AKTIVITI PADA MALAM JUMAAT 20/5/2010PUSAT HIBURAN MASIH BEROPERASI HINGGA LARUT MALAM

Malam tadi seperti biasa kami tetap dengan dakwah lapangan kami. Setiap kali kami turun kami tidak lupa berkunjung ke pusat-pusat hiburan untuk bertemu dengan para remaja yang datang ke tempat tersebut.Boleh di katakan kesemua bilik karaoke kami kunjungi untuk bertemu mereka yang menjadikan hiburan sebagai kiblat hidup.Kami di fahamkan yang karaoke masih beroperasi hingga ke pukul empat pagi. Malang sekali kerana PBT terus membiarkan pengusaha pusat hiburan mempermainkan undang2 yang di tetapkan oleh PBT.PBT tidak amanah kepada rakyat dan kerajaan yang memerintah. Exco perlu berbuat sesuatu ke atas PBt yang lemah.
Aktivis LANDAS menarik tangan salah seorang remaja dan mempelawa mereka minum bersama sebelum kami meninggalkan karaoke tersebut untuk ke lokasi seterusnya. Jam pukul 3 pagi kami rasakan masih terlalu awal memandangkan kawasan karaoke yang masih di penuhi oleh para remaja.


Kelihata aktivis LANDAS melemparkan senyuman menggambarkan kemesraan dalam berdakwah. Hanya kata-kata nasihat yang dapat kami berikan.

Karaoke Langkawi Fair menjadi tempat tarikan utama kerana tempatnya yang agak tersembunyi. Kelihatan remaja ini sedang membaca risalah yang kami beri.Risalah yang bertajuk "pelihara auratmu" antara risalah yang akan kami bawa ke mana saja kami pergi
Kami menunggu pengunjung di luar pintu karaoke

Kami berbual dengan beberapa kelompok remaja yang sedang menunggu rakan mereka yang masih berada dalam karaoke.Mereka sangat mesra tanpa merasa diri mereka di ganggu

Karaoke Jeti Point: Aktivis LANDAS memperkatakan sesuatu kepada anak muda ini. Ustaz LANDAS ini menyampaikan mesej tentang adab berhibur dan pergaulan dalam Islam

Aktivis LANDAS berbual mesra dengan remaja yang berada di luar kawasan karaoke. Remaja lingkungan belasan tahun menjadikan pusat hiburan sebagai tempat menghabiskan masa dan wang ringgit.Jam pukul 3 pagi kawasan karaoke masih di kunjungi malahan ada remaja yang baru sampai.











Read More

LANDAS DALAM HARIAN SINAR 15/5/2010

"Pesta Berahi di Lubuk Semilang" tajuk berita yang menyebabkan kami saban hari di hubungi oleh masyarakat yang sedikit prihatin akan perkembangan gejala maksiat dan munkarat. Kalau dulu mereka hanya mengenali nama LANDAS dari jauh, tetapi hari ini mereka telah kenal siapa penggerak LANDAS di Langkawi. Kalau dulu jualan Harian Sinar di kedai Tuan Haji di depan Masjid Al Hana hanya mencapai 10 naskah tetapi hari ini telah mencecah ke 50 naskah sehari. Ini tak termasuk jualan di lain-lain kedai di Langkawi. Harian Sinar dan LANDAS Langkawi saling membantu memberikan informasi dalam kerja-kerja amar makruf.

Bukan sahaja di Lubuk Semilang tetapi di lain-lain tempat di Malaysia amnya, saya yakin tempat yang menjadi tumpuan ramai dan sunyi telah dijadikan lubuk maksiat oleh remaja yang telah dirasuk nafsunya. Gelagat remaja hari ini seolah-olah mereka menjual diri. Mungkin ada orang di luar sana yang tidak setuju dengan pandangan exstrem saya ini tetapi jika diselami akan gelagat mereka di lapangan maka kita akan mendapat gambaran apa yang saya maksudkan. Remaja wanita seakan-akan berebut-rebut menjaja dan mempamerkan aksi tidak bermoral mereka untuk menarik perhatian remaja lelaki. Di akhir zaman ini si lelaki telah menjadi rebutan sang wanita.

Walau apa pun yang berlaku seperti gejala leka dan seronok maksiat yang berlaku hari pada hari, saya tetap menyalahkan masyarakat Islam sendiri. Mereka juga adalah punca kepada berkembang pesatnya sindrom mencemar kesucian agama.Mereka hanya memerhati. Sikap ini tanpa di sedari telah memberi laluan kepada ajaran yang menjauhkan diri dari agama Allah. Kami telah di jadikan tempat mengadu akan segala masalah seolah-olah kami adalah orang yang bertanggung jawab sepenuhnya ke atas gejala songsang ini. Dalam kesempatan itulah saya menerangkan kepada mereka bahawa kerja mengajak dan menghalang munkar adalah kerja semua orang Islam. LANDAS yang hanya memiliki beberapa orang aktivis takkan mampu bergerak tanpa orang ramai turut melibatkan diri.


Read More

APABILA PEMIMPIN MENJADI JALANG AMAR MA'RUF

"Judi, arak, hidonisme dan perempuan" adalah pelengkap kepada kemungkaran sesebuah negara. Sesebuah negara amat malang kerana memiliki pemimpin yang berkiblatkan keseronokan sementara. Rakyat ditunjukan jalan ke arah kelalaian yang menjurus mereka kepada kehancuran. Saban hari rakyat dihidangkan dengan gejala negatif sekaligus menyebabkan mereka semakin renggang dengan Islam. Tak hairanlah rakyat semakin hari semakin rosak kerana perut mereka dikenyangkan dengan hasil yang haram. Apakah kerajaan boleh mengelakkan diri dari hasil yang haram dengan tumbuh pesatnya industri haram. Pemimpin yang bermukakan talam tidak sepatutnya ada di negara yang majorotinya umat Islam. Rosaknya rakyat terutamanya anak muda adalah hasil mainan pemimpin yang munafik. Munafik terhadap kemungkaran dan amar ma'ruf. Pemimpin hari ini boleh menjelmakan diri dengan menyerupai berbagai rupa. Hari ini mereka boleh merasmikan program Tilawah AL-QURAN esok pula mereka boleh merasmikan upacara tari menari. Mereka boleh menjadi binatang dua alam. Boleh hidup di laut dan di darat.

Kemana perginya Pak Menteri yang menguruskan hal ehwal agama? Kalau dahulu semasa menjadi penceramah bebas beliau pandai bercakap hal amar ma'ruf nahi munkar tetapi bila naik jadi menteri semuanyanya menjadi ma'ruf. dari dulu hingga sekarang pemimpin agama hanya memerhati kemungkaran yang dianjurkan oleh pemimpin yang lebih berkuasa. Sekali lagi rakyat yang cintakan Islam di hina. Mereka menghalang syariat Islam dari diamalkan dengan cara mewujudkan sesuatu yang boleh melelaikan orang Islam. Lihat saja di kaca-kaca tv hari ini dimana artis terkinjal-kinjal berseronokan. Tak cukup dengan terkinjal-kinjal mereka diberi hadiah yang lumayan agar mereka lebih cemerlang dalam melakukan kemungkaran. Dengan keseronokan yang tiada batasan maka manusia mudah terdedah kepada kemungkaran.

Menteri agama seharusnya meletakkan jawatan kerana penghinaan ini. Apa maknanya mereka menjadi menteri yang menguruskan hal ehwal agama jika pandangan mereka dibakul sampahkan. Adanya Menteri di kerusi tersebut telah menjadi satu beban fitnah kerana rakyat yang jahil akan mengatakan semuanya benar kerana menteri gagal memberi komen atau peranan yang berkesan. Mengapa negara umat Islam masih memiliki pemimpin yang jahil. Adakah Malaysia telah kehabisan pemimpin yang amanah dan soleh?

Dengan perkembangan yang semakin mencabar, umat Islam seharusnya meninglatkan aktiviti dakwah. Beranikan diri keluar rumah dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Pendakwah janganlah ada rasa penat dan letih jika mahu Islam dijulang. Perasaan jemu dan letih hanya akan membuka ruang kepada mereka yang berfikiran sekular mengembangkan dakyah mereka.

Judi adalah ibu kepada segala jenayah. Mereka yang kaki judi akan menghabiskan masa di meja judi. Mereka juga terdedah kepada meminjam wang dari along atau samseng yang sentiasa mengambil kesempatan ke atas mereka yang terdesak. Anak isteri juga bakal menjadi mangsa kaganasan rumah tangga.

Pemimpin seharusnya memikirkan alam kubur yang bakal mereka diami dek kerana perbuatan mereka yang melampau batas semasa di dunia. Duit yang banyak tak akan mampu menjadi penyelamat di alam kubur. Nama mereka juga bakal menjadi bahan cacian orang seandainya mereka meninggalkan sesuatu yang merosakkan umat.
Ada dua peringatan Nabi s.a.w. dalam 15 perkara mengundang bala Allah iaitu; "Yang menjadi ketua satu kaum (puak) adalah terdiri daripada orang yang terhina di antara mereka, seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya" (وكان زعيم القوم أرذلهم وأكرم الرجل مخافة شره)
Read More

JABATAN AGAMA LESU PENYEBAB GEJALA MAKSIAT

Lesu, tidak bermaya dan buntu punca gejala maksiat semakin hari semakin berleluasa. Sikap selesa dan duduk di dalam bilik berhawa dingin barangkali menyebabkan mereka malas melangkah keluar untuk menjenguk persekitaran kawasan mereka. Setiap hari barang kali mereka hanya menunggu permohonan nikah kahwin. Seolah-olah jabatan agama diwujudkan hanya untuk menguruskan perkara berkenaan nikah kahwin. Mereka hanya memikirkan yang ma'ruf dan tidak terfikir untuk menyekat yang mungkar. Mentaliti keselesaan dan tak larat (loghat Kedah) telah menyekat mereka untuk berfikir dan bekerja lebih masa untuk melaksanakan tanggungjawab lebih dari itu, mengenai kemungkaran. Mereka hanya menyampaikan masalah kemungkaran melalui jalan selesa iaitu melalui khutbah Jumaat. Tanpa mahu mengorbankan masa dan tenaga mereka hanya seronok memerhati dari jauh. Saban hari Jumaat mereka akan berkhutbah dan mengulangi peringatan yang sama. Kalau cara ini terus di praktiskan maka umat Islam semakin hancur.Kalau dahulu kita hanya bercakap tentang masalah sosial berlaku di kalangan orang Eropah tetapi sekarang ia telah beralih ke anak orang Islam. Umat Islam di serang dengan berbagai cara dengan melalaikan dan akhirnya menghakis kepercayaan kepada agama.
Read More

DUNIA SUDAH TERBALIK

Bagaimana kamu mahu kenal yang mana jantan yang mana betina?,
" ooh mudah saja caranya ialah yang di depan itu betina dan yang di belakang itu jantan. Buktinya " yang jantan akan mengekori ke mana saja yang betina pergi" kata-kata arwah P.Ramli yang tidak disangka akan terjadi di zaman kita hari ini. Kalau dahulu si lelaki menggunakan berbagai kaedah untuk memikat wanita tetapi hari ini wanita pula menggunakan kaedah tersebut untuk menarik perhatian lelaki. Situasi ini berlaku mungkin di zaman P.Ramli lelaki lebih ramai dari wanita tetapi kini wanita telah mengatasi bilangan lelaki berlipat kali ganda. Justeru tak hairan kemungkaran semakin hari semakin berleluasa oleh kerana wanita telah menggadai maruah diri hanya kerana untuk mendapatkan lelaki. Sanggup ditiduri dan diheret kemana sahaja asalkan dapat menawan hati seorang lelaki. Dunia rosak angkara wanita yang tercari-cari lelaki untuk menjadi teman hidup samada untuk kekal mahu pun sementara.

Pengalaman kami aktivis LANDAS yang menjadikan dakwah lapangan sebagai rutin harian kehidupan realiti ini kami temui kemana sahaja kami pergi. Realiti ini sudah menjadi trend remaja masa kini. Mereka sudah hilang rasa takut dan malu kepada lelaki. Wanita seorang berani bersiar-siar bersama tiga orang lelaki dan sanggup dibawa ke mana sahaja. Barangkali ini yang diperjuangkan oleh Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga serta SIS. Hak kesamarataan inilah barangkali yang dicari-cari oleh mereka yang bergelar wanita. Kalau lelaki diharuskan berkahwin empat mengapa wanita pun tidak boleh. Mereka telah mengikuti hawa nafsu yang ada pada diri seorang wanita. Nafsu 9/1 jika di bandingkan dengan lelaki memang mustahil untuk dikawal jika tidak disaluti dengan iman yang kukuh.
Read More

Air Terjun Lubuk semilang

Aktivis LANDAS menyuri sepanjang air terjun untuk melihat gelagat anak muda. Ada di antara pelajar sekolah yang pernah terserempak dengan satu perzinaan di persekitaran air terjun ini. Ramai yang mengadu kepada kami tentang apa yang berlaku. cara mereka mengadu menampakkan yang masyarakat hilang kepercayaan kepada jabatan agama.





Kelihatan pasangan yang belum berkahwin mandi bersama-sama




Kami menyusuri perjalanan ke kawasan air tejun. Suasana yang agak sunyi menjadikan ia segbagai tempat maksiat.




Pelajar sekolah memanfaat hari cuti mandi bersama rakan-rakan




Read More

Mengesan Kegiatan Pelajar di Luar Sekolah

Hari Jumaat, jam 3 petang saya beserta rakan-rakan LANDAS cuba menjejaki kegiatan pelajar di luar sekolah. Destinasi yang yang kami jejaki ialah kawasan air port Langkawi. Langkawi yang daerahnya agak kecil tidak mudah untuk menyaksikan gelagat anak muda yang berbagai. Kami singgah di beberapa tempat di mana anak gadis seakan menunggu pasangan. Apabila di temui ternyata gelagat dan fesyen mereka di luar sekolah tidak menampakkan yang mereka masih bersekolah. Mereka sungguh liar dan berpakaian sangat tidak sopan. Menunggu pasangan di tempat yang sunyi dan sangat terpencil. Malahan ada di antara pelajar yang kami temui adalah anak murid kepada aktivis LANDAS sendiri.





Read More

LANDAS TAGIH JANJI DR. ASRI


Kami di pihak LANDAS masih menanti bila agaknya bekas mufti Perlis DR Asri mengotakan janjinya untuk turun padang menyampaikan risalah dakwah. Memang benar apa yang beliau kata bahawa umat Islam tidak sepatutnya membiarkan saudara seIslam kita terus hanyut tanpa ada yang menghulurkan tangan untuk menyelamatkan mereka. Nabi s.a.w sangat mengambil berat tentang saudaranya tetapi aspek ini telah ditinggalkan oleh orang Islam. Apakah beliau masih mencari kaedah dan uslub yang sesuai baru mahu memulakan kerja dakwah di lapangan.

Sebagai seorang pensyarah dan mantan Mufti, beliau tentunya memiliki banyak bahan-bahan uslub dan manhaj dakwah dan tidak memerlukan terlalu banyak masa untuk beraksi di lapangan. Janganlah sampai tiada tempat di masjid baru beralih ke lapangan. Medan menyampaikan ilmu Islam di luar lebih luas jika di bandingkan di dalam masjid. Masjid hanyalah kesinambungan ilmu manakala dakwah yang sebenar adalah di luar masjid.

Pendakwah lapangan memerlukan seorang pendakwah lapangan yang hebat untuk memimpin pergerakan dakwah agar ia lebih tersusun dan berkesan. Dengan nama dan ilmu yang banyak, kepakaran beliau sudah pasti amat diperlukan. Kami di pihak LANDAS amatlah mengalukan kehadiran beliau dalam memberikan suntikan semangat untuk terus istiqomah dalam kerja dakwah.

Sepatutnya dengan bilangan ilmuan Islam yang semakin bertambah dari hari ke hari, kita tidak ketandusan pendakwah namun malang sekali ustaz-ustaz yang dilahirkan hanya memilih jalan selesa tanpa memikirkan kebejatan umat. Difahamkan sebanyak 6000 orang ustaz dihasilkan setiap tahun dan sudah pasti umat Islam tidak ketandusan ilmuan Islam. Tetapi dengan terhasilnya produk ilmuan Islam kerosakan umat seolah-olah tiada noktah bahkan semakin membarah. Nampaknya penyakit cinta dunia dan takut mati bukannya hanya menular di kalangan orang awam tetapi telah menghinggapi mereka yang bergelar para ilmuan Islam.

Mungkin ramai yang akan menghentam saya di atas kritikan saya terhadap ustaz-ustaz yang saya maksudkan namun bukanlah niat saya untuk mencari kesalahan para ustaz tetapi hanya sekadar memberi peringatan. Sebelum ini pun saya pernah dihentam oleh seorang ustaz yang juga merupakan seorang kawan, kerana saya dianggap banyak menghentam mereka yang telah banyak berjasa kepada masyarakat. Memang benar bahawa kesenangan akan membuatkan kita rasa selesa dan seterusnya seakan-akan menjadikan kita menyerupai seekor ular sawa yang baru lepas menelan mangsanya.

Laporan Daripada: LANDAS Langkawi
Read More

LANDAS dalam Harian Sinar 23hb April 2010


"LANDAS alu-alukan kerjasama belia" berita dalam HARIAN SINAR pada 23hb April. Kami amat mengalu-alukan penglibatan belia dalam usaha mendekati anak muda yang memerlukan bimbingan. Sebaliknya LANDAS menolak kerjasama dari parti politik dalam usaha menggerakkan jentera dakwah lapangannya. Negara telah pun memiliki PERSATUAN BELIA namun badan ini telah dihinggapi oleh parti politik. Perjalannya entah ke mana melainkan program yang hanya bersifat sementara. Biarlah LANDAS terus konsisten dengan kerjanya tanpa mengharapkan apa-apa yang lebih baik yang akhirnya akan menyebabkan LANDAS berkubur. Kami tak rela d peralatkan dan berpura-pura dalam kerja dakwah. Kami percaya dengan program yang kami lakukan selama ini amat berkesan biar pun ia amat minimum.

Read More

BERSELUAR PENDEK DAN BERCOUPLE TETAPI BERBAHAS TENTANG ILMU MAKRIFAT

PANTAI CENANG: Jam 11.30 malam di lorong berhadapan THE BOUTIQUE RESORT adalah laluan yang dipilih untuk meneruskan aktiviti dakwah kami. Belum pun sampai di pantai kami telah terserempak dengan beberapa couple yang masing-masing dengan aksi tersendiri. Dalam gambar ini adalah pasangan kedua yang kami temui. Agak ramai pasangan pada malam ini hinggakan kami "tak menang tangan" { loghat Kedah } hendak berbual dengan mereka. Sebaik sahaja kami bagi salam dan bertanyakan tentang identiti kami terus memulakan mukadimah tentang batasan pergaulan.

Dalam kami memperkatakan tentang halal haram dan adab dalam pergaulan kami juga bercerita tentang solat. Belum pun sempat kami pergi jauh bercerita tentang kewajipan bersolat, anak muda yang berusia dalam lingkungan 25 tahun memulakan hujahnya. Katanya " seseorang itu jatuh syirik jika dia bersolat dalam masa dia masih berdosa ". Bagaimana dia bersolat sedangkan dia berdosa kepada Allah itulah tafsiran yang kami buat hasil dari perkataan yang terkeluar dari mulut pemuda tersebut. Yang penting hati yang bersih bukan zahir" katanya lagi

Aktivis LANDAS yang terdiri dari mereka yang berpengetahuan tentang agama segera membetulkan apa yang diungkapkan oleh remaja tersebut. Oleh kerana tiada asas pengetahuan agama remaja ini terdiam apabila kami masing-masing mengeluarkan hujah. Kami akan meminta pejabat agama menyiasat siapakah yang bertanggung jawab menyebarkan ajaran sesat ini.

Remaja ini disyaki mengamalkan ajaran sesat berdasarkan cara percakapannya. Beliau mengelak apabila kami bertanya siapa tok gurunya dan di mana gurunya berada. Remaja ini berasal dari kampung Kuah.

Read More

AKTIVITI MALAM 22/4/2010 DI PANTAI CENANG

Aktivis LANDAS dengan penuh hikmah dan senyuman mendekati couple yang berdating hingga larut malam. Teguran dan pendekatan di iringi dengan senyuman di sambut dengan hati yang terbuka oleh setiap pasangan yang kami temui. Semoga Allah mencampakkan rasa kesedaran di hati mereka. Kami hanya menyampaikan amanah Allah dan Rasul kesayangan umat Islam. Sabda Nabi SAW " sampaikan daripada Ku walau pun satu ayat ". Kerja dakwah lapangan adalah sesuatu yang memenatkan tetapi akan hilang apabila merasakan bahawa ia adalah tuntutan yang di fardukan.

" YA ALLAH, SESUNGGUHNYA UMATMU YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN INI ADALAH DI KALANGAN MEREKA YANG JAUH DARI AGAMA MU ". Justeru itu berilah kekuatan kepada kami aktivis LANDAS untuk terus berbakti kepada MU. Kami tak rela melihat saudara kami terus hanyut di lautan yang luas. ENGKAU bukalah hati lain-lain umat Islam agar mereka bersama kami dalam misi mulia ini,misi mengajak manusia ke jalan MU. Perjalanan masih panjang. Janganlah ENGKAU uji kami dengan ujian yang kami tidak mampu menghadapinya. Ujian " jemu berdakwah dan leka dengan nikmat dunia " adalah ujian yang sangat kami takuti. kami lemah dari segi amalan lain dan jalan dakwah inilah salah satu amalan yang kami persembahkan pada MU di akhirat nati. ENGKAU satukanlah hati umat ISLAM agar mereka tidak lalai dalam tanggungjawab mereka sebagai khalifah MU di atas muka bumi ini.

" HANYA JALAN DAKWAH YANG MAMPU MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN ISLAM "























Read More

Harian Sinar 20/4/2010. SOKONG GANTI IMAM LANJUT USIA

Kebolehan imam mentadbir masjid sering kali di perkatakan. Cerdas imam cerialah masjid. Tua imam nampak tualah masjid. Ada di kalangan imam menjadi imam selagi dia hidup. Datang ke masjid hanya pada hari Jumaat.Sayangkan duit dan tidak mahu mengimarahkan masjid. Bahkan ada imam yang tidak mahu ada kuliah atau ceramah di dalam masjid kerana beranggapan politik dan agama berasingan. Amat malang sekali imam yang berfikiran begini. Inilah sebabnya islam tidak dapat di terjemahkan dan orang bukan Islam tidak dapat melihat keindahan Islam.Seharusnya MAIK dan JHEAIK menggantikan imam yang berfikiran begini kerana mereka menghalang perkembangan ilmu. Pemikiran mereka juga sedikit sebanyak mempengaruhi mereka yang jahil.

Read More

LANDAS dalam Harian Sinar 19/4/2010

PANTAI CENANG DI CEMARI PESTA ARAK. Beginilah nasib kami anak Langkawi. Dari celik mata hingga tidur balik kami di hidangkan dengan longgokan arak yang murah. Lebih murah dari milo ais. Hanya mereka yang betul-betul kuat iman dapat meloloskan diri dari longgokan arak. Saya telah beberapa kali merayu pemimpin negara khususnya Tun Mahathir melalui harian sinar agar mendesak kerajaan pusat menarik balik status bebas cukai arak di Langkawi. Status bebas cukai arak ini di perkenalkan di zaman beliau. Usia yang hanya menunggu hari di harap beliau menghabiskannya dengan husnul khotimah. Kami tidak lupa jasa beliau membangunkan Langkawi tetapi kami juga tidak rela di jadikan mangsa korban pembangunan. Beliau yang terkenal dengan bapa permodenan negara di harap tidak lupa bahawa hanya sehelai kain putih yang akan di bawa ke alam kubur. Keperihatinan beliau membangunkan langkawi amatlah di banggakan tetapi dalam masa yang sama beliau juga menuangkan racun ke atas perut anak Langkawi. Apakah beliau tidak sedar akan kerosakan remaja Langkawi akibat dari harga arak yang terlalu murah? Hampir kesemua kedai bukan Islam di Langkawi menjual arak kerana keuntungan yang agak tinggi. Ini kerana segenap lapisan masyarakat melayu menjadi penggemar arak.

Arak dalam tin tidak di klasifikasikan sebagai arak menyebabkan peniaga tidak perlu memohon lesen jika berhasrat menjual arak. Sampai begitu sekali keistimewaan yang di beri kepada arak dalam tin. Pemimpin UMNO langkawi saban hari muncul di harian sinar tetapi mereka juga tidak berminat menyelesaikan masalah paling besar yang melanda umat Islam Langkawi. Kepada pemimpin masyarakat di ingatkankan " HANGAN KAMU DI SANJUNG KERANA KEJAHATAN TETAPI BIARLAH DI SANJUNG KERANA KABAIKAN"

Read More

Kempen "HAYATI ISLAM" ganti kempen "KAMI PRIHATIN"

Kempen hayati dosa dan pahala lebih berkesan berbanding kempen kami prihatin yang di lancarkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini. Manusia yang sedar akan hakikat kehidupan sementara tidak akan menghabiskan hidupnya dengan benda yang boleh menjerumuskan hidupnya ke lembah kebinasaan. Beliau yang menjadi ikon kepada keluarga seharusnya memfokuskan cara hidup Islam untuk menjadi santapan seharian. Hanya Islam yang mengangkat martabat dan menjaga maruah wanita berbanding agama lain. Selagi manusia tidak mendampingi Allah selagi itu mereka akan terumbang- ambing. Semua orang tahu bahawa kes buang bayi meningkat dari hari ke hari. Puncanya pun semua orang tahu. Semua orang tahu dan pak menteri lebih lagi tahu bahawa nipinya iman punca semua ini berlaku. Cuba beliau tanya diri sendiri apakah usaha yang di buat untuk memartabatkan Islam?

Bagi kami aktivis LANDAS, salah satu puncanya ialah ikatan persaudaraan yang telah terlerai dari kalangan orang Islam itu sendiri. Orang Islam terikut-ikut dengan cara hidup Barat yang beramal dengan hidup privacy atau hidup nafsi-nafsi. Tidak menjaga tepi kain sesama umat islam. Orang Islam mudah menelan racun yang di hidangkan oleh musuh sementara mereka yang mampu menolak tidak mampu menjadi benteng kepada saudaranya. Bagi kami, anak muda hari ini tidaklah separah mana jika seluruh umat Islam mengamalkan sikap ingat mengingati. Umat Islam pantang selesa lantas akan menyebabkan dia terus lena. Benarlah sabda Nabi SAW " dunia ini adalah penjara bagi umat Islam dan syurga bagi orang kafir". Kata-kata pesanan Nabi ini telah gagal di hayati oleh sebilangan besar umat nya dan sebaliknya menjadikan dunia ini sebagai syurga.

Read More

LANDAS sokong langkah MAIK dan JHEAIK ganti imam tua dan lanjut usia


LANDAS Langkawi sokong langkah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) menggantikan khidmat imam tua demi memastikan institusi masjid lebih ceria dan bertenaga. Perkataan tua sudah cukup menggambarkan bahawa mereka tidak mempunyai cukup stamina untuk mentadbir masjid.


Masjid adalah institusi yang sangat penting kepada masyarakat Islam dan ia memerlukan nakhoda yang cergas fizikal dan minda. Negeri Kedah memiliki ribuan Al-Hafiz muda yang hafal Quran dan mereka patut diberi peluang untuk mentadbir masjid. Keceriaan sesebuah masjid bergantung kepada seseorang imam.


Bukan sahaja imam tua yang patut diganti bahkan imam yang kaku juga perlu dihapus kira. Selain menggantikan imam tua MAIK dan JHEAIK juga dicadangkan mendapatkan pandangan anak kariah tentang imam sedia ada. Difahamkan ada imam yang datang ke masjid hanya pada hari Jumaat atau semasa akad nikah pasangan pengantin. Mereka jarang datang sembahyang waktu di masjid sebaliknya sibuk di luar masjid. Ada di antara masjid yang memiliki wang dalam bank mencecah ratusan ribu ringgit dan terlalu sayang membelanjakan wang. Sepatutnya sumbangan orang ramai segera dibelanjakan untuk tujuan sampai segera pahalanya kepada penyumbangnya.


Saya pernah pada suatu ketika mencadangkan agar masjid menyalurkan wang kepada surau di kariah mereka untuk mengimarahkan surau. Ini kerana anak kariah mengimfakkan wang mereka kepada masjid. Dengan cadangan itu saya telah dituduh cuba mengganggu atau masuk campur dalam urusan masjid. Selain dari itu saya juga pernah mencadangkan agar pihak masjid mengatur program di luar masjid dalam usaha mendekatkan orang masjid dengan mereka yang tidak pernah datang ke masjid. Ini bagi menghapuskan tanggapan bahawa orang masjid tidak mengendahkan mereka. Pandangan ini juga nampaknya dipandang sinis kerana mereka beranggapan bahawa Islam hanya di dalam masjid sahaja.


Imam yang telah berumur juga diingatkan supaya muhasabah diri. Jawatan Imam Masjid bukanlah jawatan tetap. Masjid adalah hak umat Islam. Mengapa mereka yang bergelar imam mahu terus kekal dengan jawatan imam sedangkan tenaga mereka tidak lagi mengizinkan mereka terus berada di situ. Mereka seharusnya lebih realistik dari makmum.


Untuk memastikan imam dapat fokus kepada kerja mereka sebagai imam masjid, MAIK dan JHEAIK digesa memberikan gaji tetap dan lebih menarik. Elaun sebanyak RM800 sudah pasti tidak mencukupi. Keadaan ini memaksa mereka mencari altenatif lain untuk menampung berbelanjaan harian mereka. Kerja mereka ialah menjaga rumah Allah maka sewajarnyalah kebajikan mereka terjaga dan juga diberi perhatian sebagaimana penjawat awam.

Laporan Daripada: LANDAS Langkawi


Read More

Islam cacamerba

"Islam cacamerba" itulah istilah yang layak di gunakan. setiap program akan di mulakan dengan bacaan doa tetapi akan di susuli dengan tarian lelaki dan wanita. yang peliknya ustaz yang membacakan doa tersebut.Mufti pula hanya membuat teguran berkala. Benarlah kata-kata sesetengah ustaz " islam amal makruf amal munkar ". Inilah ciri-ciri Islam Liberal.

Pelajar sekolah yang masih belum mengerti menilai yang mana baik yang mana buruk telah di ajar untuk tidak malu dengan mengajar mereka menari dan melompat sakan di hadapan khalayak ramai.Mereka di racun dengan longgokan wang ringgit.Mereka di jadikan penghibur yang kononnya akan di sanjung oleh masyarakat. kasihan wanita kerana tanpa di sedari maruah mereka telah di campakkan ke suatu sudut yang tiada nilai. Wanita sendiri yang meletakkan diri mereka ke alam jahiliah kerana sanggup berbuat apa sahaja atas nama mencari makan dan glamour. Hari ini mereka sering kali di jadikan alat untuk mendapatkan sesutu impian. "Wanita sayangilah diri anda"
Pelajar sekolah di arah hadir untuk memeriahkan sesuatu acara
Imam membacakan doa sebelum acara di mulakan
Read More

operasi ke atas pelajar sekolah

Pelajar sekolah yang masih hingusan tidak malu bercouple di khalayak ramai. Tanpa rasa malu bahkan rasa bangga mereka berkepit tanpa memikirkan mata yang memandang. Masyarakat yang tak kisah dan tak berani menegur adalah punca kepada gejala semua ini.Saya sempat menghubungi waris kepada pelajar perempuan dan bertanya apakah mereka tahu ke manakah anak mereka.Tanpa rasa bersalah emak kepada remaja perempuan mengatakan dia yang membenarkan anak gadisnya pergi bersama pelajar lelaki tersebut.Dia membenarkan kerana "mereka akan bertunang tak lama"lagi katanya.

Gelagat anak muda hari ini sungguh menakutkan. Mereka langsung tidak seperti pelajar sekolah apabila berada di luar sekolah. Cara berpakaian dan tingkah laku seolah-olah mereka mereka tiada waris. Ibu bapa memberikan kebebasan seluas-luasnya.



Read More

LANDAS membantu penguat kuasa agama

Karake terus menjedi tumpuan muda mudi.
Read More

Suasana malam Sabtu

Ustaz Zul sedang berinteraksi dengan remaja yang menjadi pekerja di karaoke tersebut.


Read More

Undang-undang PBT Langkawi terus di tertawakan

Malam 5hb kami datang lagi ke karaoke jeti Point untuk meninjau sejauh mana perlaksanaan undang-undang PBT di kuat kuasakan. Kami di fahamkan bahawa operasi pusat hiburan masih seperti biasa.Pada malam itu kami dapat menyaksikan ada di antara ahli keluarga yang membawa anak mereka yang masih kecil masuk ke dalam karaoke.. Belum pernah saya menyaksikan PBT yang selemah ini. Adakah berlaku rasuah dalam operasi pusat-pusat hiburan di Langkawi? Kalau tidak masakan pengusaha pusat hiburan boleh membelakangkan undang-undang.Hak orang Islam tidak di jaga dan tidak di hormati oleh mereka yang pandai memanipulasi politik.Karaoke ini beroperasi 24 jam setiap hari kecuali hari Jumaat bila mana ia hanya di tutup semasa solat Jumaat.
Read More

Kartika Sari Dewi: Dari hukuman sebat di ganti dengan khidmat masyarakat.

Setelah bertungkus lumus untuk menghalang hukuman sebat ke atas Model sambilan "Kartika Sari Dewi", Pertubuhan ajaran sesat Sister In Islam akhirnya berjaya. Hukuman sebat yang di jatuhkan ke atas Kartika di katakan zalim dan akhirnya di gantikan dengan khidmat masyarakat. Mereka yang bersetuju menggantikan hukuman tersebut juga barang kali bersetuju dengan pendapat SIS.Walau pun tidak selari dengan hukuman huhud yang sebenar namun ada kegerunan di kalangan pengamal maksiat.Kalau hukuman sebat zalim, Allah juga zalim. SIS dari dahulu lagi mengatakan Allah tidak cerdik dan zalim melalui beberapa artikal mereka. Ayat Al Quran yang berkenaan wanita juga di cadangkan di pinda oleh mereka kerana di katakan di buat oleh nabi SAW.Tak kira siapa yang menukar hukuman tersebut sewajarnya mereka muhasabah diri. Kita semua akan mati dan segalanya akan di hitung oleh yang Maha Menghitung dan yang Maha Mengetahui. Tiada yang akan terkecuali dari perhitungan. Samada yang berkuasa atau rakyat jelata tiada tempat yang istimewa.Bahkan tempat yang lebih azab kepada mereka yang berkuasa tetapi mengabaikan amanah Allah. Syariat Allah bersifat mendidik dan mendisiplinkan manusia. Masakan Allah menurunkan sesuatu hanya sia-sia.Dosa manusia dengan Allah maka hanya Allah sahaja yang layak mengampunkan nya.Janganlah memberanikan diri mewakili Allah.Amalan mewakili Allah dalam hal mengampunkan dosa manusia menyerupai amalan agama Kristian di mana Paderi boleh mengampunkan dosa penganutnya.

Rasulullah pernah bersabda kepada anak Fatimah yang bermaksud
" Kalau anak ku fatimah mencuri Aku juga yang akan memotong tangannya"
Read More

Dataran Pekan Rabu akan jadi Dataran Ilmu

LANDAS Langkawi bercadang menjadikan dataran pekan Rabu sebagai tapak permulaan untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat.Usaha sedang di jalankan untuk mendapatkan kebenaran dari pihak LADA dan Majlis Daerah bagi merealisasikan hasrat tersebut. Tempat ini menjadi tumpuan baru pada setiap malam Jumaat dan malam sabtu atau setiap hujung minggu.Aktiviti LANDAS kebannyakannya berlegar di kawasan ini.Ini kerana tempat ini telah di jadikan sebagai tempat dating , minum arak, tempat berkumpul para remaja dan tempat bersantai ahli keluarga.Tempat ini juga telah di jadikan tempat pertandingan bunyi sound apeaker.

Sehubungan dengan itu kami memohon sumbangan dari teman-teman yang berkemampuan untuk menghulurkan sumbangan seberapa yang termampu nutuk membeli peralan layar LCD yang di anggarkan memerlukan perbelanjaan RM4000. LANDAS Langkawi tidak mempunyai sebarang sumber kewangan dalam menjalankan aktivitinya melainkan memerlukan sumbangan orang ramaia. Antara program yang di cadangkan di kawasan ini nanti ialah tayangan ceramah agama, ceramah agama 2 minggu sekali dan tayangan filem yang boleh mendidik masyarakat. Ini adalah salah satu cara yang di fikirkan berkesan dalam usaha mempelbagaikan menyampaikan ilmu kepada masyarakat.
Read More

PUSAT DAKWAH ATAU PUSAT LEPAK

Saya bersama Ustaz Kamarudin sempat singgah di Pusat Dakwah ini dalam perjalanan balik ke Pulau Langkawi. Beliau menghantar saya pulang selepas kami bersama-sama menghadiri mesyuarat MAPIM ( Majlis Perundingan Islam Malaysia di Kuala Lumpur bersama lain2 NGO.Mesyuarat tersebut membincangkan tentang kaedah mendapatkan dana untuk di salurkan kepada rakyat Palestine.

Saya menunggu ustaz Kamarudin di Pusat Dakwah sementara menunggu beliau selesai menguruskan akaun bank. Saya di sana selama lebih kurang 30 minit.Sepanjang di sana saya perhatikan nama yang tertulis di sign board depan masjid. selepas itu saya perhatikan juga keadaan sekelilingnya.Bagi saya makna Pusat dakwah telah hanyalah namanya sahaja. Nama yang paling layak bagi bangunan tersebut ialah Pusat Lepak. Bangunan tersebut di jadikan tempat lepak dan menukar pakaian. Apa yang paling memeranjatkan ialah terdapat remaja yang berpasangan parking motor di situ.Berpakaian tak senonoh dan berperangai tidak sopan.Nasib saya tak baik kerana tak dapat mengambil gambar pasangan remaja yang meletakkan motor di situ. Mereka sungguh kurang ajar. Mengapa mereka berperangai demikian? Jawapannya kerana tempat tersebut gagal berfungsi sebagai mana namanya. Orang kita memang terkenal dengan berbagai nama atau slogan.

Ustaz-ustaz yang mengajar kuliah agama di situ barang kali perlu menerangkan kepada mereka yang mengendalikan tempat tersebut apakah makna yang tertera di sign board.Makna Pusat dakwah hanya di fahami dalam kontek ayat tetapi tidak di hayati. Perkataan dakwah saban kali di ajar di masjid atau surau tetapi hanya sekadar menjadi halwa telinga. Tidak ada apa yang dapat di terjemahkan dari makna Pusat Dakwah. Sekurang-kurangnya mereka meletakkan papan tanda tentang aurat wanita atau berpakaian cara Islam, Batasan pergaulan,dan Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah. Aspek mendidik masyarakat ke arah penghayatan Islam secara kaffah amatlah sedikit. Bak kata orang " Jangan tak buat"
.

"/strong>.
Salah satu foto yang sempat saya rakam di kawasan parking pusat dakwah. Berpakaian ketat dan menjolok mata. Tidak segan silu sekali pun parking di pusat Dakwah yang juga selaku masjid.
Read More

"AMERIKA bina kilang coca-cola di Nilai" hubungan Amerika dan Malaysia bagai isi dengan kuku.

" Amerika", siapa yang tidak kenal dengan nama besar ini.Berstatus negara kaya,memiliki senjata tercanggih dan negara pembuli dan terjahat di dunia.Amerika dengan kerjasama negara eropah telah mewujudkan negara haram Israel yang bertujuan untuk menjajah negara Timur Tengah.Tanpa Amerika dan sekutunya, Israel takkan wujud dan mampu bertahan.Mereka mewujudkan NATO untuk menggertak dunia dan sekaligus menjadi blog yang dominan dalam angkatan tentera.Kekuatan ekonomi Amerika juga banyak di bantu oleh negara Islam dari Asia Barat dan Malaysia juga tidak terkecuali.Kebanyakan jutawan dunia berasal dari negara Teluk dan mereka melabur serta menyimpan wang di sana.Hasil pelaburan tersebut di gunakan kembali untuk menghancurkan orang Islam.

Apakah PM yang kita sanjungi sengaja buat-buat pekak dengan peranan yang di mainkan oleh coca-cola dalam memberi sumbangan kepada tentera Israel menghasilkan senjata.Hanya kerana mahu hidup mewah dan mahu bergelar negara maju,pemimpin negara sanggup meletakkan umat Islam di mulut harimau.Tabiat harimau walaupun jinak tetapi dia tetap binatang buas.Tak cukup dengan kebanjiran barangan Yahudi dan Amerika, mereka sanggup mempelawa Amerika membuat kilang di Malaysia.
Pesan untuk pemimpin ini ingatlah pada pesanan Allah yang bermaksud " orang Yahudi dan Nasrani sesekali tak akan redha kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka". Sepatutnya pemimpinlah yang lebih alim daripada rakyat dan bertindak sebagai pengamal al quran dan sunnah. Apakah peranan menteri yang menjaga hal ehwal agama?. Saya yakin hubungan Amerika dan Malaysia menjadi semakin intim dan ibarat merpati dua sejoli.


Dengan tersiarnya artikel ini bukan bermakna kami mencampuri hal politik negara tetapi sekadar mahu turut serta dalam memberi nasihat. Dakwah bukan hanya kepada rakyat jelata tetapi juga kepada semua manusia.
Read More

BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG


Umat Islam hari ini menghadapi krisis hilang rasa malu. Tidak merasa berdosa dan bangga menayangkan bentuk tubuh badan kepada umum. Sangat murah harga diri. Bertudung berbaju dan berseluar ketat itulah fesyen terkini umat Islam. Mereka lebih moden dari orang Barat. Penyakit berpakaian tak cukup kain telah menghinggapi wanita islam.

Musuh Islam tidak perlu menggunakan senjata untuk menakluki negara orang Islam tetapi cukup sekadar mereka fesyen terbaru yang boleh memesongkan pegangan umat Islam dari agama mereka. Cara terkini umat Islam berpakaian amat menakutkan.
Mana suara JAKIM, YADIM, JAIN? Adakah mereka tidak melihat gejala berpakaian tetapi telanjang sebagai sesuatu yang menjadi ancaman kepada umat Islam.
Read More

Tahniah Pejabat Agama Daerah kulim (PADK)



Kegigihan PADK dalam membenteras gejala yang semakin berleuasa patut di contohi oleh pejabat agama lain samada di negeri Kedah atau di negeri lain.Mereka sepatutnya membuat kerja penguat kuasaan siang dan malam. Di Langkawi contohnya, kerja penguat kuasaan hanya di buat pada waktu malam. Maksiat tidak mengira gelap atau terang.Jika kesungguhan PADK di laksanakan di seluruh negeri, saya yakin gejala tidak sopan dan tak malu akan terpadam dengan sendirinya.Mereka berani melakukan maksiat secara terang-terangan kerana tiada siapa yang mengganggu mereka. Mereka merasa selamat dan seronok kerana seolah-olah mereka tidak bersalah.

Mereka yang menduduki kerusi teratas di Jabatan Agama di sarankan mendidik kakitangan mereka agar melihat perkara maksiat sebagai satu ancaman kepada syariat Allah.Jangan ada yang bersikap dan beranggapan bahawa mereka hanya makan gaji.Kakunya kebanyakan pegawai masjid kerana aspek kesedaran dan pertanggung jawaban tidak di tanam.Hatta maksiat di tepi rumah sendiri pun tidak mampu di bendung.
Read More

Rombakan EXCO antara harapan dan kebimbangan

Rombakan exco adalah perkara biasa kepada mana -mana kerajaan negeri.YAB ustaz Azizan bertindak bijak kerana memberi tempoh dua tahun kepada mana-mana exco yang di lantik untuk menunjukkan kebolehan masing-masing.Dengan ini izinkan kami sebagai rakyat untuk memberikan sedikit harapan kepada exco yang bakal di lantik.

Saya mewakili teman-teman di dalam LANDAS mmeberikan harapan yang tinggi kepada mana-mana exco yang di lantik menerajui exco agama.Dua tahun PR yang di pimpin oleh PAS menerajui negeri Kedah.Kami mengharapkan exco agama yang di lantik nanti adalah di kalangan exco yang bertenaga.Kami amat ternanti-nanti seorang exco yang pick up nya laju bukan sekadar mengikut dari belakang.Menjadi exco agama bukan semestinya dari kalangan ustaz.Semua orang hendaklah beramal seperti mana seorang ustaz kerana bukan ustaz juga tak terkecuali dari dosa dan pahala.

Di Jabatan Agaman contohnya banyak reformasi yang perlu di lakukan.Antaranya ialah yang melibatkan penguat kuasaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah (EKJS).Sebelum UMNO mewariskan pemerintahannya kepada PAS, mereka telah meminda pemberian kad Kuasa pencegah maksiat hanya kepada kakitangan tetap. Alasannya ialah kerana ada unsur penyalah gunaan kuasa. Mereka yang di dapati meyalah guna kad kuasa tidak boleh di dakwa hanya kerana mereka bukan penjawat awam.Apakah alasan ini boleh di terima?
Adakah masalah sebesar ini tidak boleh di cari jalan penyelesaian oleh barisan peguam yang ada di jabatan Agama.Bagaimana nak membicarakan pasal hudud kalau setakat kad kuasa pun tidak mampu di fikirkan.
Read More

Pantai Cenang: Pantai Arak

Kenduri arak di Pantai Cenang berlaku setiap malam. setiap kali kami keluar ke mana sahaja di bumi Langkawi, suasana ini boleh di lihat di mana sahaja.3 lelaki dan seorang perempuan, mereka telah menghabiskan arak berbelas botol. salah seorang dari mereka adalah bekas pelajar Maktab Mahmud dan sahabat kepada ustaz Deddy. Beginilah nasib kami penduduk Langkawi yang di hidangkan dengan arak setiap hari. Kami akan tuntut pemimpin di akhirat nanti kerana melonggokkan arak di bumi kami.

Read More

Pantai Cenang: Pantai memadu kasih

Pukul satu pagi,Pelajar perempuan tingkatan 5 dari salah sebuah sekolah di Langkawi bersama pasangannya sedang asyik ber dating semasa kehadiran kami. Berpakaian terlalu singkat dan duduk dengan pasangan di tempat gelap. Berani dan tak sayang maruah diri.Jabatan Pendidikan perlu membuat bedah siasat akan kepincangan yang berlaku di institusi pendidikan.Hidup yang terlalu mengejar Hadhari mennyebabkan aspek dosa dan pahala di kesampingkan.Pemimpin Negara tidak merasa risau bahawa mereka akan di bebankan dengan dosa anak gadis ini di akhirat kerana memandang ringan aspek dosa dan pahala.
Read More

Pelbagaikan kaedah dalam mendidik masyarakat.


Masyarakat islam hari ini hari demi hari semakin jauh dari Islam. Apa yang tidak kena sedangkan kuliah agama setiap malam di seluruh negara mencecah ribuan pengajian.Ustaz,tok guru hinggakan pensyarahnya pun mencecah puluhan ribu orang. Sekolah agama kerajaan,SAR pun mencecah ribuan buah di seluruh negara.Program agama di tv saban hari semakin banyak namun mesyarakat semakin hari semakin jauh dari Islam.Kesemua program ini amatlah baik tetapi tidak mencukupi.Tok-tok guru, ustaz,alim ulama serta menteri agama tentunya telah lama sedar akan fenomena ini.Tetapi apakah cukup hanya sekadar sedar, masalah ini akan selesai.Kerajaan memiliki JAKIM, YADIM, Pusat Zakat dan Jabatan Agama Negeri.Dalam NGO pula kita ada ABIM,TERAS,PERKIM,TABLIGH dan bermacam-macam lagi institusi.Institusi yang di wujudkan untuk menjaga agama cukup banyak.Wang yang di belanjakan saban tahun mencecah ratusan juta namun natijahnya amatlah minimum.Bagi saya yang pernah menjadi jamaah Al Arqam suatu ketika dulu memang merasakan patut apa yang di ungkapkan oleh Ashaari Mohammad." berikan kami peluang mentadbir Pusat Islam setahun sahaja nanti kamu akan lihat hasilnya ". menteri yang menjaga agama ketika itu merasa diri di rendahkan lalu melenting dan hasilnya Al Arqam di haramkan. Memanglah Arqam di haramkan kerana di kesan ada unsur ajaran sesat di dalamnya tetapi saya cukup kagum dengan gerak kerja mereka.Agaknya itulah hasilnya kalau berani berlebihan dalam bercakap dan membuat kerja.Mereka serius dan bergerak siang malam tanpa mengenal penat lelah.Perancangan sahaja tidak mencukupi tanpa di susuli dengan gerak kerja.

Dulu saya terlibat dengan kerja menjual surat khabar Al Arqam. Hasil kesungguhan ahlinya mengedar risalah,kesedaran masyarakat terhadap Islam menunjukan peningkatan yang mendadak.Hari ini penghayatan Islam semakin hari semakin pudar.Cara menyampaikan islam hanyalah melalui cara tradisional.Selain mengedar risalah Islam, mereka yang bergelar pejuang Islam juga dapat membuang majmumah yang berbuku di hati sejak sekian lama.

Cara yang kami pratikkan di dalam Arqam suatu ketika dulu insya Allah akan kami praktikkan semula di dalam LANDAS. Ustaz-ustaz dan tok-tok guru mahu tak mahu mestilah sanggup meluangkan masa dalam menympaikan Islam. Jangan ada ustaz yang berfikiran bahawa kerja dakwah di lapangan bukan kerja mereka.Bersama-samalah kita bermuhasabah kerana Islam adalah kepunyaan kita semua.

Untuk makluman,penulia adalah bekas ahli Al Arqam.Jika ada yang tersinggung,itu bukanlah niat sebenar saya.Manusia yang di cipta Allah masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.Apa yang kurang tolonglah bantu kerana matlamat kami dalam LANDAS adalah mahu Islam memayungi manusia.Jika ada yang baik bersamalah kita berfikir dan seterusnya bertindak.Dalam Islam kita belajar,beramal dan seterusnya di sebarkan.
Read More