11 November 2009


MESYUARAT “GEMA” LANGKAWI

LANGKAWI - Mesyuarat Gerakan Masyarakat Basmi Arak oleh gabungan NGO Islam Langkawi di Masjid Kelibang. Antara NGO yang terlibat ialah, TERAS, ABIM, LANDAS, PERDAH dan PERKIM. Hasil mesyuarat telah menamakan gerakan ini sebagai GEMA. Gema bakal menggoncang bumi Langkawi. Keputusan mesyuarat bersama telah merangka cadangan untuk mengadakan dailog degan Ketua Polis Langkawi, Majlis Daerah Langkawi, Pejabat Daerah Langkawi dan seterusnya mendapatkan tandatangan dari penduduk tempatan supaya arak dinyahkan dari bumi Langkawi. Kempen kesedaran seperti mengedar risalah kepada masyarakat Islam tentang larangan Hadis Nabi s.a.w. mengenai 10 perkara yang yang apabila mereka lakukan melayakkan mereka tergolong di dalam mereka yang minum arak. Pihak LANDAS mencadangkan supaya kempen ini di buat secara agresif.

0 comments:

Catat Ulasan