Kempen "HAYATI ISLAM" ganti kempen "KAMI PRIHATIN"
Kempen hayati dosa dan pahala lebih berkesan berbanding kempen kami prihatin yang di lancarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini. Manusia yang sedar akan hakikat kehidupan sementara tidak akan menghabiskan hidupnya dengan benda yang boleh menjerumuskan hidupnya ke lembah kebinasaan. Beliau yang menjadi ikon kepada keluarga seharusnya memfokuskan cara hidup Islam untuk menjadi santapan seharian. Hanya Islam yang mengangkat martabat dan menjaga maruah wanita berbanding agama lain. Selagi manusia tidak mendampingi Allah selagi itu mereka akan terumbang- ambing. Semua orang tahu bahawa kes buang bayi meningkat dari hari ke hari. Puncanya pun semua orang tahu. Semua orang tahu dan pak menteri lebih lagi tahu bahawa nipinya iman punca semua ini berlaku. Cuba beliau tanya diri sendiri apakah usaha yang di buat untuk memartabatkan Islam?Bagi kami aktivis LANDAS, salah satu puncanya ialah ikatan persaudaraan yang telah terlerai dari kalangan orang Islam itu sendiri. Orang Islam terikut-ikut dengan cara hidup Barat yang beramal dengan hidup privacy atau hidup nafsi-nafsi. Tidak menjaga tepi kain sesama umat islam. Orang Islam mudah menelan racun yang di hidangkan oleh musuh sementara mereka yang mampu menolak tidak mampu menjadi benteng kepada saudaranya. Bagi kami, anak muda hari ini tidaklah separah mana jika seluruh umat Islam mengamalkan sikap ingat mengingati. Umat Islam pantang selesa lantas akan menyebabkan dia terus lena. Benarlah sabda Nabi SAW " dunia ini adalah penjara bagi umat Islam dan syurga bagi orang kafir". Kata-kata pesanan Nabi ini telah gagal di hayati oleh sebilangan besar umat nya dan sebaliknya menjadikan dunia ini sebagai syurga.
0 comments:
Catat Ulasan