08 Januari 2011

KEMBALIKAN CARA DAHULU DALAM MENDIDIK ANAK

Pinggang bagaikan terasa patah setelah di pukul ayah dengan kayu api.Maklumlah kami bukanlah dari kalangan keluarga yang berada.Pada petang itu saya telah di hadiahkan satu pukulan yang amat sakit.Pukulan yang teramat sakit itu saya ingat hingga ke hari ini.Kerana pukulan itu jualah saya pandai menghormati ibu bapa dan orang yang lebih tua.Dengan pukulan itulah jua saya datang ke semenanjung dan pandai bergaul dengan orang.
Ayah memukul saya kerana ayah sayang saya.Sedikit pun saya tak merasa bahawa ayah memukul kerana dia bencikan saya atau mahu membunuh saya.Mana ada ayah yang mahu membunuh anaknya melainkan dia seorang ayah yang sakit mental.Mana ada ayah yang mahu melihat anaknya berkelakuan tak senonoh meskipun si ayah sendiri berkelakuan tak senonoh.

Apa yang ingin saya imbas kembali ialah cara berkesan mendidik anak.Di zaman sekarang anak-anak kononnya tak boleh di pukul kerana takut mereka akan lari dari rumah atau memberontak tak tentu pasal.Anak-anak juga tak boleh di paksa melakukan sesuatu kerja kerana takut mereka akan merasa tak seronok dengan cara sedemikian.Boleh di katakan kesemua pakar motivasi moden berpendapat bahawa cara mendidik anak ialah dengan bercakap lemah lembut dan jangan di pukul jika melakukan kesalahan.

Apabila di amati akan tingkah laku anak-anak hari ini dan penyakit gejala sosial yang melanda umat Islam ramai yang sependapat dengan saya bahawa cara mendidik anak di zaman moden adalah punca penyakit ini menjadi barah kepada masyarakat.Saya kerap kali mendengar rintihan para guru yang mengeluh tentang perangai dan tingkah laku anak murid.Antara rintihan mereka ialah" murid tak boleh di sentuh atau di jentik kerana para waris akan melenting dan menyerang guru berkenaan".Apabila ini berlaku maka anak-anaklah yang rosak angkara ibu bapa yang kononnya sayangkan anak mereka.Cara pendidikan sekarang adalah menjurus kepada merosakkan anak-anak bukan untuk mendidik mereka.Cara ini adalah hasil ciptaan Barat yang berunsur hak asasi manusia.Anak-anak bebas memilih apa yang mereka mahu manakala si ibu bapa pula tak boleh memaksa anak-anak mengikut kehendak mereka.Lihat sahaja hari ini akan perangai kebanyakan anak-anak terhadap ibu bapa mereka.

Saya masih teringat akan cara ayah mendidik saya pada suatu ketika dulu dan ia masih diingati hingga kini.Jika saya membuat sesuatu kesalahan ayah tak teragak-agak memukul saya dan saya pula takut melakukannya untuk kali kedua.Hanya dengan sekali pukulan saya takut melakukan keslahan dan dengan pukulan itu jualah saya hormati ayah saya.Semua rakan yang sebaya dengan saya menceritakan pengalaman yang sama.Apabila cara ayah bonda kita kesampingkan maka al hasilnya kita telah di hidangkan dengan suasana yang kita alami sekarang ini.Anak-anak bukan lagi sebagai penawar kepada sesetengah ibu bapa tetapi menjadi racun yang memakan hati.

Hasil dari pengamatan yang berlaku hari ini saya mengajak para ibu bapa praktikkan kembali cara yang di amalkan oleh ibu bapa kita pada zaman dulu.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Ya saya setuju sangat,tiada langsung kesan benci atau marah yang ada dihati saya dan adik beradik yang lain bila kami bersembang dan mengingati betapa tegas dan garangnya mak dan ayah kami masa zaman kami budak2 dulu.Bagi saya cara psikologi mengarut!okay ja hidup kami skrg semua berjaya,Alhamdulillah... takde pun yang mental sebab selalu kna rotan dulu!bertambah sayang dan hormat lagi pada mak dan ayah ada la.

Selasa, 22 Januari, 2013

Catat Ulasan