29 September 2010

JAHIL TENTANG SEX PUNCA BUANG ANAK?

Buang anak dan gejala sosial di katakan berpunca dari ketidak fahaman tentang sex.Ini agaknya ilmu yang di timba akibat dari terlalu banyak menuntut ilmu.Rancangan dalam ASTRO OASIS 106 malam tadi sekitar jam 9.00 malam memaparkan beberapa pendapat beberapa orang ustaz dan tokoh akademik.Kesemua ustaz yang di tanya tidak bersetuju mata pelajaran sex di ajar di sekolah manakala hanya seorang tokoh akademik yang mengatakan punca gejala sosial dan buang anak berpunca dari tidak faham tentang sex.

Lima enam tahun yang lalu pergaulan bebas tidak berlaku sebagaimana sekarang.Apakah ketika itu kerana masyarakat telah faham apakah itu sex?Hingga sekarang mata pelajaran berkenaan sex masih belum di ajar dan apakah ia memang perlu di ajar.Kalau ya, siapakah yang akan mengajarnya jika di dalam kelas tersebut bercampur lelaki dan perempuan.Apakah kaedah yang di guna pakai dalam mengajar mata pelajaran tersebut.

Di zaman sebelum runtuhnya ahlak manusia seperti lima tahun kebelakangan ini, ibu bapa pun tidak pernah mengajar sex kepada anak-anak mereka.Tidak pula kedengaran anak-anak tak pandai melakukan hubungan sex apabila mereka memasuki alam perkahwinan.Bahkan anak-anak di ajar malu untuk bertutur berkenaan dengan sek.Anak-anak juga di larang menonton rancangan yang banyak memaparkan unsur sex.Bagi saya ada beberapa sebab yang menyebabkan berlakunya gejala sosial yang tak terbendung.

UMAT ISLAM MALAS.
Barangkali ada yang tertanya-tanya mengapa pula masalah sex berpunca dari kemalasan umat Islam.Kehidupan yang semakin terdesak menyebabkan manusia hanya memikirkan untuk mencrari rezeki.Pagi petang siang malam sebahagian besar umat Islam hanya memeikirkan rezeki.Pendek kata cinta dunia dan takut mati.Mereka hanya rajin mencari rezeki tetapi malas mendekatkan diri kepada Allah.Di kawasan saya contohnya di mana penduduknya mencecah hampir seribu orang tetapi berapa ramai yang datang ke surau bila masuk waktu solat dan kuliah agama.Hanya sekitar 5% sahaja yang datang solat berjamaah.Bahkan ada ramai penduduk yang belum pernah menjejakkan kaki ke surau walaupun surau hanya di depan rumah.

Umat Islam juga takut pada kemungkaran.Mereka hanya mampu melihat dan benci di dalam hati.Anak muda tak malu melakukan asmara sekali pun di depan khalayak ramai kerana tiada siapa yang mampu menegur mereka.Umat Islam terlalu terikut-ikut dengan budaya yang mereka sendiri tidak tahu.

TV DAN RADIO
Rancangan tv dan radio yang bersarabut juga mendatangkan pengaruh yang kuat.Rancangan agama dan rancangan yang merapu di udarakan.Manusia di beri pilihan untuk mencari haluan hidup.Jalan Islam dan jalan munkar sama-sama di beri ruang.Suasana ini telah menyebabkan kemungkaran merebak dengan mudah.Nfafu manusia lebih mudah mengikut yang munkar berbanding yang makruf.

MURKA ALLAH
Murka Allah jelas di tujukan kepada negara umat Islam.Ini di sebabkan mereka mencampur adukkan yang halal dan haram.Mana-mana hukum yang mendatangkan keuntungan akan di guna pakai manakala hukum yang menyentuh hal pemerintahan di pencilkan begitu sahaja.Manusia telah mula merasai diri mereka hebat sehingga tergamak menyisihkan hukum-hakam Allah.

PEMIMPIN
Pemimpin yang tidak beramal dengan Islam tidak akan melihat maksiat sebagai ancaman kepada islam.Mereka juga tidak akan berusaha mencegahnya kerana beranggapan ia adalah fenomena biasa.Ruang untuk merosakkan manusia di buka seluas-luasnya.Artis di beri kebebasan untuk menonjolkan cara hidup yang negatif sekaligus menjadi ikon kepada kerosakan.Hatta artis penagih dadah pun di promosikan seluas-luasnya.Cara berpakaian artis telah meresap kedalam masyakat hatta kepada anak isteri mereka yang bergelar ustaz.

SERANGAN ORINTALIS BARAT.
Setelah usaha merosakkan akidah orang Islam gagal melalui kaedah menukar agama,pihak orientalis telah menukar strategi.Mereka mulaa memikirkan kaedah melalaikan umat Islam.Hanya dengan melalaikan, umat islam akan lemah dan mudah di perkotak-katikkan.Umat islam yang lalai dan terlalu seronok dengan dunia tak akan mampu berbuat apa-apa.Sejak dari pejam mata hingga ke ke tidur balik mereka akan memikirkan keseronokan hidup.Orang kafir yang anti Islam tidak akan leka dari terus melalaikan umat islam.

Kesimpulanyya.
Allah berfirman" terjadinya kerosakan di bumi dan di lautan akibat dari berbuatan tangan-tangan manusia itu sendiri".Mahu tak mahu umat Islam mestilah sanggup meluangkan masa terjun ke tengah masyarakat.Tinggalkan sebentar anak isteri.tak perlu menyalahkan orang lain kerana ini sememangnya perancangan jahat musuh Islam.Dakwah mesti di pertingkatkan.Ulamak mesti sanggup turun padang dan bukan hanya berada di atas pentas dan mimbar masjid.Ulama mesti menggerakkan institusi masjid dan kampung agar sama-sama memainkan peranan.Kembalikan sikap berani menegur dan membetulkan yang salah sepertimana zaman dahulu.Orang Islam mestilah amalkan kembali tanggungjawab menjaga agama.Mudah-mudahan dengan ini Allah akan memberi rahmat dan melindungi kita dari bala bencana.

0 comments:

Catat Ulasan