PENTAS KONSERT UTAMA DI PEKAN RABU, KUAH, LANGKAWI

Latihan Konsert di Pentas Utama Pekan Rabu Langkawi
di tepi jalan berhampiran dengan Masjid Al-Hana (150 meter)

LANGKAWI – 30 November 2009 : Aktivis LANDAS sedang membuat pemantauan persembahan konsert di Pekan Rabu Langkawi hari ini. Latihan konsert sedang berjalan hari ini untuk persembahan yang akan diadakan pada 1-5 Disember 2010 ini. Pihak kami aktvis LANDAS Langkawi gagal untuk mendapatkan jadual penuh konsert yang akan diadakan itu. Apa yang kami lihat semasa latihan nyayian dan tarian besar kemungkinan pihak penganjur cuba menyembunyikan acara sebenar supaya tidak akan mendapat bantahan dan halangan dari pihak kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan. Kami berharap pihak kerajaan negeri mengambil perhatian perjalanan konsert tersebut agar tidak mengundang bala Allah S.W.T..



Read More

Senario di Pantai Cenang

Kepada anda yang tidak pernah ke mana-mana pantai di Thailand maka saya rasa anda tidak perlu ke sana. Cukuplah anda ke Langkawi dan menginap di Pantai Cenang. Di sana anda boleh mendapatkan perkhidmatan SPA Thailand. Makanan Itali dan berbagai-bagai makanan kebaratan. Sepanjang berada di Pantai Cenang terasa diri kita bukan berada di negeri Kedah atau di Langkawi. Beruntungnya orang Langkawi kerana menjadi tempat persinggahan utama pelancong. Mereka sudah mangli dengan arak dan manusia berpakaian ala orang asli yang tidak pernah melihat kain. Mat saleh bercumbu-cumbuan di mana-mana sahaja. Arak dijadikan minuman utama. Wanita melayu yang mengikuti arus kemajuan tidak ketinggalan dengan baju dan seluar ketat. Ada orang berkata "kalau nak maju kena terimalah risiko". Arak untuk orang bukan Islam tetapi mengapa orang Islam yang turut minum arak. Kata-kata ini kerap kedengaran dari mulut orang melayu yang tidak tahu menilai nikmat yang diturunkan oleh Allah S.W.T.

Read More

Babylon Bar

Malam 29hb November 2009, lebih kurang pukul 1.00 pagi, kami sekali lagi meninjau Bar ini. Sebaik sahaja mendekati Bar ini ada di antara kami yang muntah kerana tak tahan dengan bau arak yang diminum oleh mereka yang berpoya-poya di Bar ini. Oleh kerana ia adalah merupakan salah satu pendapatan kepada PBT maka biarlah ia beroperasi.




Read More

Berjaya Staff Quarters

Kuarters pekerja hotel Berjaya yang kami tinjau malam 28hb Nov 2009 tadi mendapati keadaanya sungguh gawat. Kelihatan mereka yang keluar dari rumah ini semuanya berpasang-pasang. Kami pernah menerima aduan dari mereka yang tidak mahu bersubahat dengan maksiat agar membuat serbuan ke atas kediaman ini. Kami juga mengajukan masalah ini kepada jabatan agama dan LANDAS sedia membantu jika mereka memerlukan bantuan. Agak hampa apabila jawapan yang di beri " kami tak dan ". Di persekitaran kediaman ini kami terserempak dengan beberapa orang pondan dan pemabuk.



Read More

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الله أكبر – الله أكبر – الله أكبر

ولله الحمد


Alhamdulillah
(الله أكبر) hari ini seluruh umat Islam merayakan hari Raya Qurban. Setiap kali tibanya hari raya ini seluruh umat Islam akan teringatkan betapa tingginya pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS dan keluarganya. Kerana taat akan perintah Allah Nabi Ibrahim tanpa berlengah telah menuruti apa yang diperintah olah Allah SWT meskipun yang akan dikorbankan ialah anaknya sendiri. Nabi Ismail AS pula sanggup dikorbankan semata-mata taat akan perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim AS adalah salah seorang Nabi yang terlalu banyak pengorbanannya di dalam menyampaikan Islam. Nabi kita Mohamad S.A.W. adalah Rasul yang paling banyak berkorban untuk Islam dan umatnya. Islamnya kita hari ini adalah hasil usaha beliau dan para sahabat. Mereka tidak pernah mengenal erti penat lelah yang penting bagi mereka Islam tersebar ke seantero dunia. Nabi patah gigi dan koyak baju besi dalam peperangan Badar dalam usaha menyebarkan kalimah Allah. Para sahabat pula ramai yang terkorban dan ada yang dikuburkan di luar tanah air kerana syahid dalam perperangan. Kita bagaimana? Tidakkah terlintas di hati kita mahu turut serta sebagai aktivis dakwah secara parktikal di lapangan dalam usaha memulihkan umat yang semakin rosak ahlaknya. Lihat sahaja anak muda kita, siapa yang peduli. Mengapa kita hanya bercakap bahawa orang miskin sahaja yang perlu dibantu. Apakah mereka yang jauh dari Islam tidak perlu dibantu? Seharusnya kita juga turut merasa risau melihat akan perkembangan umat Islam hari ini. Ahlak mereka menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri. Kepada aktivis LANDAS yang istiqomah dalam usaha amal ma’ruf nahi munkar, teruskan kerja istimewa ini. Jangan patah semangat meskipun kadang kala ada sedikit ujian semasa di lapangan. Ingatlah bahawa Allah S.W.T. tidak akan mensia-siakan pengorbanan kita. Kuatkan semangat dan perbetulkan niat. Berbanggalah kerana kita adalah sebahagian daripada mereka yang cinta dan sayang akan syariat Allah. Kepada mereka di luar sana, kami sekali lagi menghurkan tangan mempelawa anda untuk turut serta dalam kerja dakwah ini. Tiada yang lebih manis selain melihat syariat Allah dapat diamal dan ditegakkan di muka bumi ini - الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

Read More