KECEWA SIKAP AHLI MAJLIS DAN MAJLIS DAERAH
"Kecewa", hanya itulah sahaja perkataan yang mampu diungkapkan kepada sikap Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Daerah Langkawi dan kepada Majlis Daerah Langkawi. Permohonan LANDAS Langkawi untuk memasang layar screen di Dataran Pekan Rabu masih belum mendapat jawapan sehingga ke hari ini. Surat susulan telah pun saya hantar bahkan surat tersebut juga di fax kan ke Pejabat Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Sebelum ini pun saya telah diberi kebenaran secara lisan untuk memasang layar LCD namun apabila diminta untuk megeluarkan kebenaran secara bertulis permintaan saya hanya didiamkan begitu sahaja. Kami tidak berani memasang layar LCD tersebut tanpa kebenaran secara rasmi kerana bimbang ada pihak yang akan mengganggu di masa hadapan.
Oleh kerana tidak mendapat kerjasama dari Ahli Majlis Daerah maka saya panjangkan permintaan kami ke peringkat EXCO namun sehingga kini masih juga belum mendapat jawapan. Dengan masalah yang sekecil ini pun tidak mampu di fikirkan maka saya turut mengiakan apa yang menjadi rungutan orang ramai tentang masalah birokrasi di pejabat kerajaan. Ini adalah kali pertama saya berurusan dengan pejabat kerajaan dan telah merasai kepayahannya apatah lagi mereka yang saban hari menghadapi perkara yang sama.
Niat LANDAS Langkawi mahu memasang layar LCD di Pekan Rabu adalah tanda sokongan kami kepada kerajaan negeri dan ingin turut serta terlibat bersama program pembangunan modal insan.
Kami tidak akan minta bantuan walau satu sen pun dari kerajaan negeri jika kami dibenarkan berbuat demikian. Jadi janganlah berasa takut akan mengeluarkan bajet seandainya kami diberi peluang berbuat demikian. Kami akan berusaha sendiri mendapatkan dana untuk membeli peralatan yang diperlukan. Kami juga mahu berbakti kepada masyarakat. Kami merasa ini adalah salah satu sumbangan kami kepada umat Islam Langkawi.
Kalau Kelantan terkenal dengan Kuliah pagi Jumaatnya maka kami mahu mempromosikan Dataran Pekan Rabu sebagai Dataran Ilmu. Selain dari produk pelancongan kami juga mahu mempromosikan Langkawi sebagai persinggahan mendapatkan ilmu agama. Agak rugi sekali jika Langkawi hanya dipromosikan sebagai tempat pelancongan semata-mata tanpa input yang bermakna dari kacamata Islam. Tidakkah kerajaan negeri terfikir mahu memahamkan pelancong luar negara kepada Islam. Jika tidak kita secara tak langsung membiarkan pelancong asing merosakkan anak bangsa.
Ahli Majlis yang majoritinya diterajui oleh orang parti yang memerintah dilihat tidak mampu berfikir dan membawa Langkawi ke destinasi yang selamat dari kemurkaan Allah. Mereka hanya mampu mewarisi apa yang ditinggalkan oleh mereka yang terdahulu. Mereka hanya mampu mengerumuni majlis-majlis keramaian dan melayan kedatangan exco atau Menteri Besar.Tetapi apabila di tanya tentang sesuatu masalah mereka hanya menuding jari kepada masa lampau.
Langkawi memerlukan kereta pacuan empat roda jika mahu menyelamatkannya dari penyakit yang sedia ada. Orang berilmu hanya belajar agama dan orang politik hanya memikirkan kuasa. Mereka hanya berfikir tanpa mahu bekerja. Akhirnya jadilah Langkawi "padang arak padang maksiat". Sama-sama kita fikirkan.
Ini adalah luahan hati kami sebagai rakyat yang mahu melihat Langkawi sebagai daerah Darul Taqwa yang jauh dari murka Allah.

0 comments:
Catat Ulasan