SEMINAR SELAMATKAN ZURIAT KITA
12hb yang lepas LANDAS Langkawi bersama LADA,SALIMAH Kedah dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah mengadakan seminar yang bertajuk " SEMINAR SELAMATKAN ZURIAT KITA". Seminar tersebut di adakan di Auditoriun LADA.Kehadiran amat memberangsangkan.
Program tersebut berkisar kepada peranan ibu bapa dalam mendidik anak menjadi insan yang beramal dengan cara hidup Islam.Para hadirin yang hadir pada hari tersebut terdiri dari kakitangan kerajaan dan swasta.Sementara penceramah pula ialah Tn.hj Azmi abdul Hamid mewakili Persatuan Pengguna Pulau Pinang,ustazah Robiah Harun selaku pengerusi SALIMAH Kedah mewakili SALIMAH dan saya mewakili LANDAS Langkawi.
Agak mengecewakan bilamana kesemua 28 buah masjid di Langkawi hanya di hadiri oleh imam masjid Padang Lalang,Air Hangat dan yang lain entah kemana.Amatlah sesuai jika ada yang mengatakan bahawa masjid adalah institusi yang paling lemah dalam mengendalikan program kemasrakatan.Hadirin yang hadir di dedahkan dengan penyakit masyarakat dengan tayangan gejala buang bayi,zina,pergaulan bebas dan sebagainya.Saya pula di beri amanah menayangkan suasana gejala sosial di Langkawi.Ramai yang terkejut dengan kehadiran LANDAS di tengah masyarakat yang bertindak menangani gejala sosial.Ada yang meminta nombor hand phone saya kerana mahu turut serta dengan LANDAS.Ada di antara ibu bapa yang dahulunya menghalang anaknya menyertai program LANDAS kini membuka ruang kepada anaknya untuk bersama-sama dengan LANDAS.Mereka menhalang pada awalnya kerana tidak mengenali dan mengetahui apakah aktiviti LANDAS.LANDAS Langkawi sedang sedaya upaya mengumpul para aktivis seramai mungkin untuk sama-sama menggerakkan masyarakat akan tanggungjawab membenteras maksiat yang semakin menjadi.