10 Februari 2011

KEDAH TIDAK ADA AKTA JUDI




Baru-baru ini artikel saya telah keluar dalam akbar Harian Sinar yang bertajuk"Mohon pejabat Agama aktif jalankan Tugas".Artikel tersebut berkenaan judi yang semakin berleluasa di Langkawi amnya. Artikel tersebut sebenarnya menjadi tanda tanya kepada saya memandangkan pejabat agama hatta di seluruh negeri Kedah tak pernah kedengaran orang Islam berjudi di dakwa.Sebaik sahaja saya menghantar berita kepada pemberita tentang artikel saya,saya sangat mengharapkan agar artikel saya dapat di siarkan tanpa rasa takut.belum pun habis saya membaca artikel saya yang keluar pada hari itu kedengaran bunyi sms sampai.Saya tidak mengendahkan bunyi sms tersebut kerana mahu mengahabiskan tajuk yang saya sedang baca. Sebaik sahaja saya habis saya terus membuka sms yang sampai.Sms tersebut bertajuk " Kedah tidak ada akta tangkap orang berjudi jadi kami tak boleh buat apa".
Selepas itu barulah saya tahu keadaan sebenar mengapa premis-premis judi boleh terus beroperasi dengan tenang tanpa gangguan dari Jabatan Agama.

Saya pernah terdengar ayat keluar dari mulut sahabat saya yang berbunyi lebih kurang "Jabatan Agama adalah salah satu jabatan yang paling lembab dan tidak mengambil sebarang inisiatif menambah baik tentang perundangan atau institusi Islam".Mengapa tidak ada akta tentang judi.Adakah tiada cerdik pandai islam sedangkan negara kita memiliki pakar tentang undang-undang islam dan hukum hakam dalam Islam.Dari zaman UMNO hinggalah ke zaman PAS apakah masih belum ada yang terfikir untuk menggubal undang-undang yang boleh menyekat dan mencegah orang Islam dari menjadi kaki judi.

Para pembesar Islam seharusnya terlebih dahulu memikirkan perkara yang asas yang boleh merosakkan orang Islam dalam kehidupan seharian.Jika tiada akta judi bermakna rakyat boleh berjudi dan tak perlu bising-bising jika ada orang Islam yang menjadi kaki judi.Islam menyuruh umatnya mengamalkan yang makruf dan mencegah kemungkaran.Islam tidak pernah memerintah umatnya beramal sahaja tapi dalam masa yang sama membiarkan kemungkaran.

Kepada para pemimpin ingin kami ingatkan agar mereka meneliti dan mentalaah kembali akan kekurangan yang masih ada dalam Enakmen Kanun Jenayah Islam Negeri Kedah.Kursus demi kursus yang di jalankan namun akta yang sangat penting tidak dapat di gubal.Jika jabatan Agama dapat menjalankan fungsinya secara maksima kami yakin perilaku maksiat akan dapat di kurangkan ke tahap minima.Seharusnya juga mereka yang bejerja di Jabatan Agama banyak berfikir tentang bagaimana cara mengurangkan maksiat kerana Islam tidak hanya tertumpu kepada nikah,cerai,faraid dan sambutan Maulidurrasul.Apakah mencegah rorang dari berjudi bukan dari sunnah rasul.

0 comments:

Catat Ulasan