PAHANG LARANG WANITA BEKERJA DI PUSAT HIBURAN"TAHNIAH"




Kerajaan Pahang larang wanita bekerja di pusat hiburan. Tahniah kerajaan Pahang. Negeri lain tunggu apa lagi. Sebelum ini negeri Pahang jugalah yang berani membicarakan wanita Islam yang minum arak di khalayak ramai dan di jatuhi hukuman sebat. Sewajarnya negeri lain tanpa melengahkan masa mengikut langkah dan bergerak bersama memberanikan diri melaksanakannya.

Pusat hiburan yang ada di negara ini sememangnya patut dilarang sama sekali orang Islam mengunjunginya. Ini kerana kesemua pusat hiburan menyediakan minuman yang memabukkan atau paling tidak ia menjadi sarang bercampurnya lelaki dan wanita.Walau pun ada orang berkata tak salah berhibur tetapi akibat dari berhiburlah manusia akan menjadi lalai dan seterusnya membawa kepada keruntuhan moral.

Hiburan ibarat candu yang sedikit demi sedikit akan membawa kita menjauhkan diri dari Allah. Lihat sahaja anak muda hari ini dimana hidup mereka hanya difokuskan kepada hiburan.Tiada siapa yang boleh menafikan dimana hiburan adalah perosak utama kepada masyarakat. Tv, radio dan akhbar semuanya dikuasai oleh orang yang menjadikan hiburan sebagaai cara hidup mereka. Hiburan ada ruangan khas dan mereka bebas berkarya tak kira apa yang mereka karyakan akan merosakan masyarakat. Lihat sahaja program tv. Anak muda terloncat dan melalak tak kira masa. Para karya filem yang berjuang atas nama seni hari demi hari mencari idea baru untuk menyesatkan manusia.Corak kehidupan pemimpin hari ini juga kearah hiburan semata-mata.

Memang Islam tidak menghalang umatnya dari berhibur.Hiburan memang di haruskan dalam Islam.Tetapi tahukah kita berapa ramai manusia yang hidupnya tersasar akibat dari hiburan.Sebagai contoh seorang penyanyi yang dari awalnya mendendangkan lagu-lagu nasyid tetapi akhirnya berubah ke lagu bercorak yang lebih agresif.Penyanyi ini akhirnya sedikit-demi sedikit hanyut dibuai dunia yang hiburan.Akhirnya dia tidak lagi menghiraukan dunia halal haram sekalipun dia tahu batas-batas hukum.

Samada sedar atau tidak dalam memuji Allah pun manusia menggunakan muzik.Ada ayat Al Quran yang bermaksud

"orang beriman apabila di sebut nama Allah hatinya akan merasa takut dan gentar"

Jadi jika kita menyebut nama Allah dalam masa kita seronok dan hati tidak merasa kebesaranNya, pakah kita tergolong di kalangan orang takut akan kekuasaanNya.Mereka yang menjadikan hiburan sebagai rutin kehidupan bukanlah jenis manusia yang tergolong dalam manusia yang selari dengan Islam.



Read More

DR.LO LO DALAM INGATAN


Al Fatihah. Negara kehilangan seorang serikandi Islam yang sangat gigih, berani dan sabar. Dari raut senyumannya sepanjang masa seolah-olah beliau sorang yang sihat walafiat. Semoga Allah melapangkan kuburnya, menerangi dan membariskan Allahyarhamah di kalangan mereka yang berjuang untuk Islam semasa hayat mereka.

Saya masih ingat pada awal penubuhan LANDAS dimana masalah remaja menghidu gam adalah masalah yang sangat diambil perhatian oleh para aktivis LNDAS. Isu gam adalah masalah yang amat serius di kalangan remaja Melayu.Walau pun ge
jala menghidu gam amat serius namun ia tidak mendapat tempat di hati pemimpin negara. Entah mengapa kami pun tak tahu. Menurut maklumat yang saya perolehi dari jabatan narkotik IPD langkawi, mereka yang menghidu gam adalah di kalangan mereka yang tidak mampu membeli dadah. Dadah mahal berbanding gam. Mereka yang menghidu gam berada di kelas yang kedua.


Atas dasar tanggungjawab kepada anak bangsa, al fadhil ustaz Kamaruddin Kassim selaku orang kuat LANDAS pada ketika itu telah mengutarakan masalah berkaitan menghidu gam di kalangan remaja kepada allahyarhamah Dr.Lo' Lo'. Atas dasar tanggungjawab jualah beliau telah membawa isu gam ke parlimen untuk di bincangkan di peringkat sidang dewan rakyat. Saya sempat mendengar nama beliau disebut oleh pemberit
a berkenaan isu gam yang dibangkitkan.


Hingga kini masalah remaja menghidu gam masih belum mendapat perhatian. Saya telah berbual dengan pegawai AADK dan polis bahagian narkotik berkenaan masalah gam. Semuanya mengatakan mereka tak boleh buat apa-apa kerana gam tiada akta yang membolehkan mereka yang menghidu gam didakwa atau di tangkap untuk dimasukkan dalam penjara. Saya juga bertanya apakah tugas mereka hanya untuk menangkap tetapi bukan untuk menyelamatkan. Bagi saya penagih gam bukanlah penjenayah, mereka hanyalah penagih yang memerlukan rawatan dan pemulihan. Saya juga pernah mendengar yang JKM juga memerlukan undang-undang untuk mereka mengambil tindakan ke atas penagih
gam. Apakah menjadi penagih masih belum di kategorikan sebagai kes. Inilah masalah umat hari ini, kita hanya pandai menghukum bukan untuk menyelamat.

Masalah remaja hidu gam di kalangan pelajar sekolah melibatkan seawal usia 10 tahun. Mudah diperolehi dengan harga murah sekitar RM3.50, berbanding dengan penggambilan dadah, sekali sedut atau cucuk mencecah RM50.00. Gejala penagihan gam ini sudah menjadi barah yang menanah dalam masyarakat melayu Islam masa kini.


Kenapa pihak berkuasa tidak memandang serius dan memberikan keutamaan. Apakah dengan ada akta baru kita ambil tindakan. Mana perginya tanggungjawab sosial dan dakwah. Gam juga mengandungi pelarut seperti toluene serta trichloroethylene iaitu toksid yang boleh menggangu fungsi jantung. Bahan larutan ini akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akirnya boleh menyebabkan kematian. Kesan lain pada fungsi otak ialah; menjadi nyanyuk, hilang ingatan, psikotik atau gila, hilang upaya deria dan kelumpuhan pada bahagian tertentu.

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Allahyarhamah di atas jasa yang tak terhingga.Tugas telah pun dijalankan dan insyaAllah beliau akan terlepas dari soalan tanggungjawab di hadapan Allah. Ya Allah, hambaMu ini telah pun menyelesaikan tanggungjawabnya. Oleh itu kami memohon kepadaMu, Engkau terangilah kuburnya dan berehatlah dia bersama hamba-hambaMu yang berbakti dan berjuang di jalanMU. Amin Ya Rabbal 'aalamin. Di bawah adalah kata-kata pesanan Dr. Lo' Lo' kepada Dr. Asri Zainul Abidin yang saya petik dari tulisan Dr.Asri.

“Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.

Read More

TUTUP PUSAT HIBURAN BULAN PUASA"DAP&GERAKAN TUNJUK TARING


LANDAS LANGKAWI - "DAP KECAM PAS' dan "GERAKAN UGUT SAMAN". Tajuk muka depan akbar Sinar Harian hari ini 16 Julai 2011. Penguatkuasaan Enakmen puasat hiburan yang digubal pada tahun 1997, tetapi tidak dilaksanakan semenjak ia digubalkan. UMNO Kedah melalui pengerusinya Dato' Ahmad Bashah menyokong MB untuk tidak tunduk kepada desakan DAP, MCA dan GERAKAN.


Bagi kami dalam LANDAS, ada sedikit komentar yang ingin kami turut kongsi bersama dengan orang ramai. Di pihak DAP sudah pasti mereka mahu menjaga kepentingan bangsa mereka sekali pun apa yang mereka lakukan mengganggu bangsa lain.

Pendek kata mereka bersama PR kerana mengharapkan ada ruang untuk mereka memperluaskan lagi saki baki tuntutan yang belum terlaksana oleh MCA dan GERAKAN.

Di pihak MCA dan GERAKAN pula, mereka akan mengambil kesempatan membesarkan isu ini agar orang cina lari dari PR dan masuk semula menyertai BN. Apabila orang cina kembali menyertai BN mereka akan mengugut UMNO pula dan akan menuntut berbagai tuntutan. Jika tidak DAP pula akan mencipta isu baru dan orang cina berpaling tadah ke parti lain pula. Yang jelas mereka akan menyertai mana-mana parti politik yang boleh mengiakan tuntutan mereka. Samada DAP, GERAKAN atau MCA mereka adalah sama. Sila baca ayat 6, Surah Al-Baqarah.

Apa yang menjadi halangan kepada orang Islam ialah bilamana kerajaan negeri yang diterajui oleh PAS mahu mengalih dasar yang ada kepada dasar yang lebih Islamik, maka UMNO dan akbarnya akan memainkan isu ini, tanpa berfikir secara rasional untuk menjaga kepentingan Islam, yang penting supaya orang bukan Islam meninggalkan PR. Mereka juga bercakap kononnya kerana itu semua adalah budaya mereka.

Sebaliknya bila pula dua parti Melayu yang dididiami oleh orang Islam akan bersatu mempertahankan Islam. Janganlah diisukan jika sebelah pihak mahu melaksanakan dasar yang bertepatan dengan Islam. Jadikanlah permainan bola sepak sebagai contoh dalam berpolitik. Semasa bermain bola berlawanlah kerana hendak menang tetapi selepas tamat perlawanan kembali berkawan seperti biasa. Berparti biarlah untuk mendaulatkan Islam kerana hanya Islam yang mampu menjadi payung kepada kita semua.

Kalaulah benar kerajaan negeri atau PBT mengeluarkan arahan sedemikian kami tiada apa-apa komen. Pokok pangkalnya berlaku ugutan keatas kerajaan negeri kerana kita tidak menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan mereka mengambil kesempatan di atas kelemahan kita
. Kami telah kerap kali membangkitkan isu gejala sosial ke atas pusat hiburan. Masalah dibangkitkan berdasarkan kepada pengalaman kami semasa outreach dakwah.

Berlaku banyak kecelaruan dalam PBT berhubung pusat hiburan dan ditambah pula sikap goyang kaki Ahli Majlis Mesyuarat. Bagi kami sikap malas dan mengalah Ahli Majlis Mesyuarat telah menyebakan kerajaan negeri menjadi punca kepada semua masalah yang berlaku.

Pada tahun lalu banyak sekali tulisan kami mengenai pusat hiburan. Hal ini telah kami adukan kepada pihak PAS Kawasan langkawi, Exco, PBT dan saudara Sanusi selaku orang kuat MB. Kami membangkitkan isu ini kerana kami ingin turut menyumbang dalam memastikan slogan "KEDAH SEJAHTERA" benar-benar sejahtera. Kami tidak minta elaun tapi hanya minta siasat apa yang kami adukan.

Disini kami senaraikan sekali lagi kepincangan yang berlaku dalam PBT Langkawi. Selepas ini terpulanglah kepada EXCO yang bertanggungjawab sama ada mahu merobah atau mahu terus kekal dengan cara yang ada.

1.AHLI MAJLIS LEMBAB.

Setiap kali bertemu dengan orang kuat PAS saya akan mengadu tentang pusat hiburan yang beroperasi hingga ke lewat pagi iaitu hingga ke pukul 4 pagi. Apakah relevannya terlalu banyak pusat hiburan di Langkawi sedangkan penduduk bukan Islam hanya dalam lingkukungan 10% nisbah daripada penduduk langkawi. Alasan mereka ialah kerana lesen pusat hiburan di bawah kerajaan pusat dan mereka tak boleh berbuat apa-apa. Apakah kerana lesen di bawah kerajaan pusat maka Ahli Majlis tidak mempunyai ruang untuk masuk campur.

Setahu saya lesen pusat hiburan dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pula memberikan lesen premis perniagaan. Apabila ditanya mengapa ini semua masih berlaku, jawapan yang kami terima hanyalah alasan demi alasan. Walaupun Ahli Majlis Mesyuarat terdiri dari orang yang paling kuat dalam parti tetapi mereka juga adalah orang yang paling kuat memberi alasan. Mereka langsung tidak menjalankan pemantauan apalagi mengambil tahu akan hal yang kami adukan. Kalau sebelum menang mereka memiliki banyak idea untuk mentadbir tetapi selepas menang idea tersebut entah kemana. Ramai di antara mereka tidak mesra dengan kebanyakan orang sekali gus menyebabkan mereka tidak dapat menyelami rasa tidak puas hati rakyat.

Masih segar dalam fikiran kami dimana suatu ketika dulu LANDAS pernah memohon memasang layar besar di perkarangan Pekan Rabu tetapi di tolak. Sebaliknya pusat karaoke yang bertahta dihati mereka. Kami memohon memasang layar besar kerana mahu membebaskan tempat terssebut dari menjadi sarang dadah dan maksiat namun tidak mendapat sokongan dari Ahli Majlis.

2.MUSANG BERBULU AYAM

Kami kerap kali mengeluarkan komen dalam akbar Harian Sinar. Kami rasa Majlis Daerah juga melanggan Harian Sinar memandangkan kami sering dihubungi sebaik sahaja ada artikel kami keluar. Apakah PBT tidak tahu yang pusat hiburan beroperasi hingga kepukul 4 pagi. Pusat hiburan bukanlah bersaiz nyamuk sehinggakan mereka tak nampak apa yang berlaku. Kebanyakan pegawai yang berkhidmat di bahagian perlesenan telah terlalu lama berada di situ dan sudah pasti mereka telah pun membuat sarang yang tersangat besar. Kami berpendapat mereka ini perlu direformasikan dengan cara memindahkan mereka ke tempat lain atau di pindahkan ke unit lain.

3. JABATAN AGAMA MALAS

Majoriti pengunjung pusat hiburan adalah orang Melayu yang sudah pasti beragama Islam. Kalau di karaoke pelanggannya 100% adalah anak orang Islam. Jabatan agama hanya berminat menghukum yang berkhalwat tetapi tidak berminat mencegah. LANDAS sering kali mengajak mereka membuat rondaan di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan maksiat namun tidak pernah mendapat kerjasama.

"Jika mereka aktif bersama kami memasuki pusat hiburan kami amat optimis yang gejala maksiat akan dapat dibendung sekali gus pusat hiburan akan ditutup dengan sendirinya kerana tiada pengunjung."

4.KAD KUASA MENCEGAH MAKSIAT.

LANDAS pernah memohon kad kuasa mencegah maksiat suatu ketika dulu namun di tolak. Alasannya ialah kerana ia tidak lagi dikeluarkan kepada orang awam atas alasan ianya di salah gunakan. Kad kuasa hanya dikeluarkan untuk pegawai kerajaan negeri dan persekutuan sahaja. Kami kurang pasti apakah jenis
"di salah gunakan" seperti yang dimaksudkan. Kad kuasa ini hanya diberikan kepada pegawai masjid. Kami difahamkan oleh Tuan Pegawai Agama dimana setiap masjid diberikan 4 kad kuasa mencegah maksiat. Dari apa yang kami perhatikan kuasa yang ada pada pegawai masjid untuk mencegah maksiat tidak dipraktikkan. Mengapa diberikan sesuatu kepada mereka yang bukan di kalangan ahlinya.

"LANDAS menawarkan diri membantu kerajaan negeri membebaskan LANGKAWI dari menjadi sarang maksiat dengan memberikan ahlinya kad kuasa untuk mencegah maksiat. Jika benar mahu menjadikan Langkawi sebahagaian dari wilayah bebas maksiat. Kami ada ramuan bagaimana cara untuk menyekat kegiatan maksiat dari terus menghantui penduduknya".

5.JADILAH UMAR AL KHATAB

Baru-baru ini pengerusi LANDAS telah ditawarkan menjadi AJK Dewan Ulama kawasan Langkawi namun hingga ke hari ini kami masih belum nampak apakah aktiviti yang di jalankan.

"Pernah suatu ketika kami mengajak salah seorang orang kuat Dewan Ulama turun padang bersama LANDAS untuk melihat senario pusat hiburan di malam hari. Kami berkata"sekali sekala jadilah Umar Al Khatab". Seperti mana yang kita ketahui di mana Omar Al Khatab keluar di malam hari kerana meninjau kehidupan rakyatnya dan mahu melihat sendiri apa yang berlaku saban hari di negeri di bawah naungannya".

Mereka menolak atas alasan tak ada masa. Kami berkata lagi "Sebagai pemimpin yang ada kuasa di peringkat Langkawi maka pemimpin PAS Langkawi lah yang akan menanggung segala dosa kerana gagal melaksanakan tugas dan membiarkan maksiat terus berleluasa. Ye lah memang letih sebab kami keluar ke lapangan bermula pada pukul sebelas malam dan berakhir pukul tiga pagi. Jika mahu tahu realiti sebenar kehidupan sesuatu tempat maka itulah masa yang sesuai untuk melihatnya.

6. MKK TIDAK BERWAWASAN

MKK adalah orang penting dalam sesebuah kampung. Sepatutnya mereka memainkan peranan dalam membantu kerajaan negeri menguatkuasakan sesuatu arahan. Banyak perkara yang boleh digerakkan seperti mengajak orang kampung mengukuhkan institusi kerukunan masyarakat kampung dan mengukuhkan gerakan Rukun Tetangga. MKK yang berwawasan akan dapat menyatukan penduduk kampung sekali gus mudah untuk mengajak mereka bersatu di bawah payung Islam.



Read More

AKTIVIS LANDAS DAPAT SMS UGUTAN

"Saya bagi amaran pada awak tolong jangan duk kacau kerja orang lain.Ikut suka kamilah samada kami nak hisap gam atau minum arak".

Sms ini saya terima pada 9.56 malam sewaktu saya dalam perjalanan ke hotel langkawi Lagoon bertemu sahabat saya.Nampaknya apa yang kami buat selama ini menampakkan kejayaan.Kepada para semua aktivis LANDAS saya harap jangan patah semangat apalagi takut setelah mendapat ugutan.Inilah sunnah orang berjuang.Dalam berjuang tiada istilah sia-sia.yang ada hanyalah menang atau syahid di jalan kebenaran.Segala ugutan yang di terima amatlah terlalu kecil jika di bandingkan dengan ujian yang di hadapi Nabi kita dan tak sampai pun 1%

Tiada jalan lain jika mahu melihat Islam berdaulat melainkan dengan pengorbanan.Setiap perjuangan mesti ada pengorbanan dan mungkin ada yang terkorban.

Insya Allah kita akan datang kembali menemui mereka yang bermasalah.Rasanya saya tahu siapa dalang sms tersebut.Teruskan perjuangan....
Read More

AKTIVIS LANDAS TERUS TABUR BAKTI

Bekas platik yang telah dijadikan tempat mengisi gam sebelum di hidu
Remaja yang berkeliaran lewat pukul 3 pagi kami temui di lokasi menghidu gam
Lelaki berbaju jean telah nampak tanda-tanda kerosakan pada fizikal akibat dari menghidu gam

Aktivis LANDAS mendekati remaja perempuan berumur 16 tahun yang tidak lagi bersekolah sedang menunggu adiknya yang berumur 15 tahun yang di katakan di bawa oleh remaja lelaki entah ke mana.
Rumah kayu yang tidak berpenghuni di jadikan tempat melepak dan menghidu gam dan dadah oleh remaja di bawah lingkungan umur 20 tahun ke bawah

Lokasi yang terletak di kawasan laluan orang ramai menyebabkan kawasan ini di ketahui oleh penduduk kampung.Pada suatu malam sewaktu saya mehu menjemput anak balik dari tuisyen di sekolah saya meredah beberapa kawasan yang jarang saya lalui.Sewaktu saya melalui kawasan ini saya ternampak dua orang remaja wanita bersama beberapa remaja lelaki yang lepak di atas batang paip konkrit.Agak rasa gerun apabila hampir sampai di tempat remaja ini memandangkan saya seorang diri pada ketika itu.Saya hanya sempat memerhati seketika sambil memperlahankan motosikal.

Dua hari kemudia saya dan beberapa teman LANDAS datang lagi ke tempat ini.Kali ini kami datang seramai tujuh orang.kami datang dalam lingkungan pukul dua pagi.Sewaktu kami sampai kami dapati dua orang remaja lelaki sedang menghidu gam manakala seorang remaja perempuan sedang memrhatikan mereka.Saya dan rakan terus menghampiri mereka.Sewaktu kami berbual dan mahu mendapatkan beberapa maklumat tentang aktiviti mereka di dapati ramai remaja yang lalu lalang dan masuk ke rumah usang ini.Saya menghampiri remaja wanita tersebut untuk mendapatkan beberapa rahsia.Remaja tersebut mengajak kami memasuki rumah tersebut untuk mendapatkan rahsia yang lebih lengkap.Sebaik sahaja memasuki rumah tersebut kami dapati plastik bekas gam berselerakan.kami juga di fahamkan bahawa remaja tersebut juga menghisap dadah.

Pagi tadi dalam pukul 10 pagi saya saya datang ke pejabat Narkotik bagi mendapatkan bantuan.Apabila di adukan tentang apa yang ada di sana rupanya mereka memang telah sedia maklum akan tempat tersebut.mereka gagal menangkap para penagih tersebut kerana di katakan penagih melarikan diri sebaik sahaja pihak berkuasa sampai.saya sempat memberikan pandangan bagaimana cara menangkap dan mendapatkan para penagih tersebut.

Insya Allah kami akan terus menjejaki dan membantu anak bangsa serta agensi kerajaan dalam usaha menyelamatkan orang Islam yang masih hanyut dalam angin dunia.
Read More

Ramadhan yang kian Hampir

Ramadhan yang kian Hampir

Mudah - mudahan kita sempat bertemunya

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Umatku telah diberikan dalam Ramadhan lima perkara yang belum bernah diberikan kepada mana-mana umat pun sebelum mereka."
1. Bau busuk mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.

2. Ikan-ikan di laut akan beristigfar untuk mereka sehingga mereka berbuka
.
3. Setiap hari Allah s.w.t. akan menghiaskan syurgaNya dan berkata, "Telah hampir masanya hamba hamba Ku yang soleh akan dilepaskan dari beban - beban dan mereka akan datang kepadaKu."

4. Dirantaikan syaitan - syaitan yang jahat di dalam Ramadhan dan mereka tidak akan dapat berbuat sesuatu dalam Ramadhan ini apa yang biasa mereka lakukan pada bulan lain.
5. Mereka akan diampunkan pada malam terakhir Ramadhan.

Ditanya kepada Rasulullah, "Adakah ia lailatur Qadar?" Baginda menjawab, "Tidak! Tetapi seorang pekerja yang diberikan ganjarannya apabila telah selesai kerjanya."
(Riwayat Imam Ahmad)
Read More