Alhamdulillah LANDAS telah diluluskan pendaftarannya sebagai sebuah sebuah pertubuhan yang sah.nama penuhnya ialah PERTUBUHAN SUKARELAWAN SOSIAL DAN DAKWAH LANGKAWI.Moga dengan kelulusan ini ia akan menyemarakkan lagi kerja-kerja dakwah di langkawi.
Read More

LANGKAWI SATURDAY FEST.Bala datang lagi


ANDAS LANGKAWI - Langkawi bakal dijadikan Hub Hiburan tanpa had. Malam Sabtu yang lepas adalah hari pertama perancangan berkenaan. Ia akan diadakan dua kali seminggu. Amat malang sekali kerana ia adalah hiburan yang melampau dimana para penari menarik tangan para pengunjung untuk menari bersama-sama mereka.

Pekan Rabu yang sememangnya terkenal dengan aktiviti maksiatnya akan dikeruhkan lagi dengan adanya majlis tarian. Apa nak jadi dengan kerajaan khususnya LADA. Program ini adalah dibawah naungan LADA.

Landas Langkawi pernah memohon memasang layar besar disini dalam usaha mengubah landskap lokasi ini dari menjadi tempat maksiat kepada dataran ilmu namun permohonan kami tidak dilayan. Di lokasi ini juga terdapat karaoke yang menjadi tumpuan anak muda orang Islam minum arak dan hayal dalam kemabukan.

Tergejut pada malam Sabtu yang lalu dimana Pekan Rabu dijadikan tapak pesta yang diberi nama "Langkawi Saturday Fest". Acara ini akan diadakan 2 minggu sekali. Antara aktivitinya ialah pertandingan bunyi speaker, berniaga dan konsert, yang paling malang sekali dimana penari mengajak orang ramai yang hadir menari bersama-sama. Si penari betina akan menarik tangan si jantan sepertimana gambar di atas pentas.

Kami bimbang dengan situasi hiburan sedemikan akan mengundang bala Allah swt sepertimana amaran dalam Hadis Nabi saw di bawah ini :

عن أبى هريرةَ رضى اللهُ عنهُ يَقُوْلُ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يقولُ : سيصيب أمتى داءُ الأمم فقالوا : يارسول اللهِ وماداءُ الأمم قال : الأشر والبطر والتكاثر والتناجش فى الدنيا والتباغض والتجاسد حتى يكونَ البغض – رواه الحاكم

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu, Sahabat bertanya, apakah penyakit-penyakit umat terdahulu itu?. Nabi saw menjawab, penyakit-penyakit itu ialah: (1) Terlalu banyak seronok (2) Terlalu mewah (3) Menghimpun harta sebanyak mungkin (4) Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia (5) Saling bercakaran (6) Hasad dengki, hasud menghasud sehingga berlaku zalim menzalimi

عن أبى مالك الأشعري رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ليشربن ناس من أمتى الخمر يسمونها بغير اسمها يعزف على رؤوسهم بالمعازف والمغنيات , يخسف الله بهم الأرض ويجعل منهم القردة والخنازير - رواه ابن ماجه



Maksudnya: Daripada Abu Malik Al-As’ariy r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya ada sebahagian umatku yang meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah akan merobah mereka menjadi kera dan babi.

عن على بن أبى طالب رضى الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : اذا فعلت أمتى خمس عشرة خصلة حل بها البلاء , قيل وما هى يارسول الله ؟ قال : اذا كان المغنم دولا والأمانة مغنما والزكاة مغرما وأطاع الرجل زوجته وعق أمه وبر صديقه وجفا أباه وارتفعت الأصوات فى المساجد وكان زعيم القوم أرذلهم وأكرم الرجل مخافة شره وشربت الخمور ولبس الحرير واتخذت القيان والمعازف ولعن آخر هذه الأمة أولها , فليرتقبواعند ذلك ريحا حمراء أو خسفا أو مسخا . رواه الترميذي

Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:

1.Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja.
2.Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.
3.Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat).
4.Suami taat pada isteri.
5.Anak mendurhakai ibunya.
6.(sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.
7.(dan) menjauhkan diri dari bapanya.
8.Suara-sura ditinggikan di dalam masjid.
9.Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu.
10.Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.
11.Arak diminum di merata-rata tempat.
12.Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).
13.Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.
14.Banyak jenis muzik dimainkan.
15.Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu.

Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: “Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, atau gempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.”


Landas Langkawi

Read More

VALENTINE DAY YANG MENCEMARKAN






Tarikh 14hb setiap tahun memang telah diketahiu oleh setiap orang.Masyarakat Islam juga sangat mengetahui tarikh ini.

Tarikh 14hb Februari adalah tarikhyang amat ditakuti oleh masyarakat Islam terutamanya para ibu bapa yang memiliki anak perempuan.Apa tidaknya kerana tarikh inilah masa yang dikatakan masa yang sesuai menunjukkan kesetiaan seseorang terhadap pasangannya.Sebelum tarikh ini tiba berbagai pihak mengeluarkan fatwa mengenai hukum menyambutnya.

Masyarakat melayu islam adalah masyarakat yang paling sensitif terhadap sesuatu isu yang melibatkan orang Islam.Walau bagaimanapun ia hanya bersikap sentimen dan tidak mendatangkan apa-apa terhadap mereka.

Saya pada siangnya menghantar sms kepada semua rakan yang istiqomah menghadiri kuliah ilmu agar bersama kami pada malam Valentine day menemui anak muda di lapangan.Oleh kerana kesedaran dan adanya ilmu saya menjangkakan ramai yang akan turun pada malam tersebut.Agak menghampakan kerana manusia yang faham hukum juga membisu dan lena tidur dengan masalah yang menimpa umat Islam.Walaupun tak seperti yang disangkakan alhamdulillah lebih kurang 15 orang turun pada malam tersebut.Seprti dijangka memang ramai yang meraikan malam hari kekasih.

Antara tempat yang kami kunjungi ialah dataran Pekan rabu,karaoke Jeti Point,Taman permainan kanak-kanak dan karaoke Langkawi fair.

Read More

MAJLIS PELANCARAN LANDAS LANGKAWI

Insya Allah pada 9 February depan LANDAS Langkawi akan membuat pelancaran dan memperkenalkan LANDAS kepada masyarakat Langkawi.Memang selama ini rakyat Langkawi sedikit sebanyak telah mengenali LANDAS tetapi hanya melaui media.

Dengan mengenali LANDAS dengan lebih dekat kami harap labih ramai masyarakat Langkawi bersama LANDAS turun ke lapangan.kami tidak memerlukan sokongan dari mana-mana pihak sebaliknya hanya penyertaan sahaja yg diperlukan.

Penceramah Jemputan pada malam itu ialah;
Ustaz kamarudin Abdulla(Presiden IPSI)Islamic Propagation International Society
Ustaz Muhamad Luthfi Ameer(Pensyarah Polimas)
Ustaz Ahmad Hussam Dato Badarudin(Penceramah Bebas)

Dalam program nanti akan ada
1.bacaan ayat suci Al Quran oleh ustaz Rashidi
2.Nashid oleh pelajar maktab mahmud Langkawi
3.Qasidah salawat bersama-sama para hadirin yang hadir pada forum itu nanti

Jemput semua kesana.
Read More