06 Disember 2011

LANGKAWI DESTINASI SELAMAT KEPADA KAKI MAKSIAT

Pentas konset di kawasan parkir LADA.


Waktu ini Langkawi dibanjiri oleh manusia dari pelbagai pelusuk dunia.Pameran LIMA namanya yang semua rakyat Malaysia tahu akan namanya.Waktu ini juga bermacam jenis perangai manusia berada di langkawi.Kepada mereka yang mahu memastikan apa yang saya katakan adalah benar datanglah ke Langkawi.


Langkawi adalah sebahagian dari negeri Kedah.kami yang berada di Langkawi merasakan bahawa langkawi bukan berada di bawah pemerintahan PR.Apa tidaknya di mana pusat hiburannya amat banyak.Tiada langsung usaha dibuat untuk mengekang manusia dari terus hanyut di telan hiburan yang melampau.


Tiada langsung perubahan penghayatan agama dan mengajak penduduk Kedah kearah penghayatan Islam yang lebih syumul.Kami difahamkan bahawa MB tidak mengambil tahu langsung hal ehwal jabatan agama kerana ianya di bawah kuasa sultan.Apakah Tuanku Sultan akan murka jika beliau berhajat mahu menambah baik dan keberkesanan Jabatan Agama atau MB mahu melepaskan diri dari tugas yang sangat penting ini.


Kami telah banyak kali mengadu akan hal pusat hiburan yang tidak mematuhi waktu operasi dan penjualan minuman yang memabukkan di dalam pusat hiburan.kami juga pernah menghantar memorendum secara terus berkenaan cadangan supaya kerajaan negeri mendesak kerajaan pusat menyelaraskan harga arak Langkawi dengan tanah besar.Cadangan kami bukan setakat tidak diambil perhatian malah langsung tidak dibincangkan bersama anak buah beliau.


Kami kurang faham apa yang beliau pernah isukan dalam ceramah sebelum memerintah Kedah dimana beliau mahu rakyat diberi lebih keutamaan dalam penghayatan Islam.

0 comments:

Catat Ulasan