04 November 2010

DAILOG AKTIVIS LANDAS DENGAN MAK NYAH


Semasa dalam perjalanan pulang kami setelah menyusuri pantai cenang,kami ternampak sekumpulan mak nyah yang sedang berjalan agak laju.Mereka nampak tergopoh gapah apabila terserempak dengan kami.Mereka berjalan sangat laju.Jumlah kami yang keluar pada malam itu hanya seramai lima orang manakala bilangan pondan juga lima orang.Tiga orang sahabat LANDAS agak jauh berada di depan manakala saya dan ustaz Deddy agak jauh di belakang.Saya telefon sahabat saya saudara Radzi meminta mereka mengikuti mak nyah tersebut sementara saya dan ustaz Deddy mempercepatkan langkah kerana khuatir akan rakan-rakan yang berada berhampiran dengan sekumpulan mak nyah tersebut.Saya risau kalau-kalau mak nyah bertindak agresif ke atas rakan-rakan.Agak lama masa yang di ambil untuk membolehkan mereka sedia berbual dengan kami. Berikut antara intipati perbualan kami dengan mak nyah pada malam itu.

Mohd.Ali: Assalamualaikum adik boleh sembang sat dak?

Mak Nyah: boleh.

Ust Deddy:Saya nak panggil nama apa tah?

Mak Nyah: Gee.

Ust Deddy: Cantik nama.

Ustaz Deddy kemudiannya memperkenalkan para aktivis LANDAS dan menyatakan aktiviti para aktivisnya.Gee nampak boleh menerima cara kami berkomunikasi.

Ust Deddy:Boleh tak saya tahu apa sebab kamu suka memakai pakaian perempuan?

Gee: Nak buat macam mana dah Allah jadikan sifat kami macam ni kami kena terima saja lah.Kita mesti terima kada dak kadar.

Mohd.Ali: Cara hidup yang kamu amalkan ini bukanlah kada dan kadar Allah sebab Allah melarang keras orang lelaki berpakaian menyerupai orang perempuan atau melenggokkan bentuk badan menyerupai badan perempuan.

Ust Deddy: memang ada orang lelaki yang di lahirkan di dalam keadaan lembut tetapi mereka tak boleh berpakaian menyerupai perempuan.Mereka tetap menzahirkan diri mereka sebagai seorang lelaki.Kamu mesti menguatkan jiwa kamu agar tidak terus hidup dengan cara ini.Kawan kamu yang tadi tu Islam ka?

Gee: Bukan.Mereka, tidak Islam.

Ust.Deddy:Depa tak pa lah sebab bukan islam dan tak dak pegangan.Tanggapan depa bahawa dunia ini hanyalah tempat berseronok.Kita orang Islam tak boleh ikut cara orang kafir kerana kita percaya pada Tuhan dan ada peraturan.Lagi pun bentuk tubuh kamu memang tidak menampakkan kamu seorang perempuan.Selepas ini harap Gee boleh menjauhkan diri dari mereka dan meninggalkan cara hidup ini kerana Allah melaknat mereka yang mengamalkan cara hidup seperti yang kamu amalkan ini.Gunalah nama lelaki dan hiduplah cara lelaki.Cara hidup yang kamu pilih ini secara tak langsung telah mencampakkan kamu ke jurang kehinaan.

Gee: Insya Allah saya akan cuba.

Mohd.Ali: Kami menasihat kamu kerana kami sayang kamu dan lain-lain umat islam yang masih hanyut dengan godaan dunia.kamu adalah antara mereka yang bertuah dapat bertemu dengan kami dan mendapat sedikit peringatan dari kami.Gee nampak tak umat Islam di hina di mana-mana.Mereka di bunuh seolah-olah tiada harga kerana umat Islam terpedaya dan lalai dari mengingati Allah.Mereka mudah terpengaruh dengan hidup yang negatif.

Ust Deddy:Kami berharap sangat agar kamu dapat meninggalkan cara hidup ini.Harap kami tak jumpa dah kamu di sini bila kami datang lagi pada lain kali.Jika Jabatan Agama jumpa kamu, kamu boleh di dakwa dan di masukkan ke dalam lokap kerana menyalahi tata cara berpakaian.
Jangan kamu anggap apa yang kamu buat ini sebagai takdir kerana takdir hanya Allah sahaja yang tahu.

Jam pada waktu itu telah pun pukul dua pagi.Kami pun beredar.Kami bertekad akan mencari lagi golongan ini di sekitar Pantai Cenang.

0 comments:

Catat Ulasan