MASYARAKAT TAK FAHAM KANUN JENAYAH SYARIAH






"Kami tak buat apa pun lagi pun kami bersembang di kawasan public" kata seorang cikgu yang terkejut dengan kehadiran kami.Kerana asyik dengan panasnya badan si pakwe,mereka tidak mempedulikan pandangan orang yang lalu lalang. Walau pun di dalam gelap,mereka tidak merasa bersalah sebaliknya mempertahankan bahawa mereka tidak buat apa-apa. Tanpa cepat melatah,kami terus memberi nasihat kepada mereka.

"Berjawatan guru" sesorang pendidik memang tak patut melakukan sesuatu yang bertentangan dengan adab Islam. Mereka adalah ikon dan contoh kepada pelajar. Sikap"cakap tak serupa bikin" sesetengah guru telah menyebabkan anak murid menjadi liar. Harapkan pagar pagar makan padi itulah barang kali kata pepatah yang sesuai diberikan kepada guru yang berperangai begini. Guru tersebut kelihatan tidak selesa dengan kehadiran kami namun dia terpaksa mengalah apabila tidak mampu berhujah.

Dalam aktiviti pada malam tadi kami juga menemui beberapa pasang pelajar dari IPT. Jauh dari keluarga barangkali menyebabkan mereka hilang kawalan diri.P ara aktivis LANDAS berinteraksi dengan mereka dengan penuh hikmah tanpa mengeluarkan kata-kata kesat apalagi memarahi mereka. Mereka juga merasa senang hati dengan cara kami.
Read More

ESQ SESAT?


"ESQ dilarang mengadakan aktivitinya di Wilayah Persekutuan kerana dikatakan mengandungi unsur liberalisme dan plurolisme". Itu kenyataan yang dikeluarkan oleh mufti Wilayah Persekutuan. Pun tidak ketinggalan ada blogger yang menulis dan menyenaraikan kandungan unsur kesesatan yang terdapat di dalam ESQ. Orang awam menjadi bingung dengan percanggahan pendapat yang utarakan oleh Mufti Wilayah dan lain-lain mufti di negara ini. Mengapa harus ada percanggahan yang ketara dalam institusi mufti? Mengapa harus ada perbezaan disiplin ilmu pada mufti sedangkan mereka bergelar mufti dan menjadi rujukan umat Islam. Perbezaan pendapat yang ketara ini akan membuka ruang kepada mereka yang sentiasa menunggu ruang untuk menghentam ilmuan Islam. Adakah ini yang di katakan "percanggahan pendapat adalah rahmat". Perbezaan antara sesat dan tak sesat adalah teramat berbeza. Perbezaannya umpama langit dan bumi sedangkan bumi dan langit adalah dua benda yang berbeza.


Tidak ketinggalan mereka yang tidak kenal langsung ESQ turut memberi komen tentang
ESQ. Bagi saya yang telah dua kali mengikuti program ESQ, saya merasakan program ini adalah salah satu uslub dakwah. Walau pun ia adalah program yang direka untuk membentuk kecerlangan diri namun ESQ lebih kepada penghayatan Islam. DR.Ary Ginanjar Agustian berjaya membentuk suatu modul yang boleh mengajak seseorang untuk menghayati kehidupan. Seseorang yang berilmu akan di erjemahkan dengan lebih mendalam tentang kekuasaan Allah tentang penciptaan langit dan bumi.


Di Langkawi ramai aktivis LANDAS telah mengikuti program ESQ. Para aktivis berkata" sekiranya ada lagi program ESQ berdekatan kami tidak akan melepaskan peluang untuk terus mengikutinya. Bahkan aktivis LANDAS yang pernah mengikuti program ini yang mampu bertahan untuk terus berada di tengah masyarakat dalam kerja-kerja dakwah. Kami diberi peluang mengikuti kursus ini tanpa bayaran. Kami masuk atas kapasiti sebagai aktivis dakwah kerana salah seorang kakitangan ESQ adalah juga aktivis LANDAS.

Harap selepas ini tiada lagi suara sumbang yang komen tanpa mengetahui apa sebenarnya ESQ. DR.Ari Ginanjar juga seorang yang amat terbuka dan meminta diperbetulkan jika ada yang meragukan di dalam program ciptaannya itu. Mantan Mufti Kedah juga menegur sikap mufti Wilayah yang menghukum tanpa berbincang dalam memberi pendapat tentang ESQ.


Amatlah ditakuti jika ada individu yang tidak senang hati dengan program kerohanian yang direka demi untuk menghayati sebuah kehidupan. Saya masih ingat bagaimana suatu ketika dulu ada menteri yang mengatakan " Mempelajari tasauf hanya akan menyebabkan umat Islam mundur dan takut untuk maju".


Read More

CERAMAH DI KOLEJ KOMUNITI LANGKAWI


14hb.yang lepas LANDAS LANGKAWI telah di jemput untuk menyampaikan ceramah mengenai gejala sosial di Kolej Komuniti Langkawi.Pihak LANDAS LANGKAWI telah meminta al fadhil ustaz Kamarudin Kassim sebagai Kordinator Landas mewakili LANDAS Langkawi menyampaikan ceramah tersebut. Ceramah tersebut di hadiri lebih kurang 100 orang pelajar termasuk beberapa orang pensyarahnya. Setelah lebih setahun blog LANDAS Langkawi di wujudkan alhamdulillah semakin ramai yang mengenalinya bahkan semakin ramai yang menawarkan diri menyertainya. Berbagai usaha di lakukan untuk mempromosikan aktiviti LANDAS. Ada juga parti politik yang turut menjemput LANDAS bersama mereka dalam aktiviti mereka.Buat masa ini LANDAS Langkawi masih belum bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik kerana khuatir akan merosakkan hubungan LANDAS dengan individu atau institusi lain. Ruang berdakwah lapangan masih teramat luas tanpa perlu menjerumuskan diri bersama parti pilitik.
Read More

PANTAI CENANG TERUS BERMANDI ARAK

Tanpa rasa jemu kami terus mengunjungi Pantai Cenang.Pantai yang semua orang tahu apa yang ada di sana.Kami pergi ke sana untuk meninjau suasana terkini pantai tersebut kerana saya baru mendapat khabar bahawa ada perubahan di kawasan tersebut. saya di beritahu bahawa Majlis Daerah telah merobohkan beberapa kedai di sepanjang Pantai.Entah kedai jenis apa yang menjadi sasaran pihak Majlis Daerah. Tiada apa pun yang berlaku berdasarkan pemerhatian kami atau mungkin kami tak berapa nampak kerana kami pergi pada waktu malam.

Seprti biasa di pantai yang paling terkenal di Langkawi kita akan di sajikan dengan berbagai gelagat manusia yang ada di sepanjang pantai.Berdating,minum arak dan menari semuanya ada di sana.Anda tidak akan merasakan yang anda berada di Malaysia jika berada di Pantai Cenang.
Kelihatan anak muda sedang menonton para beach boy berbangsa Melayu dan beragama Islam sedang melayan pengunjung yang terdiri dari orang Eropah dan Asia Barat.Anak muda Melayu nampak begitu megah dan teruja dengan cara hidup mereka.Masakan tidak kerana mereka bebas hidup dengan cara barat atau hidup tanpa batasan.

Perhatikan anak muda sedang menonton aksi beach boy sedang bermain api dan di selang seli dengan minum air kencing setan. Besar kemungkinan para penonton juga akan terikut-ikut dengan cara hidup sedemikian. Kali ini mereka hanya menjadi penonton dan peminat dan tak mustahil esok mereka juga akan turut menjadi seperti mereka yang bergelumang dengan cara hidup songsang.Saya telah bertemu ramai pemimpin masyarakat di kawasan ini dan mengajak mereka turun ke lapangan mengingatkan mereka yang telah menyimpang.Saya sungguh tak mengerti dengan prinsip hidup kebanyakan umat Islam hari ini.Mereka amat benci maksiat dan benci anasir luar yang mengancam kehidupan orang islam tetapi mereka hanya cekap mengeluh dan mengharap bantuan tanpa perlu bekerja. Bak kata pepatah " mengharap blan jatuh ke riba".



Kelihatan anak muda yang tidak pandai memilih dan membezakan hiburan sedang memerhati gelagat aksi beach boy Melayu untuk menarik perhatian pelancong. Inilah tarikan Pantai Cenang setiap malam.Pantai Cenang di kuasai Beach Boy.Mereka di beri Lampu Hijau oleh orang Kampung untuk terus bergelumang dengan najis arak

Read More

KEDAI MAKAN & GEJALA SOSIAL.

Masih ingat suatu ketika dulu di mana kebanyakan kedai makan hanya di buka hingga ke pukul 9 malam.Ini bermakna keadaan sesuatu bandar atau pekan akan mula sunyi seawal pukul 10 malam.
Fenomena keluar malam dan gejala so sial ini menjadi-jadi kerana adanya tempat untuk mereka melepak atau bersantai. Remaja pula mengambil kesempatan melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti lumba motor atau mengintai tempat yang boleh di jadikan sasaran untuk mencuri dan merompak.

Kerajaan pula menggalakkan peniaga membuka warung sehingga ke lewat pagi atas nama memeriahkan malam dan untuk menarik pelancong.Walau pun dari segi kesan ekonomi ia membawa kepada kebaikan tetapi ia amat memberi kesan yang amat buruk kepada gejala sosial.Pengalama kami di lapangan di mana kami menemui anak muda samada lelaki atau perempuan di kedai-kedai makan sehingga ke pukul tiga pagi.

Kerajaan di sarankan agar memikirkan kembali tentang kebenaran yang di berikan kepada peniaga yang berniaga hingga larut malam.Kalau lima tahun kebelakangan kita jarang sekali melihat wanita berpakaian tetapi telanjang tetapi hari ini ia telah menjadi satu fesyen.Semua ini akibat kemajuan yang tidak di kawal dan di tadbir dengan baik.
Read More