23 April 2010

BERSELUAR PENDEK DAN BERCOUPLE TETAPI BERBAHAS TENTANG ILMU MAKRIFAT

PANTAI CENANG: Jam 11.30 malam di lorong berhadapan THE BOUTIQUE RESORT adalah laluan yang dipilih untuk meneruskan aktiviti dakwah kami. Belum pun sampai di pantai kami telah terserempak dengan beberapa couple yang masing-masing dengan aksi tersendiri. Dalam gambar ini adalah pasangan kedua yang kami temui. Agak ramai pasangan pada malam ini hinggakan kami "tak menang tangan" { loghat Kedah } hendak berbual dengan mereka. Sebaik sahaja kami bagi salam dan bertanyakan tentang identiti kami terus memulakan mukadimah tentang batasan pergaulan.

Dalam kami memperkatakan tentang halal haram dan adab dalam pergaulan kami juga bercerita tentang solat. Belum pun sempat kami pergi jauh bercerita tentang kewajipan bersolat, anak muda yang berusia dalam lingkungan 25 tahun memulakan hujahnya. Katanya " seseorang itu jatuh syirik jika dia bersolat dalam masa dia masih berdosa ". Bagaimana dia bersolat sedangkan dia berdosa kepada Allah itulah tafsiran yang kami buat hasil dari perkataan yang terkeluar dari mulut pemuda tersebut. Yang penting hati yang bersih bukan zahir" katanya lagi

Aktivis LANDAS yang terdiri dari mereka yang berpengetahuan tentang agama segera membetulkan apa yang diungkapkan oleh remaja tersebut. Oleh kerana tiada asas pengetahuan agama remaja ini terdiam apabila kami masing-masing mengeluarkan hujah. Kami akan meminta pejabat agama menyiasat siapakah yang bertanggung jawab menyebarkan ajaran sesat ini.

Remaja ini disyaki mengamalkan ajaran sesat berdasarkan cara percakapannya. Beliau mengelak apabila kami bertanya siapa tok gurunya dan di mana gurunya berada. Remaja ini berasal dari kampung Kuah.

0 comments:

Catat Ulasan