07 Oktober 2011

KOMEN ARTIS ISU HUKUM HUDUD


Sedutan komen ENOT :

"Memang zaman dulu orang Islam mengamalkan hukum hudud kepada mereka yang membuat kesalahan, contohnya bagi mereka yang berzina "hukum sula" akan dikenakan. Tapi rasanya sekarang ia tidak lagi sesuai. Malah, kita wajar memberi peluang kepada pesalah untuk berubah. Kalau hukum hudud dijalankan, pesalah terbabit terpaksa hidup dalam keadaan yang tidak sempurna, seperti tiada tangan, kaki dan sebagainya. Bagaimanapun, semua ini tidak menjamin mereka akan insaf sepenuhnya."

Enot kena mengucap dua kalimah syahadah, bertaubat dan istighfar banyak-banyak. Ini menunjukkan enot tidak faham apa itu hukum hudud. Jangan celupar dan gatai mulut sangat nak buat komen apabila wartawan tanya sikit. Dalam hukum hudud mana ada hukum sula. Enot kena masuk belajar syariah dalam bab jinayat dan usuluddin. Hukum menutup aurat yang mudah dilaksanakan pun enot tak mahu ikut. Sendiri buat pasal sudah tak sanggup hadapi risiko kritikan orang ramai dan terasa tertekan.

Sepatutnya dizaman dunia tanpa sempadan dan pengajian agama ada di mana-mana tiada lagi manusia yang jahil seperti Enot.Ilmu boleh diperolehi melalui bermacam cara seperti melalui kuliah agama,mambaca buku atau surat khabar dan melalui internet.

Jahil dan celupar adalah dua perkara yang amat di takuti kerana tanpa disedari seseorang boleh rosak akidah.Komen-komen yangdibuat seolah-olah manusia lebih pandai dan mengetahui dari Allah.

Landas Langkawi

0 comments:

Catat Ulasan