24 November 2010

JADIKAN IBADAH KORBAN SEBAGAI IKTIBAR





Hari Raya Korban yang lepas di sambut dengan penuh meriah sekali.Di surau kami empat ekor lembu dan seekor kerbau.Kerbau di sumbang oleh MB.Kedah melalui LADA. Terimakasih YAB. MB Kedah yang di kasihi al fadhil ustaz Azizan Razak.Ramai sahabat yang bertanya bagaimana surau boleh mendapat sumbangan dari MB sedangkan masjid tak dapat. Ada pula sahabat yang secara spontan menjawab ini kerana surau Taman Desa Permata adalah adalah surau paling aktif di Langkawi bahkan lebih aktif dari masjid.Saya selaku Pengerusi LANDAS Langkawi adalah Setiausaha Surau ini.Surau kami tidak mendapat peruntukan dari mana-mana pihak tetapi masih mampu menjalankan aktiviti.kami pernah meminta sumbangan dari masjid berhampiran tetapi tak di layan.Masjid tersebut mendapat sumbangan yang banyak dari anak khariah setiap bulan pada setiap kali solat jumaat bahkan ada masjid yang memiliki wang berpuluh ribu ringgir dalam bank.mereka seronok menyimpan banyak wang dalam bank tanpa di manfaatkan untuk mengimarahkan masjid dan jalan dakwah. Saya kerap kali memberitahu rakan-rakan yang mengurus masjid agar tidak menyimpan duit yang di sumbang oleh orang ramai.Wang yang di sumbang bukanlah untuk di simpan tetapi untuk di manfaatkan agar mereka yang menyumbang mendapat pahala. Saya kemudiannya tidak di senangi kerana bercakap demikian.Kepada mereka yang menguruskan masjid saya mengingatkan bahawa Allah pasti akan tanya kamu mengapa kamu menyimpan wang yang di sumbang orang ramai dalam bank.

Amalan berkorban semangnya di ingati oleh seluruh umat Islam kerana berkait dengan pengorbanan nabi Ismail A.S yang sanggup di korbankan atas arahan Allah SWT hanya untuk menguji keimanan ayahnya nabi Ibrahim A.S. Berkorban nyawa dan anak itulah tahap pengorbanan para nabi dan mereka yang cintakan Islam.Iman mereka mantap dan tidak ada yang boleh merosakkannya.

Berkorban harta,tenaga dan buah fikiran di jalan dakwah pahalanya tidak terhingga. Ada sabda nabi SAW yang bermaksud

" seandainya mereka tahu pahala mereka yang berjuang ke jalan Allah nescaya mereka akan minta di hidupkan kembali setelah di matikan kerana mahukan pahala yang amat besar".

Memang selayaknya pahala berdakwah sangat besar memandangkan ia adalah tugas berat dan mencabar.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan pengorbanan mereka yang sanggup menempuh jalan ini.Sewaktu saya mula mengenali Islam,saya dan beberapa rakan yang masih baru dalam Islam berguru dengan Jemaah Arqam. Walau pun kebanyakan ahli Arqam di Sri Aman dan Sibu ketika itu adalah dari golongan mualaf namun pergerakan kami amat berkesan kerana di didik supaya mencintai jalan dakwah. Saya masih teringat kata-kata perangsang dari ustaz yang mendidik kami dengan berkata

" jangan kamu mati di luar jalan dakwah kerana kelak Allah akan tanya kita apakah sumbanganmu di atas kesesatan umat yang lain"
.

0 comments:

Catat Ulasan