LANDAS LANGKAWI TARIK MASYARAKAT JAHILIAH KENAL ISLAM
LANDAS Langkawi memiliki aktivis dari kalangan berbagai bangsa. Latar belakang yang terdiri dari berbagai keturunan seperti Iban Sarawak, Cina,dan Siam. Pelbagai bangsa begini membolehkan kami dengan mudah menggerakkan dakwah di tengah-tengah masyarakat. Kami sedang berusaha untuk mendapatkan aktivis dakwah dari kalangan kulit putih pula agar pergerakkan kami lebih bersepadu, menyeluruh dan berkesan.
Kami beramah mesra di kedai makan setelah mengIslamkan saudara baru. Saya mengingatkan supaya mereka yang lebih dekat dengan beliau agar dapat memberikan bimbingan dan mengajar Islam kepada saudara baru kita ini. Yang berkopiah putih itu ialah saudara Radzi salah seorang aktivis LANDAS yang kuat bekerja untuk membawa saudara baru ini kepada Islam.

Saudara Karim di depan pegawai Agama dalam proses mengislamkan saudara baru.
Saudara baru berbangsa Siam yang memeluk Islam pada 19hb.September 2010, hari Ahad, pukul 11.30 pagi di Pejabat agama Langkawi. Aktivis LASDAS Langkawi saudara Karim bin Naim yang menjadi juru bahasa bagi pihak LANDAS memberikan sedikit tunjuk ajar mengenai Islam. Saudara Karim juga adalah berasal dari keluarga yang bukan beragama Islam. Saudara maranya juga belum memeluk Islam.
0 comments:
Catat Ulasan