikirkan mata yang memandang. Masyarakat yang tak kisah dan tak berani menegur adalah punca kepada gejala semua ini.Saya sempat menghubungi waris kepada pelajar perempuan dan bertanya apakah mereka tahu ke manakah anak mereka.Tanpa rasa bersalah emak kepada remaja perempuan mengatakan dia yang membenarkan anak gadisnya pergi bersama pelajar lelaki tersebut.Dia membenarkan kerana "mereka akan bertunang tak lama"lagi katanya.Gelagat anak muda hari ini sungguh menakutkan. Mereka langsung tidak seperti pelajar sekolah apabila berada di luar sekolah. Cara berpakaian dan tingkah laku seolah-olah mereka mereka tiada waris. Ibu bapa memberikan kebebasan seluas-luasnya.
0 comments:
Catat Ulasan