21 April 2011

TERIMAKASIH USTAZ!



















Malam paling bersejarah bagi kami aktivis LANDAS langkawi di mana pada malam jumaat yang lepas 14/11/2011 merupakan kali pertama kami memasuki karaoke Langkawi Idol,Pekan Rabu semenjak ia beroperasi lebih kurang tiga bulan yang lepas.Agak berdebar rasanya kerana kami tidak mengetahui selok belok pusat hiburan tersebut.Tumpang semangat para sahabat yang sanggup meluangkan masa maka rasa gementar berlalu begitu sahaja.kami sampai di karaoke ini lewat jam dua pagi di mana sebelumnya kami menaiki karaoke Jeti Point.Di Jeti Point kami menziarahi pemilik karaoke tersebut.saya dan rakan akan menceritakan apakah itu islam dan pemilik karaoke tersebut sedia menerima penerangan kami.Insya Allah jika di bukakan hati dia akan memeluk islam.




Di karaoke Pekan Rabu kami memasuki satu bilik yang di penuhi oleh tujuh orang anak muda Islam.Mereka agak hayal dengan lagu karaoke yang di kuatkan volumnya.Kami meminta mereka memperlahankan bunyi pembesar suara dan memohon beramah mesra.Pada mulanya agak tegang kerana ada di antara aktivis yang tidak boleh menahan rasa marah.Saya menasihatkan kawan-kawan agar menahan perasaan walau apa jua situasi kerana tujuan kita adalah untuk berdakwah dan ingat-mengingati.


Kami memulakan dailog dengan bertanyakan masalah yang mendorong mereka mencari tempat yang haram.Kesemua mereka menyatakan yang mereka datang ke karaoke adalah untuk menenangkan fikiran.Kami memberikan mereka peluang untuk bercakap hingga habis barulah kami pula bercakap.Suasana teramat sayu apabila salah seorang dari mereka menangis teresak-esak dan mengucapkan rasa kesyukuran yang tak terhingga di atas kunjungan kami."saya telah banyak kali cuba melepaskan diri dari cengkaman arak tetapi tak berjaya dan malam ini saya berjanji saya tak akan menjadi hamba arak lagi" kata pemuda tersebut sambil isterinya yang berada di sebelah mengusap-ngusap belakangnya tanda memberikan semangat untuk berubah menjadi hamba Allah.Hingga kini saya terus menghubunginya dalam usaha membantu menjadi hamba yang taat pada perintah Allah.Kami juga akan berzizrah ke rumahnya kerana dia sangat mengharapkan bantuan dan bimbingan kami.Semoga Allah memberikan kekuatan kepada sahabat saya ini dalam menempuh dunia yang penuh dengan ranjau

0 comments:

Catat Ulasan