06 April 2011

SEMBANG DR.MASITAH.

ASTRO OASIS salah satu rancangan tv yang saya minati.Bukanlah minat sangat hanya sekadar menjenguk.Saya akan membuka rancangan berkenaan bila mana saya mendapat tahu ada cerdik pandai Islam akan ke udara pada masa tersebut.Kebetulan pada hari itu Datuk Dr.Masitah Ibrahim,Nash,Nora dan seorang kumpulan Rabbani.

Saya tertarik dengan kata-kata Nora yang mengatakan bahawa dia akan terus menyanyi tetapi dengan menutup aurat.Dr.Masitah pun mengatakan tidak salah wanita menyanyi asalkan menutup aurat.wajah beliau pun banyak perubahan.Baju nampak sendat,tudung tak cukup syarat,bulu kening bercukur dan bibir merah.Senator katakan! Saya kerap mendengar rungutan kawan-kawan yang juga menjadi orang sepuluh masjid di mana para isteri kerap menjadikan ustazah yang berhias berlebihan menjadi ikutan.Apabila di tegur agar tidak memakai pakaian yang tidak cukup syarat mereka secara spontan akan menjadikan ustazah sebagai contoh.

Namun tidaklah menjadi pelik jika para ilmuan Islam sendiri yang menjadi perosak umat.Adakah di bolehkan wanita menghiburkan lelaki sekalipun dia menutup aurat.Atau adakah di bolehkan seseorang mencuri kerana dia berniat mahu membantu orang susah.Inilah kesenangan dunia yang amat di takuti oleh manusia.Rasulullah pernah mengingatkan bahawa perjuangan melawan hawa nafsu adalah perjuangan yang paling susah berbanding perjuangan menggunakan mata pedang.Semoga kita semua berjaya dan tidak tewas dalam melawan hawa nafsu.

0 comments:

Catat Ulasan