29 Oktober 2010

AKTIVIS LANDAS BERDAKWAH KEPADA GOLONGAN MANUSIA DUA ALAM



PONDAN ATAU MAK NYAH nama yang semua orang tahu.Inilah kali pertama kami sempat berdakwah kepada golongan ini.Kami terserempak dengan mereka semasa kami dalam perjalanan balik.Mereka nampak biasa sahaja apabila lalu di hadapan kami.Kami yang berpecah kepada dua bahagian telah berkumpul kembali kerana mahu menghampiri golongan ini.Mereka seramai lima orang tetapi hanya seorang yang berjaya kami hampiri manakala empat yang lain melarikan diri.Daripada lima orang mak nyah tersebut hanya seorang beragama Islam manakala yang lain adalah Siam kafir.Apabila di tanya siapakah nama,mak nyah tersebut memperkenalkan diri dengan nama Gee.

Sahabat saya ustaz Deddy mula bertanya kepada mak nyah tersebut apakah yang mendorong mereka berpakaian menyerupai perempuan. Mak Nyah tersebut menjawab dengan mengatakan ia adalah takdir.Walau pun nampak tidak selesa dan takut namun mak nyah tersebut tetap menjawab setiap soalan yang kami ajukan.kami sempat memberikan banyak nasihat serta tip-tip bagaimana cara menghindarkan diri dari terus terjebak ke alam yang hina.Semoga beliau kembali ke pangkal jalan.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

salam...
ape care terbaik nk approach dorg ek?

Jumaat, 13 Mei, 2011

Catat Ulasan