Kelihatan beberapa tin arak yang masih ada air arak di dalamnya. 3 orang gadis Melayu Islam yang kami temui semasa dalam perjalanan pulang selepas selesai menyusuri pantai cenang sejauh lebih kurang 3km.Apabila di tanya adakah mereka yang meminum air tersebut mereka menafikannya dan mengatakan bahawa arak itu di minum oleh mereka yang terdahulu duduk di meja tersebut.Wanita berbaju hitam kami jumpai kali yang ke dua di mana kali yang pertama kami menemui beliau semasa menunggu rakannya di karaoke Langkawi Fair.Baru berumur 19 tahun tetapi kehidupannya telah hancur.
Pantai Cenang malam Jumaat 13hb.January 2011 tanpa jemu kami terus mengunjungi pantai Cenang dan kawasan yang di anggap panas di Langkawi.Kami datang ke tempat ini setiap dua minggu sekali.
assalamualaikum... saya anak jati langkawi kini sedang mengajukan tesis prasiswazah saya di UKM saya pelajar tahun akhir di sini tajuk tesis saya PENGAMBILAN ALKOHOL DALAM KALANGAN REMAJA PEREMPUAN DI PULAU LANGKAWI sebagai seorang Islam berbangsa Melayu dan anak jati pulau lagenda saya sangat sedih melihat langkawi hari ini usaha yang dilakukan oleh LANDAS saya lihat amat murni saya bukanlah orang yang arif dalam agama dan mampu berdakwah seperti LANDAS tetapi usaha yang dilakukan oleh LANDAS, saya sangat menyokongnya melalui kajian yang saya lakukan rata-rata anak muda bersetuju "harga murah, senang dapat dan tiada yang melarang" sunnguh saya sedih dengan isu arak di langkawi malah ada bar-bar di pantai cenang milik orang melayu beragama Islam dan mempunyai 100% pekerja Islam di mata pihak-pihak yang berwajib? keindahan langkawi dan kekayaan budaya tempatan sudah kian luntur malah bila menyebut sahaja langkawi "arak senang dapat kan?" "rokok murah kan?" "kereta murah kan?" ini yang ingin dibanggakan? saya tidak mahu pulau yang membesarkan saya menjadi seperti Phuket terkenal di mata dunia tapi hanya cerita jelik yang dijaja di serata dunia apa guna punya ekonomi yang mantap jika tidak berkat? di dunia mungkin kita kaya di akhirat?
Berdakwah agak mudah tetapi bukan senang mencintai dakwah. Berdakwah memerlukan hati yang benar-benar tabah,berani, sanggup berkorban.Ranjaunya amat tajam,jurangnya amat dalam,lautannya tiada bertepi,panasnya sangat terik,laluannya berliku dan becak.Namun apa sahaja yang mahu di tempuhi semuanya terasa mudah jika hati mencintai dakwah.Dakwah adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah.Mencintai umat,nabi dan Allah itulah yang di cari oleh orang dakwah.Hidupnya hanya untuk umat dan Allah.Hidupnya tak senang jika terlihat ada umat yang terpesong.Mahu mengelak dari di soal di hadapan Allah Rabbul Jalil adalah sebab mengapa pendakwah menunaikan amanah ingat mengingati sesama muslim.
Terlalu ramai manusia yang lalai kerana masing-masing sibuk dengan dunia.Tak sanggup susah untuk Allah tapi sanggup susah untuk anak isteri dan harta.Matlamat hidup telah terpesong.'Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada ku'.Setiap detik manusia memikirkan keperluan hidup.Yang berharta terus menghabiskan hartanya kepada ang sia-sia.Tidak mahu menghalakan wang ringgitnya untuk Islam kerana baginya ia hanya sia-sia.Kehidupan yang sementara itulah matlamat mereka.
Ya Allah,kekalkanlah aku di jalan dakwah ini.Aku mahu terus berbakti pada Islam.Aku tak mahu menjadi hamba dunia.Aku hanya mahu menjadi hamba Mu.Ya Allah jauhkanlah sifat jemu dari hati sanubari hamba Mu ini.Aku mahu terus kuat agar aku boleh terus kesana kemari dalam berbakti kepada Mu.
LAGU TEMA LANDAS LANGKAWI
Berjihadlah,berjuanglah,ke jalan Allah, Kukuh kan lah barisanmu, wahai pejuang Allah, Eratkan mahabbah, kukuhkan ukhuah, Wahai sahabat ayuhlah bersatu, Satukan fitrah,eratkan perjuangan, Berlandaskan Al Quran dan As sunnah,
Di sini kita pun bermula, Jangan hilangkan ilmu di dada, Manfaatkan dalam kehidupan kita, Kerana Allah matlamat semua.
Umat terpilih di redhai Allah, Laksanakanlah kewajipan kita, Menyeru ke arah kebaikan, Hindarilah segala kemungkaran.
Itulah seruan kami, Itulah matlamat kami, Islam pasti gemilang, Dengan jihad yang di suburkan, Allah, Allah, Allah hu Akbar
cabaran perjuangan
andai perjuangan ini mudah, pasti ramai menyertainya. andai perjuangan ini menjajikan kesenangan, pasti ramai yang tertarik padanya. tapi hakikat perjuangan bukan begitu, turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang terhingga. andai rebah, bangunlah semula. andai terlupa, ingatlah janji NYA. barang siapa yang membantu agama NYA, AKU pasti akan membantunnya.
1 comments:
assalamualaikum...
Sabtu, 09 April, 2011saya anak jati langkawi
kini sedang mengajukan tesis prasiswazah saya di UKM
saya pelajar tahun akhir di sini
tajuk tesis saya
PENGAMBILAN ALKOHOL DALAM KALANGAN REMAJA PEREMPUAN DI PULAU LANGKAWI
sebagai seorang Islam berbangsa Melayu dan anak jati pulau lagenda
saya sangat sedih melihat langkawi hari ini
usaha yang dilakukan oleh LANDAS saya lihat amat murni
saya bukanlah orang yang arif dalam agama
dan mampu berdakwah seperti LANDAS
tetapi usaha yang dilakukan oleh LANDAS, saya sangat menyokongnya
melalui kajian yang saya lakukan
rata-rata anak muda bersetuju
"harga murah, senang dapat dan tiada yang melarang"
sunnguh saya sedih dengan isu arak di langkawi
malah ada bar-bar di pantai cenang milik orang melayu beragama Islam
dan mempunyai 100% pekerja Islam
di mata pihak-pihak yang berwajib?
keindahan langkawi dan kekayaan budaya tempatan sudah kian luntur
malah bila menyebut sahaja langkawi
"arak senang dapat kan?"
"rokok murah kan?"
"kereta murah kan?"
ini yang ingin dibanggakan?
saya tidak mahu pulau yang membesarkan saya menjadi seperti Phuket
terkenal di mata dunia
tapi hanya cerita jelik yang dijaja di serata dunia
apa guna punya ekonomi yang mantap jika tidak berkat?
di dunia mungkin kita kaya
di akhirat?
sekian, assalamualaikum..
anak pulau di rantau
Catat Ulasan