RAKYAT HENDAKLAH BERANI MEMANDU PEMIMPIN
"Kalau aku betul bantulah aku tetapi kalau aku salah betulkanlah aku.pedang ini akan mengajarmu wahai Omar jika engkau menyimpang dari amanahmu dan lari dari hukum Allah".Ini adalah antara kata dari Saidina Omar sebaik sahaja beliau memulakan tugas sebagai khalifah menggantikan Saidina Abu Bakar Assidiq dan juga teguran dan pesanan dari salah seorang rakyat kepada pemimpinnya.Saidina Omar dan kebanyakan pemimpin terdahulu dengan penuh lapang dada mengalukan setiap teguran yang di lemparkan.Mereka takut jika perbuatan mereka menyimpang dari haluan yang telah di syariatkan.Pemimpin yang takut pada Allah akan sentiasa berhati-hati dalam setiap keputusan dan tindakan.Ini kerana setiap keputusan dan tindakan natijahnya akan mencorakkan kehidupan sesebuah negara dan rakyat jelata.Pemimpin yang menjerumuskan manusia ke arah kebinasaan nasibnya di akhirat sangat malang kerana mereka bakal memikul hasil sumbang yang mereka buat di dunia ini.Manakala pemimpin yang semasa hidupnya sentiasa beramal dan menyeru manusia ke jalan Allah akan mengutip buah pahala yang sangat manis. Rasulullah pernah berpesan kalaulah kamu tahu akan payahnya kehidupan di akhirat nescaya sesaat pun kamu takkan lalai dari berzikir kepada Allah.
Kebanyakan pemimpin Islam hari ini tidak memerlukan teguran dan pandangan rakyat jelata.Mereka mengasingka diri dari rakyat.Rumah di atas bukit atau jauh dari orang ramai serta menggunakan khidmat pengawal.Mereka menggunakan khidmat pengawal dan tinggal jauh dari orang ramai atas alasan kerja dan privacy.Akibatnya mereka tidak merasai segala keperitan rakyat yang hidup dalam kesusahan.Mereka hanya mengharapkan wakil masing-masing untuk memberi khidmat kepada rakyat jelata.Apakah salah jika sekali sekali mereka merasai hidup sebagai rakyat jelata agar dapat merasai apa orang lain rasai.
Menjadi pemimpin di akhir zaman umpama telah mendapat syurga.Apa sahaja yang di hajati semuanya dapat.Atas dasar itulah selagi hidup takkan mahu turun.Apakah benar mereka telah mendapat syurga? Nabi SAW telah bersabda apa sahaja kesenangan yang kamu dapat di dunia ini hanyalah satu per seratus berbanding kehidupan di akhirat.
Rosaknya umat pada hari ini angkara pemimpin yang tidak yakin akan hukum Allah.Mereka merasa malu menjadi orang Islam yang beramal dengan agamanya.Mereka tidak merasa apa-apa bila mana membelakangkan hukum Tuhan.Mereka sebaliknya mengajak orang Islam mengikut cara bangsa lain berpakaian atau mengamalkan cara hidup.
Pemimpinlah yang membuat segala kerosakan di atas muka bumi dewasa ini kerana tidak memandu manusia ke jalam Allah.Di zaman para sahabat dan salafussoleh dunia berada dalam aman dan rahmat Allah kerana pemimpin yang mengutamakan hidup bersyariat.
0 comments:
Catat Ulasan