07 November 2010

APABILA USTAZAH BERLEBIHAN BERHIASAN

Ustazah,nama yang amat di sanjung oleh orang Islam. Bila sebut nama ustazah semua tahu mereka adalah muslimah yang arif tentang agama.Mereka adalah idola kepada orang Islam kerana dari mulut dan kelakuan merekalah keluar akan sesuatu yang menjadi ikutan.

Namun sejak akhir-akhir ini ramai ustazah yang berfesyen seakana menyamai artis.Kalau di dalam mana-mana pengajian seorang wanita tidak boleh bertabaruz atau berhias berlebihan.Maknanya tidak boleh memakai pakaian yang boleh menarik perhatian orang yang memandang mereka.Cara berpakaian seorang ustazah atau wanita islam yang saya faham ialah

1.baju labuh dan longgar
2.warna tidak terlalu terang
3.tudung sampai ke paras dada
4.tidak memakai gincu
5.berjalan tidak melenggokkan badan

Dalam rancangan tv3 atau Astro Awani kerap kelihatan seorang ustazah yang saya maksudkan.Beliau juga bergelar hafizah.Beliau nampak kreatif dengan bernashid,berkompang dan tak ketinggalan lipstiknya yang tebal dan suka memakai pakaian yang berwarna terang.Mungkin atas gelaran hafizah, ustazah ini menemui ada kitab yang membenarkan ustazah berhias demikian.Mungkin niatnya baik iaitu untuk menarik orang ke rancangan yang yang di anjurkan tetapi adakah cara yang di pakai di benarkan.Para ustazah atau lain-lain ilmuan islam hendaklah berhati-hati dalam setiap tingkah laku dan tatacara berpakaian.Ramai sahabat yang mengalami masalah mendidik isteri tentang cara-cara berpakaian.Apabila di suruh berpakaian dengan cara yang lebih Islamik mereka akan memberikan contoh ustazah .......... dan Dr.......... pun berpakaian macam ini.Inilah masalah para isteri bila ada segelintir ustazah yang beramal tidak menurut ilmu yang di pelajari.Segelintir ustazah juga sangat mudah berubah bila menjadi orang terkenal.Mereka mampu bertudung labuh apabila masih menjadi pendakwah bebas tetapi menjadi berat apabila di uji dengan ujian pangkat dan darjat.

Segelintir ustazah yang di uji dengan nikmat pangkat seharusnya segera sedar bahawa mereka akan menjadi ikutan kepada orang islam yang lain.Elok atau larinya cara mereka berpakaian sudah pasti akan mempengaruhi persekitaran.jangan mudah terperangkap dengan tipu daya pangkat dan habuan dunia.Sejarah silam telah banyak menceritakan barapa ramai para ulama yang di uji dan cuba di sogok agar menghalalkan yang haram.Semoga kita yang faham Islam akan terus di pelihara iman dan istiqomah dalam amalan seharian.

0 comments:

Catat Ulasan