BIADAPNYA SI PENZINA
Berani dan biadapnya si penzina ini menghina Islam.Sebelum ini bekas presiden MCA iaitu Tan Sri Ling Liong Sik juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa negara akan mundur jika hudud di laksanakan di Malaysia dan umpama memeusingkan jarum jam ke belakang.
Manusia ini begitu berani menghina umat Islam dan agama mereka kerana dia sedar umat Islam tidak lagi memilki kekuatan dari segi kesatuan dan amalan.Hanya segelintir NGO dan orang perseorangan sahaja yang berani bersuara manakala mereka yang mempunyai kekuatan dan kuasa hanya mendengar sahaja.Kemana perginya NGO-NGO Melayu yang keluar tanpa henti membuat laporan polis ke atas Mat Sabu kerana dikatakan menghina keluarga simati yang kecundang kerana melawan kominis.Saya tidaklah menyokong Mat sabu tapi persoalannya apakah para pejuang Melayu yang terkorban ini lebih bernilai dan besar dari Islam?
Orang Melayu tidak bijak menilai sesuatu.Bangsa dan agama dihina dek kerana sikap menilai sesuatu tidak kena pada tempatnya.Kerana perut bangsa dan agama dihina.Amatlah sedih bilamana agama dihina di negara yang majoritinya umat Islam.Bagaimana pula jika negara ini umat Islam adalah umat yang minoriti?Sudah pasti hidup kita umpama cacing kepanasan.
Pihak pemerintah seharusnya ada ketegasan dalam menghadapi manusia jenis ini agar tidak melampau batas.Nabi SAW pernah berpesan"berlemah lembutlah dengan saudara se Islam dan hendaklah kamu berlaku tegas dengan yang bukan Islam".
Mengapa kita tidak boleh bersatu dibawah payung Islam?Jika ini terus berlaku maka kita t adalah antara umat yang telah disabdakan oleh nabi
"umat Islam di akhir zaman umpama buih di lautan.Sekali ditiup angin maka habis semua bertaburan".
0 comments:
Catat Ulasan