11 Oktober 2011

BOHSIA DAN BOHJAN KEMBALI

Bohsia dan bohjan suatu masa dulu hangat diperkatakan oleh masyrakat melayu Islam.Entah dari mana datangnya istilah ini?Apakah maknanya bohsia dan apa pula bohjan?

BOHSIA

Bohsia mengikut pengertian para pengamalnya bermakna wanita yang kerjanya melanggan lelaki berbilang-bilang.Mereka tidak mengira pasangan dan akan melayan mana-mana lelaki yang sanggup mengadakan hubungan sek dengan mereka.Pendek kata mereka ini adalah wanita yang ketagihan sek.Bohsia lebih teruk dari pelacur kerana mereka melayan lalaki tanpa mengira tempat dan masa.Kadangkala mereka menjual maruah untuk mendapatkan wang ringgit dan kadang kala suka-suka.

BOHJAN

Bohjan pula ialah gelaran yang diguna pakai untuk lelaki yang menjadi pasangan bohsia.Bohjan juga adalah teman hidup kepada bohsia.Mereka juga berkongsi pasangan.Tiada pasangan tetap dan semua berhak menikmati mana-mana pasangan.

APA KAITAN GAM DENGAN BOHSIA

Gam dan bohsia memang tak dapat dipisahkan.Ini kerana kedua-duanya mengamalkan ajaran lepak dan pergaulan bebas.Mereka yang telah terjebak kelembah gam amat susah untuk dipulikan kerana ia bersangkut paut dengan keseronokan tanpa batas.Dengan gam mereka takkan peduli apa orang kata dan tak peduli nasihat.

AKTIVITI BOHSIA DI LANGKAWI

Kebelakangan ini kegiatan bohsia didapati kembali aktif di Langkawi.Mengikut tinjauan yang kami buat,kegiatan bohsia dilakukan dilakukan oleh para penagih gam.Lokasi kegiatan mereka ialah dikawasan gelap jambatan pasar malam Kuah,belakang Kedai runcit Sim Ban dan bawah pokok ara(bersebelahan rumah yang telah dirubuhkan)

Insya Allah LANDAS akan menghubungi Pejabat Agama dalam mengekang aktiviti ini dari terus berlaku.Jabatan Agama mempunyai peruntukan undang-undang untuk membenteras aktiviti maksiat ini dengan menggunakan enakmen pergaulan bebas.masyarakat juga hendaklah melihat isu ini sebagai isu yang sangat besar kerana ia berpotensi mengudang bala Allah.





0 comments:

Catat Ulasan