18 Januari 2011

PELANCONG ASIA BARAT BUAT MAKSIAT DI LANGKAWI




Sewaktu kami melalui kawasan yang di penuhi dengan manusia yang separuh sedarkan diri saya dan ustaz Deddy berhenti di hadapan sebuah bar.Agak lama kami memerhatikan gelagat para pengunjung bar tersebut.Sahabat kami telah jauh berada di hadapan.Saya dan ustaz Deddy memerhatikan dua lelaki Iran yang keluar masuk bar tersebut.Kelihatan juga isteri mereka masuk bersama dan keluar semuala beberapa minit kemudian.Saya berbisik kepada ustaz Deddy dan pergi berbual dengan wanita Iran tersebut jika ada peluang.Sebaik sahaja wanita Iran itu beredar dari dari bar tersebut kami segera mendekati mereka. Kedengaran ustaz Deddy dan ustaz Zul bercakap bahasa Arab dengan begitu fasih dan kami yang tak mengerti berbahasa Arab terpegun mendengarnya.Wanita Iran itu mengatakan bahawa mereka tak berapa mengerti bertutur dalam bahasa Arab tetapi faham dengan apa yang di tuturkan.

Oleh kerana mereka tak berapa faham berbahasa Arab giliran saya pula mencelah dalam bahasa Inggeris.

Antara bahasa yang dapat faham yang di tuturkan oleh

ustaz Deddy dan Ustaz Zul ialah" bolehkah orang Islam minum arak?
Lelaki Iran menjawab "kami masuk ke dalam untuk menghisap shisha bukan untuk minum arap"
Ustaz Deddy bertanya lagi
" Shisha di perbuat daripada apa?

Lelaki Iran menjawab
"bermacam-macam perisa"

Ustaz Deddy bertanya lagi
"tetapi mengapa mulut kamu berbau arak?

Tanpa menjawab mereka mengucapkan berbanyak terimakasih kerana sudi memberi teguran.Belum ada mana-mana individu yang pernah menegur kami seperti mana yang kami alami pada malam ini.Nampaknya mereka secara terbuka menerima nasihat dari kami.Pada awalnya kami agak merasa takut kerana ada yang mengatakan bahawa para suami dari tanah Arab kebanyakannya bengis tak tentu hala.Mungkin bilangan kami seramai enam orang membuatkan mereka tak berani bertindak demikian.Walau bagaimana pun inilah pengalaman pertama kami berinteraksi secara face to face dengan orang asing.


0 comments:

Catat Ulasan