20 Disember 2009

Cari mekanisma terbaik tangani penjualan arak berleluasa

LANDAS Langkawi sedang berusaha mencari mekanisma baru dalam usaha menyekat penjualan arak yang tidak dapat di kawal di bumi Langkawi. Usaha yang di maksudkan ialah dengan melibatkan masyarakat. Antara rangka cadangan yang akan di buat oleh LANDAS Langkawi ialah dengan cara menemui pemimpin masyarakat yang melibatkan wakil rakyat, penghulu, imam, ketua kampung dan mempergiatkan kempen. LANDAS Langkawi pada masa sama akan melipat gandakan gerakan dengan menerbitkan lebih banyak risalah untuk di edarkan kepada orang ramai semasa turun ke lapangan. Kami juga akan mengajak rakan -rakan lain dalam NGO Islam Langkawi khususnya agar di wujudkan jaringan yang lebih kukuh dalam usaha menyeragamkan gerakan ke arah gerak kerja yang lebih tersusun dan berkesan. NGO hendaklah lebih pro aktif dan agresif jika mahu melihat masyarakat berubah. Perbaharui cara lama yang mana cara itu agak kaku dan hanya memperlihatkan kewujudan sesuatu pertubuhan. Gabungan NGO Islam yang terdiri daripada LANDAS,TERAS,ABIM,PERDAH DAN PERKIM akan cuba kedepan dalam membantu masyarakat dan mana-mana kerajaan untuk mendampingi masyarakat. Pemimpin masyarakat hendaklah di sedarkan agar mereka sedar dan bangun.

0 comments:

Catat Ulasan