29 November 2009

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الله أكبر – الله أكبر – الله أكبر

ولله الحمد


Alhamdulillah
(الله أكبر) hari ini seluruh umat Islam merayakan hari Raya Qurban. Setiap kali tibanya hari raya ini seluruh umat Islam akan teringatkan betapa tingginya pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS dan keluarganya. Kerana taat akan perintah Allah Nabi Ibrahim tanpa berlengah telah menuruti apa yang diperintah olah Allah SWT meskipun yang akan dikorbankan ialah anaknya sendiri. Nabi Ismail AS pula sanggup dikorbankan semata-mata taat akan perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim AS adalah salah seorang Nabi yang terlalu banyak pengorbanannya di dalam menyampaikan Islam. Nabi kita Mohamad S.A.W. adalah Rasul yang paling banyak berkorban untuk Islam dan umatnya. Islamnya kita hari ini adalah hasil usaha beliau dan para sahabat. Mereka tidak pernah mengenal erti penat lelah yang penting bagi mereka Islam tersebar ke seantero dunia. Nabi patah gigi dan koyak baju besi dalam peperangan Badar dalam usaha menyebarkan kalimah Allah. Para sahabat pula ramai yang terkorban dan ada yang dikuburkan di luar tanah air kerana syahid dalam perperangan. Kita bagaimana? Tidakkah terlintas di hati kita mahu turut serta sebagai aktivis dakwah secara parktikal di lapangan dalam usaha memulihkan umat yang semakin rosak ahlaknya. Lihat sahaja anak muda kita, siapa yang peduli. Mengapa kita hanya bercakap bahawa orang miskin sahaja yang perlu dibantu. Apakah mereka yang jauh dari Islam tidak perlu dibantu? Seharusnya kita juga turut merasa risau melihat akan perkembangan umat Islam hari ini. Ahlak mereka menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri. Kepada aktivis LANDAS yang istiqomah dalam usaha amal ma’ruf nahi munkar, teruskan kerja istimewa ini. Jangan patah semangat meskipun kadang kala ada sedikit ujian semasa di lapangan. Ingatlah bahawa Allah S.W.T. tidak akan mensia-siakan pengorbanan kita. Kuatkan semangat dan perbetulkan niat. Berbanggalah kerana kita adalah sebahagian daripada mereka yang cinta dan sayang akan syariat Allah. Kepada mereka di luar sana, kami sekali lagi menghurkan tangan mempelawa anda untuk turut serta dalam kerja dakwah ini. Tiada yang lebih manis selain melihat syariat Allah dapat diamal dan ditegakkan di muka bumi ini - الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

0 comments:

Catat Ulasan