16 Disember 2009

ISU ARAK & PAPAN TANDA AMARAN

Exco perumahan dan kerajaan tempatan, exco agama, jabatan agama, pihak berkuasa tempatan (PBT), dan pihak polis perlu duduk berbincang penyelarasan untuk tindakan bersama bagi mengatasi gejala arak. Seksyen 25 (1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988 memperuntukkan undang-undang, mana-mana orang yang minum arak atau sesuatu barang minuman yang memabukkan adalah bersalah yang boleh apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebih RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. Seksyen 25 (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988 memperuntukkan undang-undang, mana-mana orang yang membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.


0 comments:

Catat Ulasan