29 Oktober 2010

PANTAI CENANG YANG SEMAKIN HARU BIRU

Kelihatan bangunan baru bersebelahan bar yang paling terkenal di pantai Cenang.

Telah hampir dua bulan kami berhenti menjalankan aktiviti dakwah di kawasan ini kerana bulan Ramadhan.Malam tadi kami datang lagi.Walau pun baru dua bulan nampaknya aktiviti ke arah menjadikan pantai cenang pantai yang semakin rosak semakin rancak.Pantai cenang adalah pantai yang istimewa.Pantai yang bebas segala-galanya.Kalau Thailand berbangga dengan pantainya yang bebas berbogel,langkawi pastinya turut bangga dengan Pantai cenangnya.

Baru dua bulan lepas bar-bar di pantai cenang hanya ddi kelilingi oleh meja-meja kecil tetapi kini kawasan bar telah di luaskan.Kawasan untuk mabuk dan berpoya-poya tiada had dan bebas dari undang-undang.kini ada pula bangunan baru bersebelahan bar yang paling top di pantai cenang.Bimbang bangunan ini akan di jadikan pusat pelacuran kerana pantai cenang sememangnya kawasan yang terkenal dengan mak nyah dan mereka yang rendah ahlak.

sahabat saya dari kalangan ahli Majlis perbandaran pernah bersama kami meninjau kawasan ini semasa operasi arak bersama Jabatan Agama.Sememangnya bar-bar yang sedia ada tiada permit tetapi hingga sekarang mereka masih selesa berniaga tanpa gangguan.Tiada apa yang mahu saya adu kepada sahabat saya yang ada aotoriti menangani masalah ini kerana mereka telah banyak kali di maklumkan.Saya cuma berharap agar mereka lebih agresif dalam melaksanakan.

0 comments:

Catat Ulasan