26 September 2010

JETI POINT LANGKAWI SERBA MENCUKUPI


Jeti Point Langkawi memiliki fasiliti yang mencukupi untuk di gelar Syurga hiburan. Di dalamnya ada tempat bermain boling, karaoke, snuker, pusat permainan game, kedai arak, kedai coklat, kedai makan dan banyak lagi. Di sana juga terdapat 7 Eleven. Dalam gambar kita boleh lihat di mana pusat perminan berkomputer berada di sebelah kedai arak. Maknanya remaja yang berpeleseran di kawasan tersebut amat mudah mendapatkan arak. 80% remaja yang bermain di kedai permainan berkomputer tersebut ialah pelajar sekolah. Malahan ramai pelajar sekolah rendah. Selepas jemu bermain mereka akan naik ke atas untuk berseronok di karaoke atau bermain snuker atau main boling. Begitulah otak orang bisnes. Mereka bijak mencari ruang bisnes dan tak perlu memikirkan risiko akan direndam dalam neraka jahanam nauzubillah. Komplek Jeti Point ini adalah milik orang Melayu yang berstatus haji.

Saya selalu menerima rungutan dari ibu bapa yang tak setuju dengan pengurusan Jeti Point. Namun saya hanya buat-buat tak dengar kerana dalam masa yang sama mereka tak berbuat apa-apa. Mereka hanya pandai merungut dan bersungut, tidak pernah membuat bantahan melalui penulisan. Apakah orang Langkawi tak sedar akan ini semua? Tiap-tiap hari para pelancong akan dapat melihat anak orang Islam memegang tin arak di kawasan jeti Point dan ia memang lumrah bagi penduduk Langkawi.

0 comments:

Catat Ulasan