NGO ISLAM HENDAKLAH BERSATU

"Uslub berbeza tapi matlamat sama"itulah yang sepatutnya berlaku jika benar mahukan Islam di junjung.Di Malaysia amnya ada puluhan NGO Islam namun nampaknya masih kurang berkesan dalam suara hal-hal memperjuangkan Islam.Rasa cemburu dan masing-masing mahu lebih di kenali menjadi titik tolak kepada kegagalan tersebut.Jika ada di antara NGO yang ada visi dan lebih di kenali dari maka NGO lain akan mula memandang sinis akan sebarang usaha yang hendak di lakukan.Jika di ajak berbincang mereka akan mengatakan

"oh ini semua mahu mempopularkan mereka" atau sekurang-kurangnya mereka akan berkata" kami orang lama dam kamu orang baru tak perlu kamu tunjukkan kepada kami apa yang harus di buat.

Jika di amati secara muhasabah diri perkataan yang saya tuliskan di atas tadi ia sebenarnya adalah penyakit hati yang perlu di nyahkan dari dalam hati mereka yang bergelar pejuang Islam.Ia juga merupakan penghalang utama kepada kemajuan dan perkembangan NGO itu sendiri.Sikap mazmumah tidak sepatutnya ada pada diri yang berhasrat besar mahu melihat Islam berada di puncak.

Langkawi khususnya sebuah daerah yang kecil dan di diami 95% penduduk Melayu Islam namun NGO gagal memainkan perana yang berkesan.Arak dan pusat hiburan adalah masalah terbesar yang membelenggu kehidupan anak Langkawi.Saya yakin orang Langkawi tak berpuas hati dengan dasar kerajaan yang memberikan status bebas cukai kepada arak dan rokok kerana ia langsung tidak memberikan manfaat kepada penduduk Langkawi.

Saya telah mempelawa lain-lain NGO Islam Langkawi duduk berbincang mencari formula bagaimana carannya melindungi penduduk Langkawi dari menjadi ketagih arak dan gila berseronok yang bukan-bukan.LANDAS menghantar surat jemputan dan mengajak kembali membincangkan agenda yang telah di rintis buat kali pertama di masjid Kelibang suatu ketika dahulu.kandungan surat tersebut ialah berkenaan mendesak kerajaan memansuhkan status bebas cukai ke atas arak.Untuk makluman NGO Islam yang ada di Langkawi ialah LANDAS,ABIM,PERKIM,PERDAH dan HALUAN.Pada awalnya saya begitu optimis mereka akan datang berbincang namun segala yang di rancang amat mengecewakan.Salah satu suara yang amat mengecewakan saya ialah suara dari seorang ustaz yang amat di kenali di Langkawi.Dengan rasa bangga ustaz tersebut berkata" Kami ada NGO sendiri".

Antara perkara penting yang saya mengajak mereka berbincang:
1.Menarik balik status bebas cukai ke atas arak
2,Menarik balik status bebas cukai ke atas rokok
3.Menguatkuasa undang-undang waktu operasi pusat hiburan
4.Tidak sewenang-wenangnya memberikan lesen pusat hiburan

Sebaik selesai perkara di atas di bincang kami mencadangkan akan mengadakan dailog dengan UMNO selaku wakil kerajaan pusat,Kerajaan Negeri selaku tuan tanah kepada langkawi, Pejabat daerah selaku pengeluar lesen pusat hiburan dan Pejabat Daerah selaku pemberi lesen premis pusat hiburan.Saya begitu yakin bahawa masalah gejala sosial akan berkurangan jika apa yang saya cadangkan dapat di realisasikan.

Kami dalam LANDAS Langkawi akhirnya mengambil inisiatif sendiri dan akan berusaha sedaya mampu untuk menggerakkan apa yang kami rancangkan.kami tidak lagi mengharapkan NGO yang berjenama besar untuk membantu kami.Jenama besar bukanlah penentu kepada sesuatu kerja.Jenama kecil pun boleh berjaya jika di tadbir dengan baik dan berkesan.kami akan buat sedaya yang termampu..
Read More

AKTIVITI LAPANGAN MALAM 21/4/2011 SEKITAR KUAH

Saudara Wan sedang bertanyakan sesuatu kepada pelajar sekolah yang mengunjungi karaoke langkawi fair.


Ustaz Zul antara ustaz muda yang bersemangat dalam membimbing anak muda yang hilang arah



ustaz Zul berkata sesuatu kepada anak muda yang mengunjungi karaoke




Read More

MUBALIGH kRISTIAN "LANDAS LANGKAWI BUAT LAPORAN POLIS"



LANDAS Langkawi telah membuat satu laporan polis berkenaan kegiatan mubaligh Kristian yang mengedar risalah berkenaan ajaran Kristian secara terbuka di Langkawi baru-baru ini.Semalam dalam pukul 3.15 petang seramai 6 orang aktivis LANDAS Langkawi telah berbuat demikian di IPD Langkawi.Walau bagaimana pun laporan polis tertangguh akibat balai polis mengalami masalah bekalan elektrik.Kami sekali lagi membuat laporan polis pada malamnya lebih kurang pukul 10.30 malam.Walaupun bekalan elektrik telah kembali pulih namun masalah komputer pula menjadi penghalang.Walau bagaimana pun pihak polis bersedia menerima laporan kami memandangkan laporan yang kami buat telah siap dan hanya perlu di kepilkan dalam senarai laporan.Salinan laporan polis tak dapat di serahkan kepada kami kerana masalah printer dan scanner yang tak berfungsi.Sekali lagi kami ucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak.






Kami di fahamkan oleh pihak polis bahawa ada dua laporan polis telah di buat sebelum kami menyusul.Salah satu laporan polis di buat oleh saudara Ahmad Sidek selaku Ahli Majlis yang juga AJK PAS kawasan Langkawi.






walau apa pun yang berlaku ini semua menjadi pengajaran kepada seluruh umat Islam supaya menjadikan dakwah lapangan nabi SAW sebagai satu-satunya cara yang berkesan untuk menyampaikan ilmu dan Islam kepada masyarakat.Dengan adanya ribuan sekolah pondok,puluhan ribu ustaz dan cendikawan Islam mengapa umat semakin hari semakin rosak.Jawapan yang berlegar dalam minda saya ialah cendikawan dan ilmuan Islam berlumba-lumba mahu berada di pentas selesa.Kuliah agama,forum perdana,seminar dan khutbah Jumaat adalah cara yang hanya di fikirkan untuk menyampaikan Islam kepada masyarakat.Ilmuan Islam yang bekerja pula hanya sibuk dengan kerja, sementara ustaz sekolah pula terlalu penat kerana beban kerja yang terlalu banyak.Akhirnya tiada siapa yang sempat memikirkan kaedah yang paling berkesan bagaimanakah cara yang paling berkesan membawa kembali masyarakat islam ke era kegemilangan.






Institusi yang memegang urusan agama di harapkan membantu NGO Islam yang bergerak aktif membawa masyarakat kembali mengamalkan cara hidup Islam.JAKIM khasnya hendaklah menawarkan bantuan kepada mereka sedia memikul beban menyebarkan dakwah.Semoga kita semua mengambil iktibar dari segala kelemahan bagaimana Kristian berani menyebarkan dakyah mereka di tengah masyarakat Islam.






Read More

AWAS UMAT ISLAM "KRISTIAN MENYERANG KITA"

Ali sedang memegang risalah yang telah diedarkan oleh
mubaligh kristian kepada penduduk-penduduk Langkawi


kelihatan 2 orang mubaligh kristian sedang mengedar risalah kepada
mereka yang lalu di depan bangunan Al Ehsan, Kuah, Langkawi.


LANGKAWI - Pada 20/4/2011 jam lebih kurang 9.30 pagi semasa melalui di hadapan bangunan Al Ehsan, beberapa orang aktivis LANDAS Langkawi telah ditahan oleh dua orang yang tidak di kenali. Mereka kemudiannya menghulurkan sekeping risalah. Pada mulanya mereka menyangka risalah yang di hulurkan itu adalah risalah direct selling, tetapi mereka merasa amat terkejut apabila mendapati bahawa rislah tersebut adalah risalah agama kristian. Tanpa berlengah lagi, Mohd Ali terus menghubungi Pegawai Agama Daerah Langkawi, malang dan kecewanya panggilan tersebut tidak mendapat respon. Pengerusi LANDAS, Mohd Ali terus menghubungi Balai Polis Langkawi, meminta mereka bertindak segera menghalang mubaligh tersebut dari terus mengedar risalah.

Mohd Ali bersama beberapa orang aktivis LANDAS membuat rondaan ke tempat lain untuk meninjau berapa ramaikah para mubaligh tersebut. Sebaik tiba di Klinik Baru, aktivis LANDAS mendapati ada empat orang lagi yang sedang mengedar risalah yang sama. Mohd Ali sekali lagi menghubungi IPD meminta mereka segera bertindak. Mereka di maklumkan oleh pihak polis, tindakan menghalang mereka dari terus mengedar risalah telah dilaksanakan. Mereka telah mengucapkan terima kasih pihak polis Kuah, Langkawi yang telah bertindak segera.

Pada petang 21/04/2011 pihak LANDAS telah bertindak membuat laporan pilis tentang kejadian itersebut tapi kecewa tak dapat berbuat demikian kerana Balai Polis ketiadaan bekalan elektrik. Mereka akan membuat laporan semula pada esok hari, Jumaat,22hb. April 2011.

Dengan terjadinya insiden ini mereka yakin ramai orang akan melenting dan masing-masing akan mengecam mereka yang berbuat demikian. Mereka yakin pasti khutbah Jumaat di masjid al Hana akan menghentam habis-habisan atau menyeru orang Islam agar masing-masing berjaga-jaga. Apakah cukup dengan hanya berkhutbah berapi-api tanpa berbuat apa-apa. Selama ini orang di langkawi telah diserang dengan arak namun tiada siapa sanggup bersama LANDAS tampil ke depan dalam usaha menghalang penjualan arak berleluasa. Pihak LANDAS telah dua kali mengajak NGO Islam Langkawi berkumpul dan berbincang untuk mencari formula mendesak kerajaan menarik balik status bebas cukai arak di Langkawi. Harga arak yang terlalu murahlah penyebab utama orang Langkawi jadi pemabuk. Jemputan pihak LANDAS dipandang sinis. Pihak LANDAS juga mengajak mereka mengadakan dailog dengan Majlis Perbandaran dan Pejabat Daerah Langkawi untuk membantah pemberian lesen pusat hiburan tanpa tapisan yang wajar akan keperluan tersebut, namun sama juga jawapannya.

Read More

TERIMAKASIH USTAZ!



















Malam paling bersejarah bagi kami aktivis LANDAS langkawi di mana pada malam jumaat yang lepas 14/11/2011 merupakan kali pertama kami memasuki karaoke Langkawi Idol,Pekan Rabu semenjak ia beroperasi lebih kurang tiga bulan yang lepas.Agak berdebar rasanya kerana kami tidak mengetahui selok belok pusat hiburan tersebut.Tumpang semangat para sahabat yang sanggup meluangkan masa maka rasa gementar berlalu begitu sahaja.kami sampai di karaoke ini lewat jam dua pagi di mana sebelumnya kami menaiki karaoke Jeti Point.Di Jeti Point kami menziarahi pemilik karaoke tersebut.saya dan rakan akan menceritakan apakah itu islam dan pemilik karaoke tersebut sedia menerima penerangan kami.Insya Allah jika di bukakan hati dia akan memeluk islam.




Di karaoke Pekan Rabu kami memasuki satu bilik yang di penuhi oleh tujuh orang anak muda Islam.Mereka agak hayal dengan lagu karaoke yang di kuatkan volumnya.Kami meminta mereka memperlahankan bunyi pembesar suara dan memohon beramah mesra.Pada mulanya agak tegang kerana ada di antara aktivis yang tidak boleh menahan rasa marah.Saya menasihatkan kawan-kawan agar menahan perasaan walau apa jua situasi kerana tujuan kita adalah untuk berdakwah dan ingat-mengingati.


Kami memulakan dailog dengan bertanyakan masalah yang mendorong mereka mencari tempat yang haram.Kesemua mereka menyatakan yang mereka datang ke karaoke adalah untuk menenangkan fikiran.Kami memberikan mereka peluang untuk bercakap hingga habis barulah kami pula bercakap.Suasana teramat sayu apabila salah seorang dari mereka menangis teresak-esak dan mengucapkan rasa kesyukuran yang tak terhingga di atas kunjungan kami."saya telah banyak kali cuba melepaskan diri dari cengkaman arak tetapi tak berjaya dan malam ini saya berjanji saya tak akan menjadi hamba arak lagi" kata pemuda tersebut sambil isterinya yang berada di sebelah mengusap-ngusap belakangnya tanda memberikan semangat untuk berubah menjadi hamba Allah.Hingga kini saya terus menghubunginya dalam usaha membantu menjadi hamba yang taat pada perintah Allah.Kami juga akan berzizrah ke rumahnya kerana dia sangat mengharapkan bantuan dan bimbingan kami.Semoga Allah memberikan kekuatan kepada sahabat saya ini dalam menempuh dunia yang penuh dengan ranjau
Read More

SEMBANG DR.MASITAH.

ASTRO OASIS salah satu rancangan tv yang saya minati.Bukanlah minat sangat hanya sekadar menjenguk.Saya akan membuka rancangan berkenaan bila mana saya mendapat tahu ada cerdik pandai Islam akan ke udara pada masa tersebut.Kebetulan pada hari itu Datuk Dr.Masitah Ibrahim,Nash,Nora dan seorang kumpulan Rabbani.

Saya tertarik dengan kata-kata Nora yang mengatakan bahawa dia akan terus menyanyi tetapi dengan menutup aurat.Dr.Masitah pun mengatakan tidak salah wanita menyanyi asalkan menutup aurat.wajah beliau pun banyak perubahan.Baju nampak sendat,tudung tak cukup syarat,bulu kening bercukur dan bibir merah.Senator katakan! Saya kerap mendengar rungutan kawan-kawan yang juga menjadi orang sepuluh masjid di mana para isteri kerap menjadikan ustazah yang berhias berlebihan menjadi ikutan.Apabila di tegur agar tidak memakai pakaian yang tidak cukup syarat mereka secara spontan akan menjadikan ustazah sebagai contoh.

Namun tidaklah menjadi pelik jika para ilmuan Islam sendiri yang menjadi perosak umat.Adakah di bolehkan wanita menghiburkan lelaki sekalipun dia menutup aurat.Atau adakah di bolehkan seseorang mencuri kerana dia berniat mahu membantu orang susah.Inilah kesenangan dunia yang amat di takuti oleh manusia.Rasulullah pernah mengingatkan bahawa perjuangan melawan hawa nafsu adalah perjuangan yang paling susah berbanding perjuangan menggunakan mata pedang.Semoga kita semua berjaya dan tidak tewas dalam melawan hawa nafsu.
Read More