APA DAH JADI DENGAN DR.MAZA
Bekas Mufti Perlis Dr.Asri Zainul Abidin tidak bersetuju dengan cara memprotes kedatangan Elton John ke negara ini.Elton John telah di undang ke negara ini untuk mengadakan konset di Genting Highland.
Kalau sewaktu menjadi mufti Perlis beliau pernah mengeluarkan kenyataan membantah cara jabatan agama menyerbu mereka yang disyaki melakukan maksiat.Kali ini beliau menyamakan Pemuda PAS dengan Taliban kerana memprotes kedatangan Elton John ke Malaysia.
"Dr.Asri tidak setuju dengan memprotes kedatangan Elton John tetapi cukup dengan hanya mengajak orang Islam supaya tidak mengunjungi konset tersebut".
Sebagai seorang lulusan agama yang bertaraf Doktor apakah beliau lupa dengan Rasulullah saw yang di riwayatkan oleh Abu Sa'id Al Khidri r.a "aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Siapa antara kalian yang melihat kemungkaran maka ia harus mengubahnya dengan tangannya,jika ia tidak mampu hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya dan jika jika tidak mampu juga hendaklah is mengubahnya dengan tangannya dan itu adalah selemah-lemah iman.(h.R Muslim)
Tahukah beliau penyebab berleluasanya maksiat di negara ini kerana semua orang Islam yang ada di negara ini hanya setakat tidak bersetuju tetapi tidak dengan menghalang sebarang hiburan yang melampau dengan perbuatan.Cara ini telah membuka ruang kepada penganjur maksiat dari terus menganjurkan maksiat.Dr.Asri dahulunya pernah berhasrat mahu turun berdakwah di pusat-pusat hiburan apabila beliau di tangkap dan dihalang berceramah kerana tiada tauliah atau di kaitkan dengan Wahabi.Sepatutnya beliau turut kecewa dan sedih kerana kerosakan yang membelenggu umat islam terutamanya anak muda.
kami masih menunggu bilakah agaknya Dr.asri akan mengotakan janjinya untuk turun ke lapangan.Jika tidak jadilah beliau hanya seorang yang"membuat cadangan tetapi tidak kemana"
LANDAS bukanlah cenderung kepada mana-mana parti politik tetapi sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik yang serius mencegah maksiat.LANDAS pernah dipelawa oleh salah satu parti politik melayu untuk turun ke lapangan tetapi menolak kerana tidak setuju dengan dasar amal makruf dan amal munkar yang di lakukan oleh parti politik berkenaan.
0 comments:
Catat Ulasan