APABILA ISLAM DI FESYENKAN
Pada dada wanita ini di tulis perkataan Mohamad dalam huruf jawi yang di terbalikkan.
Belum pun sempat Islam Hadhari di lupakan timbul pula Islamic Fesyen.Islam Hadhari dan islamic fesyen sama sahaja maknanya.Bukankah Islam Hadhari maknanya Islam moden.Maha Suci Allah yang menurunkan islam yang sangat lengkap dan di turunkan pula Nabi Mohamad SAw untuk mempermudahkan lagi manusia mendapat cahaya islam serta mengamalkannya.Mungkin manusia yang angkuh ini melihat Islam masih belum lengkap lantas mahu menokok tambah.
Islam baka.
Amatlah malang sekali bagaimana beliau yang menggelarkan diri sebagai 1 Lady boleh menjatuhkan maruah Islam sebegitu rupa.Sebelum bercakap berdirilah di depan cermin dan tataplah wajah diri adakah layak bercakap tentang Islam.Walau bagaimana pun di rasakan tiada yang termakan dengan gambaran Islam yang di tayangkan oleh mereka.Walau bagaimana pun semoga Allah memelihara beliau semoga tidak menyimpang lebih jauh.
Menghina Islam
Samada sedar atau tidak beliau telah meletakkan diri di antara orang yang menghina dan menyerang Islam.Kalau di Belanda ada Ahli Parlimannya yang berkempen mengajak orang lain membenci Islam di malaysia pula keluarga orang nombor satu mengetuai masyarakat mencemarkan kesucian islam.Islam bukanlah seperti lain-lain agama yang mempercayayai semua agama adalah sama.Adakah semua agama adalah sama semata-mata menonjolkan perkara yang baik.Tidak semestinya semua yang baik di kaca mata manusia baik dan di redhai Allah.Tidak semua yang halal baik untuk badan tetapi yang haram tetap haram sekali pun ia baik untuk badan. Barang kali manusia yang seperti ini yang di gambarkan oleh nabi dalam maksud hadis Allah sangat benci orang jahil sekali pun dia ahli ibadah dan Allah tetap sayang pada mereka yang berilmu sekali pun dia fasik.Seharusnya beliau bertaubat dan membetulkan kesilapan kerana bimbang umur yang panjang di gunakan untuk menegakkan yang mungkar.Apalagi beliau ibu kepada rakyat Malaysia dan akan menanggung dosa mereka yang terpengaruh dengan idea yang karut marut.
MALU MENONJOLKAN DIRI SEBAGAI UMAT ISLAM
Semua orang mengatakan Islam itu cantik lantas mahu turut serta mempromosikan Islam.Lantas kerana jahil mereka tak sedar bahawa apa yang mereka buat sebenarnya jauh dari rupa bentuk Islam.Jika benar mereka merasakan Islam itu cantikmengapa tidak mereka sendiri mengamalkan cara hidup Islam.Tiada satu ajaran pun di dunia ini yang selengkap ajaran Islam.Ajaran Islam mencangkupi makan,minum,tidur,kahwin,cara berpakaian,cara mentadbir,undang-undang jenayah dan banyak lagi.Jika di laksanakan Allah menjanjikan pakej lengkap dan pasti akan membawa kemakmuran kepada alam semesta.
UMAT ISLAM PERLU KERJA KERAS
Memandangka Islam di serang dari segenap penjuru dan di serang dengan berbagai cara maka umat Islam tidak sepatutnya berdiam diri.Umat Islam mesti sanggup berkorban harta,masa,dan tenaga.Umat Islam hari ini di lihat amat malas dan menumpukan dakwah di atas pentas.Semua merebut cara yang sama sedangkan ia jalan dakwah yang sangat terbatas.Di tv,radio,masjid dan surau semuanya menggunakan cara yang sama untuk menyampaikan ilmu.Jika beginilah sahaja caranya maka tunggulah akan kerosakan yang lebih dasyat.Kita secara tak langsung memberi ruang islam di hina samada oleh orang besar sehinggalah kepada anak-anak berumur belasan tahun.Apakah kita mahu menafikan bagaimana anak muda berani bercumbu di depan kita hanya kerana kita tak mampu menjadi benteng kepada Islam.Ini jelas menggambarkan bahawa orang islam takut kepada maksiat.Sedar atau tidak bahawa kita umat Islam hari ini berada pada tahap iman yang paling lemah.Bukankah Nabi SAW ada menyebut dalam hadisnya mereka yang benci maksiat hanya melalui hati adalah selemah-lemah iman.
Tulisan ini hanyalah pandangan saya semata-mata.Saya pasti ramai para pendakwah yang naik turun pentas merasa tidak senang dengan tulisan di hujung ruangan ini.Tulisan ini berdasarkan pengalaman kami para aktivis LANDAS yang turun ke lapangan menemui anak muda yang rosak.Kita perlu menemui mereka dan jangan mengharap mereka mendatangi kita.Mereka jahil sementara kita berilmu maka seharusnyalah kita yang menyampaikan ilmu kepada mereka.Bukankah nabi pernah bersabda Sampaikan daripada ku walaupun satu ayat.
0 comments:
Catat Ulasan