KEDAI MAKAN & GEJALA SOSIAL.
Fenomena keluar malam dan gejala so sial ini menjadi-jadi kerana adanya tempat untuk mereka melepak atau bersantai. Remaja pula mengambil kesempatan melakukan perkara yang tidak berfaedah seperti lumba motor atau mengintai tempat yang boleh di jadikan sasaran untuk mencuri dan merompak.
Kerajaan pula menggalakkan peniaga membuka warung sehingga ke lewat pagi atas nama memeriahkan malam dan untuk menarik pelancong.Walau pun dari segi kesan ekonomi ia membawa kepada kebaikan tetapi ia amat memberi kesan yang amat buruk kepada gejala sosial.Pengalama kami di lapangan di mana kami menemui anak muda samada lelaki atau perempuan di kedai-kedai makan sehingga ke pukul tiga pagi.
Kerajaan di sarankan agar memikirkan kembali tentang kebenaran yang di berikan kepada peniaga yang berniaga hingga larut malam.Kalau lima tahun kebelakangan kita jarang sekali melihat wanita berpakaian tetapi telanjang tetapi hari ini ia telah menjadi satu fesyen.Semua ini akibat kemajuan yang tidak di kawal dan di tadbir dengan baik.
TERIMAKASIH SAUDARA MAZLAN
Langkah yang belum pernah dilakukan oleh Ahli Majlis Mesyuarat terdahulu dalam meluluskan lesen rumah urut atau pusat hiburan. Beliau mengambil langkah bijak apabila meminta pandangan Pejabat Agama dan LANDAS sebelum membuat keputusan dalam meluluskan sesuatu lesen yang dikhuatiri boleh mengundang gejala negatif. InsyaAllah LANDAS Langkawi, Pejabat Agama Daerah dan PBT akan bekerjasama dalam menangani gejala sosial yang diakibatkan hasil dari pemberian lesen premis hiburan yang tidak terkawal.
Zaman kerajaan terdahulu memerintah, pandangan pehak Pejabat Agama Daerah tidak pernah diambil tahu. Mereka meluluskan sahaja setiap permohonan tanpa mengkaji implikasi yang akan timbul kemudian hari. Mereka mengambil jalan mudah tanpa mahu berfikir apa akan terjadi kepada orang Islam akibat dari perancangan yang tempang. Orang Langkawi menjadi pemabuk dan kaki berhibur tanpa batasan adalah hasil kerja buat mereka yang terdahulu. Kedai arak yang berselerakan menyebabkan orang Melayu Islam mudah menjadi pemabuk. Akibatnya ia telah menjerut leher sendiri. Di pekan Kuah sahaja ada berpuluh kedai yang menjual arak hinggakan kedai elektrik pun menjual arak. Mereka tidak bertanggungjawab kerana tidak pernah pun mengambil tindakan kepada mana-mana premis yang tidak mematuhi undang-undang.
Saudara Mazlan telah mengambil langkah yang bijak dan berani apabila menubuhkan Majlis Menangani Gejala Sosial Daerah Langkawi dalam usaha membendung gejala sosial yang semakin barah melarat. Majlis ini berperanan mengkaji dan memberi pandangan balas kepada PBT sebelum sesuatu premis di beri lesen untuk beroperasi. Lavender Massage and Refleksologi telah memohon lesen premis untuk menjalankan perniagaan urut di kawasan Nagoya, Mukim Kelibang. Pejabat Agama dan LANDAS Langkawi membantah pemberian lesen kepada syarikat ini memandangkan lokasi ini menjadi sarang maksiat. Sekarang ini pun tempat ini telah diberi jolokan "Mini Hatnyai Langkawi". Berbagai kegiatan maksiat ada di sini seperti pelacuran dan kongsi gelap. Bahkan ada anggota Polis yang menghambakan diri memelihara mereka yang menjalankan kerja-kerja haram.
JUDI BOLA " MASA UNTUK PROMOSI KEINDAHAN ISLAM "

Pembunuhan berlaku saban hari. Tidak dapat dinafikan bahawa gila berjudi boleh membawa kepada pembunuhan atau membunuh diri. Apa tidaknya bila kalah berjudi anak isteri yang menjadi mangsa atau mencari jalan mudah untuk mendapatkan wang. Kaki judi boleh bertukar karektor pada bila-bila masa. Antaranya mereka boleh menjadi pembunuh, penghisap dadah, perompak, pengedar dadah dan pecah amanah. Mereka yang berjudi sangat terdedah dengan peminjam wang samada yang berlesen atau secara senyap-senyap.
Bagi pemimpin yang mengutamakan Islam, inilah masanya untuk mempromosikan Islam. Masa untuk mendidik masayarakat bukan Islam telah terhidang di depan mata. Kesan judi atau minum arak contohnya boleh dijadikan dokumentari atau slot eksklusif. Kerajaan boleh menayangkan kemeriahan piala dunia tanpa batasan waktu tetapi mengapa tidak boleh mempromosikan Islam. Masyarakat bukan Islam semestinya tidak berasa sangsi jika kita sentiasa memikirkan dan mempromosikan keindahan Islam.
CELIKKANLAH HATIMU WAHAI PEMIMPIN ISLAM

Pemimpin Islam janganlah menjadikan orang kafir sebagai penasihat mereka kerana ia bakal mengundang bencana. Lihat sahaja hari ini dimana kebanyakan negara negara Islam telah terjebak kekancah kebinasaan akibat berkiblatkan negara kafir. Puak kafir seperti Amerika dan Britain serta blok EU secara terang-terangan menjadikan umat Islam sebagai alat eksperimen. Mereka yang bertanggungjawab membinasakan negara Islam tetapi berlagak sebagai wira yang mengamankan dunia. Pemimpin Islam yang masih buta hatinya masih tak nampak akan sandiwara dua kuasa besar ini. Besar dan kuatnya dua kuasa ini kerana negara Islam yang mencurahkan wang kepada mereka. Wang tersebut juga yang di adikan untuk membinasakan umat Islam.
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang di luar kalanganmu, karena mereka tak henti-hentinya menimbulkan kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkanmu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya. Beginilah kamu, kamu menyukai mereka, padahal mereka tidak menyukai kamu, dan kamu beriman kepada kitab-kitab semuanya. Apabila mereka menjumpai kamu, mereka berkata: "Kami beriman"; dan apabila mereka menyendiri, mereka menggigit ujung jari lantaran marah bercampur benci terhadap kamu. Katakanlah (kepada mereka): "Matilah kamu karena kemarahanmu itu". Sesungguhnya Allah mengetahui segala isi hati. Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudharatan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan." (Ali-Imran: 118-120)
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasanyang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?" (An-Nisaa': 144)
Allah juga melarang kita untuk memilih orang-orang Yahudi dan Nasrani untuk kita pilih sebagai pemimpin. Karena kalau kita memilih mereka, Allah menyamakan kita dengan mereka (menjadi golongan mereka) dan apa yang kita lakukan tersebut digolongkan Allah sebagai satu bentuk kezaliman.
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zali." (Al-Maidah: 51)
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (iaitu) diantara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman." (Al-Maidah: 57)
Yang terbaru Amerika dan Australia telah mengingatkan kerajaan Malaysia akan ancaman JI. Ancaman JI sengaja ditimbulkan kerana dunia telah memalingkan muka dari mereka akibat dari peristiwa serangan ke atas kapal bantuan kemanusiaan di perairan Gaza. Serangan ke atas WTC suatu ketika dulu pun adalah usaha Amerika dan sekutunya untuk mengajak dunia supaya membenci Islam dan umatnya. Kalau benar mereka tahu yang JI akan menyerang mana-mana tempat mengapa mereka sendiri tidak menyekatnya. Mereka sengaja mencipta fitnah demi fitnah kerana mereka sendiri telah menyaksikan akan kebangkitan Islam. Islam bangkit di mana-mana. Islam akan bangkit apabila ditekan sebaliknya akan tidur bila di biarkan. Apakah kerajaan tidak yakin akan kemampuan sendiri hinggakan sanggup mempercayai apa yang pihak musuh perkatakan.
IPT dan NGO Islam di katakan di jadikan JI sebagai tempat mengembangkan idiologi mereka. Mereka sengaja mencetuskan rasa kurang senang ke atas NGO Islam yang giat bergerak menggerakan gerakan Islam. Gerakan JI juga di katakan akan menyerang rumah ibadat bukan islam. Apakah pernah kita saksikan orang Islam menganiaya orang bukan Islam. Negara ini aman kerana majoriti penduduknya beragama Islam. Negara ini pasti tidak seaman sekarang jika orang islam adalah penduduk minoriti. Di mana-mana negara yang umat Islam penduduknya minoriti mereka hidup dalam ketakutan. Umat islam di nafikan hak untuk mengamalkan amalan mereka.
Di zaman Tun Mahathir bantuan ke atas SAR ditarik balik kerana SAR dikatakan melahirkan ekstrimis agama. Ulama tak mahu menerima kritikan dan sekolah-sekolah agama banyak yang ditutup. Pemimpin Islam sendiri termakan umpan yang dipasang oleh musuh Islam. Apakah kepimpinan sekarang juga akan mengikut jejak langkah pemimpin terdahulu? Sebagai umat Islam yang memiliki pegangan sendiri kita seharusnya berhati-hati dengan orang kafir apalagi si kafir yang secara terang-terangan memusuhi Islam.
Firman Allah, dalam Surah Al-Baqarah, ayat 120, yang bermaksud " Yahudi dan nasrani sesekali tidak akan redha akan kamu sehingga kamu mengikut akan telunjuk (millah) mereka". Katakanlah, "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah pejunjuk yang sebenar". Dan sekiranya engkau mengikut kemahuan mereka setelah engkau mengetahui kebenarannya, maka tiada lagilah wali (pelindung) dan penolong dari (siksaan) Allah.
PEJABAT DAERAH LANGKAWI DAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (MPL)TIDAK BERTANGGUNGJAWAB
Mengapa saya katakan bahawa mereka adalah pengkhianat. Setiap lesen yang diberikan kepada pemohon lesen hiburan karaoke, menjual arak dan disko tidak pernah dibincangkan dengan pejabat agama atau minta persetujuan dari anak khariah. Barangkali mereka berpendapat bahawa mereka yang beramal dengan Islam adalah penghalang utama kepada kemajuan. Premis pusat hiburan yang beroperasi sehingga ke pukul 4 pagi tidak pernah diambil tsebarang indakan.
Terdapat juga pusat hiburan yang lesen telah mati sekian lama seperti disco dandut (mati lesen 31/12/2007) tetapi masih beroperasi sehingga hari ini. Masa yang dibenarkan untuk pusat hiburan beroperasi hanyalah sehingga kepukul 12.30 malam. Langkawi tidak memerlukan banyak pusat hiburan kerana populasi penduduk bukan Islam hanyalah sekita 5% daripada 80,000.00 orang.
Mereka memberikan alasan bahawa kewujudan pusat hiburan ini adalah untuk kegunaan pelancong. Anggapan ini salah kerana berdasarkan pengalaman kami yang sentiasa mengunjungi tempat ini mendapati hanya sesetengah tempat sahaja yang dikunjungi oleh pelancong asing manakala kebanyakannya dipenuhi oleh anak orang Islam. Apakah ada unsur rasuah di dalam setiap pemberian lesen ini? Jika tidak takkan semudah itu mereka meluluskan sesuatu permohonan.
"MASJID LENGANG" PEMBANGUNAN YANG DI RANCANG
Bukanlah kerana beliau menyambung pengajian yang menjadi topik tulisan saya kali ini tetapi pembangunan yang dirancang oleh pihak tertentu untuk menghilangkan kuasa umat Melayu Islam. Cara pembangunan begini telah saya hidu tiga tahun lalu namun hanya diperhatikan begitu saja kerana tiada ruangan yang membolehkan saya menterjemahkan apa yang saya amati.
Samada sedar atau buat-buat tak sedar para pemimpin melayu yang beragama Islam amat perlu mengamati akan perancangan pembangunan yang diatur di sesuatu kawasan. Adakah kerajaan hanya membenarkan atau hanya bertindak meluluskan setiap pembangunan yang di pohon oleh syarikat perumahan. Saya amat kagum melihat pembangunan yang bagaikan kilat di setiap kawasan di negara kita. Adakah syarikat ini dimiliki oleh syarikat Malaysia sendiri atau hanya proxi syarikat luar.
Samada sedar atau tidak setiap pembangunan yang dibuat di sesuatu kawasan ada motifnya. Kalau di Singapura dan Israel setiap pembangunan dirancang oleh pihak kerajaan tetapi di Malaysia pula pembangunan kebanyakannya dijalankan oleh pihak swasta. Kerajaan Israel dan Singapura merancang sendiri pembangunan yang dibuat memandangkan tanah di negara mereka amat terhad. Kalau di israel tanahnya adalah tanah rakyat Palestin tetapi di Singapura mereka terpaksa menambak laut jika mereka berhasrat mendirikan tapak perumahan baru.
Di Israel bangsa Zionis berjaya memecahkan populasi bilangan penduduk Arab di sesuatu kawasan dan di Singapura pula keadaanya juga sama. Adakah Singapura mengambil modul yang sama dalam membangunkan negara mereka atau adakah modul kedua-dua negara juga sedang di rancang di Malaysia. Sama-sama kita fikirkan.
Apa yang saya tuliskan di sini berdasarkan kajian saya. Ke mana sahaja kita pergi kita boleh nampak masjid tersergam indah namun amat menyayat hati kerana jemaahnya amat berkurangan. Masjid ini dibina dimana ketika itu kawasan tersebut dipenuhi oleh masyarakat melayu beragama Islam. Pemaju yang bijak telah membangunkan kawasan tersebut sekaligus menyebabkan penghuni Melayu di kawasan tersebut berselerakan. Pembangunan yang tumbuh di tempat tersebut juga telah mengundang bangsa bukan melayu menghuninya. Populasi penduduk di kawasan ini juga telah berkurangan dan kuasa menetukan pemerintahan telah di ambil oleh masyarakat bukan beragama Islam.
Orang Melayu perlu menyedari akan perancangan orang tertentu kerana kita bakal mengemis di tanah sendiri. Allahyarham Dr. Burhanuddin Al-Helmi pernah mengatakan bahawa "Singapura akan menjadi Israel di Asia tengggara". Hitler juga pernah berkata "Jangan sesekali kamu bagi tanah kepada bangsa Yahudi kerana dengan bertapaknya mereka di tanah tersebut mereka bakal menjajah kamu "
CERDIK PANDAI AGAMA MESTI BERTENAGA
Konflik di Myanmar contonya di mana dunia boleh menyaksikan para sami Budha berarak di jalanan membantah cara kerajaan menzalimi rakyat.Mereka berjaya membuktikan bahawa mereka sentiasa di depan di dalam apa jua isu. Para Pendita Yahudi juga adalah tunjang kepada pengembangan idea zionis. mereka adalah latar belakang kepada gerakan zionis antara bangasa. Mereka merancang berbagai-bagai cara bagi memastikan gerakan zionis dapat menembusi mana-mana negara.Memang dunia tahu bahawa Yahudi adalah satu bangsa yang zalim tetapi di atas kegigihan mereka yahudi boleh menguasai ekonomi dunia. Bilangan Yahudi di seluruh dunia amatlah sedikit jika di bandingkan dengan populasi penduduk lain.Hasil kerja keras dan tidak merasa jemu mereka berjaya menguasai pemikiran dunia termasuk negara-negara Eropah.
Kenaikan harga barang, judi bola, APCO, peranan agama dalam pentadbiran dan berbagai lagi isu boleh diambil kesempatan untuk para cerdik pandai Islam menampilkan diri. mereka seharusnya tidak hanya menumpuka pengajar ilmu di masjid atau hanya menulis buku. Masyarakat tidak akan dapat menyaksikan perubahan ke arah Islam yang syumul jika kita hanya bergerak dilandasan terdisional. Di zaman kebangkitan rakyat di zaman inggeris contohnya kita boleh melihat bila mana tok-tok guru sentiasa berada disaf-saf hadapan untuk menggerakkan kesedaran dan kefahaman Islam.
HARIAN SINAR 10/6/2010
Kakitangan penguatkuasa di rasakan perlukan lebih pendedahan agar mereka tidak kekok. kami percaya maksiat di Langkawi akan berkurangan jika operasi seperti ini dapat di lakukan dari masa ke semasa bahkan perlu di kerapkan lagi. penguatkuasa derah Langkawi juga perlu di tambah supaya kerja penguatkuasaan dapat di pertingkatkan. buat masa ini langkawi hanya memiliki 2 orang penguatkuasa. Penguatkuasaan juga sekali sekala perlu di lakukan pada waktu siang.Ini bertujuan untuk memberi tahu kepada orang awam yang mereka sentiasa di perhatikan oleh Jabatan Agama.

APABILA ARTIS DI JADIKAN IKON
Ini adalah antara gelagat artis yang dapat kita saksikan saban hariSaya pernah suatu ketika berdialog dengan seseorang yang berumur lingkungan 40an. Katanya, Malaysia adalah negara bertuah, kerana diberi ruang dan peluang yang secukupnya. Kalau nakkan amar ma'ruf kita ada banyak masjid dan kalau kita nakkan hidup berseronok kita juga ada disko dan tempat berjudi. Saya bertanya kepadanya dimanakah dia belajar tentang cara hidup yang demikian. Dengan nada marah dia berkata "ikut suka hatilah cara mana seseorang nak pilih cara hidup".
Adegan berpeluk cium di dalam filem tiada siapa yang ambil tahu atau menegurnya. Para mufti pula hanya berani mengatakan haram dari jarak jauh. Menteri agama pula sibuk dengan jawatannya. Bahkan bab judi pun langsung tidak kedengaran bangkangan dari beliau. Pangkat adalah segalanya. Duduknya menteri agama di situ adalah digunakan untuk menghalalkan sesuatu perbuatan yang haram, mereka lantang sewaktu menjadi penceramah bebas tetapi bisu bila memegang jawatan. Benar kata nabi "sejahat-jahat manusia adalah ulamak yang cintakan dunia". Para mufti pula takut menunjukkan taringnya. Cara yang terlalu lembut menyebabkan pemerintah tak ambil peduli apa yang mereka perkatakan. Akhirnya umat Islam menjadi semakin hancur. Arti bebas berpeluk atas nama filem dan demi untuk melariskan filem. Jika mahu filem nampak real adegan juga mesti real. Pada artis tiada tanda haram. Ini kerana ada pihak yang menjaganya. Para ulama perlu menzahirkan keberanian mereka jika tak mahu di persalahkan. Tidak cukup hanya berkata haram tetapi hendaklah bersemuka dengan mereka yang menganjurkan kerja merosakkan masyarakat. Ulama hendaklah berganding bahu dalam mendidik masyarakat. Ulama yang berani akan menggerunkan kerajaan yang ego.
UMAT KAYA , ISLAM TAK DI BELA
" Kalau Islam di bela umatnya akan terbela tetapi kalau umatnya di bela belum tentu Islam terbela".Apakah masih ada umat Islam yang berfikiran seperti ini. Kalau ada sudah pasti tiada Islam berada di kemuncaknya. Apakah sekarang Islam berada di kemuncak atau kekayaan yang berada di kemuncak.
GEMPUR PEMINUM ARAK BERSAMA JABATAN AGAMA DAN TV9
Kelihatan berbelas tin arak di atas meja. Penguatkuasa tak dapat membuat tangkapan kerana peminum lari lintang pukang sebaik menyedari kehadiran kami.


Pantai cenang yang sememangnya tenang kepada para pelaku maksiat melakukan maksiat adalah lokasi operasi kami pada malam tadi 7hb. Jun
Gambar di atas kelihatan TV9 turut menyertai operasi kami kami pada malamtersebut.
Pertama kali kami melakukan kerja2 menangkap mereka yang melakukan maksiat dan minum arak di sertai oleh stesen tv. Selain tv9 kami juga disertai oleh dua orang kuat PAS langkawi selaku Ahli Majlis Langkawi. Saya meminta mereka menyertai kami agar mereka boleh melihat sendiri premis yang menjual arak tanpa lesen dan beroperasi lebih masa. 2 buah kedai arak yang kami serbu malam tadi mendapati tiada lesen di keluarkan dan nampaknya mereka beroperasi tanpa lesen selama bertahun-tahun. Yang amat menyedihkan bila mana orang melayu beragama Islam yang menjaja arak ini kepada para pengunjung. Kelihatan juga mereka yang bertudung minum di bar tersebut. walau pun mereka tak minum arak tetapi mereka menggunakan cawan yang sama untuk minum.
ANTARA KEGANASAN YAHUDI DAN KESELESAAN UMAT ISLAM.

"Bila pakcik nak turut serta dalam dakwah lapangan. Di kawasan kita sendiri pun tak dak sapa yang peduli. Kuliah agama banyak tapi masyarakat kuai rosak. Anak-anak orang islam teruk sangat dah hinggakan tiap-tiap hari kita tengok dalam surat habaq ada pembuangan bayi. Lagu mana kita nak bawa anak muda kembali ke pangkal jalan?" Dakwah apa depa bukan tak tau yang depa buat tu adalah salah. Tiap-tiap hari ada kuliah agama tapi depa tak mau mai. Yang penting kita jaga keluarga diri sendiri. Depa nak rosak biaq pi lah.Habih tu takkan kita nak biaq depa rosak sedangkan depa anak orang Islam. Allah suruh kita berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Hari ini nampaknya orang masjid hanya buat kebaikan tapi tak cegah kemungkaran. Akibatnya maksiat mengatasi orang ke masjid dari segi nisbah.Adakah dengan hanya memerhati dan mengeluh masalah maksiat akan hilang? Allah pilih bumi Palestine dan rakyatnya untuk mati syahid. Mereka di tindas namun nereka terus segar dalam mempertahankan maruah dan tanah air. Di Malaysia pula Allah hanya minta kita berhadapan dengan maksiat itu pun kita tak mampu.Inilah antara topik perbualan saya dengan seorang pakcik yang saya jemput pada suatu petang untuk menjemput seorang ustaz yang akan mengadakan kuliah di surau kami. Beliau sangat rajin dalam menuntut ilmu bahkan akan hadir di setiap kuliah agama di sekitar Kuah. Kuliah agama yang menyentuh berbagai topik hanya di jadikan ilmu dan seterusnya di simpan di dada. Apakah begitu rupa bentuk Islam? Belajar, beramal dan di sebarkan itulah disiplin Islam yang sebenar. Apabila Allah menurunkan Islam melalui malaikat Jibril maka tanpa berlengah Nabi SAW terus menyebarkannya.
HANTARAN KAHWIN PENDORONG PERZINAAN
Saya simpati dengan remaja ini. Dia mahu masuk Islam tetapi Islam yang dia faham telah menangguhkan dia untuk masuk Islam. Apaka Islam memang menetapkan mas kahwin yang amat mahal. Setakat yang saya belajar Islam tidak menyusahkan umatnya. Di zaman para sahabat contohnya ada di antara para sahabat yang menggunakan senaskah AL QURAN sebagai hantaran. Mereka berjaya menonjolkan ajaran Islam yang tidak membebankan. Mengapa amalan ini tidak lagi di terjemahkan di zaman ini? Ajaran Islam seolah-olah mahu di samakan dengan lain-lain agama. Ada ajaran agama yang menetapkan kahwin mahal hatta bila mati pun mahal.
Tidak boleh di nafikan bahawa hantaran kahwin yang mahal adalah penyebab kepada berlakunya kahwin sebelum akad nikah. Bukan semua orang mampu mencari belanja hingga mencecah RM9000. Apabila tidak mampu mencari wang sebanyak itu maka berlakulah perzinaan dan lahirlah anak luar nikah dan kemuadian lahir pula pembunuh yang lebih zalim dari Firaun. Di zaman manusia tidak mampu mengawal nafsu dan maksiat keliling pinggang para ulama hendaklah mencari jalan untuk mengelakkan manusia terjun ke lembah perzinaan.

LANDAS BERSAMA JHEAINK OPERASI MINUM ARAK DAN MAKSIAT








KEMPEN BEBASKAN PALESTINE

Yahudi berjaya menanam sikap kebencian bangsa lain untuk membenci Islam tetapi umat Islam tidak mengambil iktibar di atas apa yang dilakukan oleh mereka. Umat Islam suka mengambil sikap tunggu dan lihat. Sikap ini amat merbahaya kerana kita memberi ruang dan peluang kepada musuh Islam untuk menyebarkan propaganda anti Islam. Tanpa merasa jemu mereka terus menyusun langkah untuk terus menghancurkan Islam. Mereka menggunakan kaedah pelbagai. Mereka mencipta berbagai propaganda. Mereka menggunakan umat Islam sendiri dengan menggoyahkan keyakinan terhadap agama sendiri dan mencipta fitnah menggunakan lojik akal. Mereka juga menggunakan medium licik untuk memasuki ruang negara umat Islam seperti mana yang berlaku ke atas negara kita.APCO dan Asiasoft contohnya bagaimana syarikat ini yang secara terangan di ketahui dimiliki oleh Yahudi tetapi di beri peranan untuk menjaga keselamatan negara.
Majlis menangani gejala sosial pantau pusat hiburan
LANDAS Langkawi telah diberi penghormatan dan dijemput bersama untuk memantau operasi pusat-pusat hiburan di sekitar Langkawi, pada malam 28 Mei 2010. Pemantauan ini adalah susulan dari mesyuarat majlis menangani gejala sosial di Pejabat Daerah Langkawi pada 20hb April yang lepas. LANDAS yang di wakili oleh Pengerusinya saudara Mohamad Ali Abdullah telah dipelawa untuk menjadi ahli majlis tersebut. Fungsi Majlis tersebut ialah untuk memantau pusat-pusat hiburan yang beroperasi lebih masa, demi untuk memastikan tiada pengusaha pusat hiburan yang melanggar undang-undang. Penubuhan Majlis tersebut juga berfungsi untuk mengambil maklumat dan memberi peringatan kepada pengusaha pusat hiburan yang degil bahawa lesen mereka akan ditarik balik jika di dapati mereka tidak mematuhi undang-undang yang sedia ada.
Kami aktivis LANDAS kurang pasti sejauh mana majlis ini akan berfungsi. Jika benarlah mereka serius melaksanakan pemantauan, gejala mabuk dan rosak ahlak sudah pasti akan berkurangan. pusat hiburan yang beroperasi hingga lewat malam adalah penyumbang terbesar kepada gejala sosial kerana anak-anak muda menjadikan tempat tersebut sebagai tempat menghabiskan masa.
Lawatan ke pusat-pusat hiburan pada malam tersebut disertai oleh Ahli Majlis Derah, Pegawai Agama Langkawi, Ketua polis Daerah Langkawi, Imigresen dan Rela. Hasil dari lawatan tersebut kami mendapati masih ada pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen atau lesen telah tamat tempoh. Ada juga pusat hiburan yang beroperasi tanpa ada dokumen dari PBT. Agak menghairankan bagaimana PBT boleh membiarkan pusat hiburan yang tiada lesen untuk beroperasi.
Ada juga pusat hiburan yang di penuhi oleh polis. Di Nagoya contohnya dimana tempat tersebut telah dilevelkan sebagai kawasan hitam kerana tempat yang agak tersembunyi. Kami menemui 7 orang anggota polis yang sedang rancak berkaraoke bersama seorang perempuan. Ssahabat saya yang merupakan seorang ustaz telah menemui mereka dan memberikan sedikit nasihat tentang pergaulan bebas.
Dengan nada sombong anggota polis tersebut berkata "bagaimana hendak bercinta kalau tak boleh berkawan dan saya tak puas hati kerana saya tak bersalah". Anggota polis sering kali merasakan bahawa mereka bebas berbuat apa sahaja. Status sebagai polis agaknya mereka merasakan bahawa mereka adalah orang yang paling berkuasa kerana mereka adalah pelaksana undang-undang. Sebagai polis mereka sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat. Jangan sampai mereka menjadi bahan cemuhan kerana perbuatan mereka sendiri. Kami juga sering bertemu anggota polis semasa dalam dakwah lapangan. Polis yang berkelakuan buruk tidak akan mampu menjadi pelindung masyarakat sebaliknya akan menjadi punca membiaknya gejala samseng dan jenayah.
APABILA SYAITAN MENJELMA MENJADI MANUSIA
Mahluk berbaju merah ini adalah anggota polis yang kalau tak silap berpangkat sarjan.
Malam 21hb yang lepas apabila para aktivis LANDAS pergi ke sebuah pusat hiburan di Jeti Point. Tanpa di sangka-sangka kami terserempak dengan dua orang polis yang berkaraoke dengan beberapa orang wanita. Saya amat kenal dengan polis tersebut. Mungkin dia tak kenal atau lupa siapakah saya. Saya mengenali beliau sewaktu saya dan rakan2 membantu rukun tetangga menyerahkan kumpulan remaja lelaki dan perempuan kerana berkurung dalam kedai yang kosong. Sewaktu di balai saya menyangka bahawa polis ini seorang yang beramal dengan Islam. Ini kerana dia mengeluarkan kata-kata yang berbunyi " kamu ni memalukan orang Kelantan yang terkenal dengan serambi Mekah". Ini kerana salah seorang remaja yang di tangkap berasal dari Kelantan.Sebelum ini pun saya tak pernah percaya bahawa ramai anggota polis yang menjadi penunggu kepada tempat maksiat sehinggalah saya sendiri menyaksikan apa yang menjadi buah mulut orang ramai. Agaknya itulah sebab pusat hiburan di Langkawi boleh beroperasi hingga ke pukul 4 pagi. Apa sudah jadi dengan mereka yang melaksanakan undang-undang. Bak kata orang " harapkan pagar,pagar makan padi". Timbul rasa geram yang membuak-buak sebaik sahaja melihat mereka berada di situ.
" Yang tua lebih-lebih lagi kena beringat kerana mati tak mengira tua atau pun muda. Jangan sampai kita mati di saat kita melakukan maksiat kepada Allah" . Itulah kata-kata sindiran yang saya lemparkan kepada polis tersebut. Kelihatan dia agak malu lalu beredar ke tempat yang agak jauh dari kami. Dia kelihatan tidak selesa dengan kehadiran kami. Saya bertanya kepada pemilik karaoke tersebut adakah polis tersebut yang menjadi pelindung kepada karaoke di Langkawi. "Saya kenal siapakah orang ini" kata saya kepada pemilik karaoke tersebut.
Mengapa harus ada manusia yang menjadi dalang kepada ibu segala kejahatan. Mereka boleh menyerupai bermacam-macam mahluk. Yang paling malang ialah apabila mereka boleh menyerupai mahluk yang baik sedangkan mereka adalah mahluk perosak.
MALAS,SELESA PUNCA UMAT ISLAM SAKIT AHLAK DAN DI HINA
Kalau semasa di dalam kristian beliau mengimpikan syurga yang kelas pertama beliau masuk ke dalam Islam juga mengimpika syurga yang sama melalui jalan dakwah. Bukanlah pendakwah berdakwah kerana mengharapkan syurga tetapi Allah telah menjanjikan syurga yang tinggi kepada mereka yang gigih dalam mengembangkan seruannya. Takkan sama nialai amalan seseorang di sisi Allah. Syurga Firdaus adalah syurga yang paling tinggi untuk umat yang mati syahid kerana menyamoaikan atau mempertahankan kalimah Allah. Firman Nabi SAW tentang mati syahid " barang siapa yang dapat beramal dengan sunnah ku di akhir zaman maka dia akan mendapat pahala 100 mati syahid" . Mati syahid bermakna terkorban sewaktu mempertahankan agama Allah. Begitulah cabaran getir yang di hadapi oleh umat islam yang mahu beramal dengan Islam. mereka akan berhadapan dengan rintangan yang besar.Inilah tugas besar yang terpaksa di hadapi oleh pendakwah jika mengidamkan mati syahid.Untuk mengembalikan kegemilangan Islam bukanlah perkara mudah kerana ia bakal menghadapi berbagai mehnah yang kadang-kadang ada yang kecundang.
KARAOKE LANGKAWI FAIR
Kami menghampiri seorang wanita yang agak seksi yang sedang menunggu rakannya. Kami meminta kebenaran untuk duduk di depannya.Setelah kami memperkenalkan diri kami juga ingin mengetahui nama beliau. "Farah" itulah nama yang di perkenalkan kepada kami. Selama lebih kurang setengah jam kami berbual dengan beliau. Antara yang kami sampaikan kepada beliau ialah " kemuliaan seorang wanita". Kami memohon kebenaran untuk datang ke rumahnya jika beliau tidak keberatan. Tanpa ragu-ragu gadis ini sedia menerima kedatangan kami ke rumahnya pada bila-bila masa.
DAKWAH KEPADA PEMILIK KARAOKE
Setelah berbagai usaha di lakukan untuk menghalang pengusaha karaoke dari terus ingkar kepada undang-undang PBT gagal, saya menukar pendekatan dengan memperkenalkan Islam kepada pemilik karaoke ini. Pemilik asal karaoke ini telah meninggal dunia yang juga merupakan abang kepada pemilik sekarang. Beliau berasal dari Pulau Pinang.
Pada awalnya saya bertanya apakah agamanya dan bagaimanakah pegangan agama Budha. Setelah beliau selesai menceritakan apakah itu Budha saya pula menerangkan apakah itu Islam.Beliau merasa selesa dengan Islam yang saya terangkan.Insya Allah saya akan mendapatkan buku-buku bacaan yang ringan tentang Islam sebagai permulaan untuk beliau mengenali Islam.Langkah seterusnya ialah saya akan mengajak beberapa orang sahabat dari kaum Tiong hua yang telah memeluk agama Islam untuk mendekati beliau. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada beliau.
AKTIVITI PADA MALAM JUMAAT 20/5/2010PUSAT HIBURAN MASIH BEROPERASI HINGGA LARUT MALAM
Kelihata aktivis LANDAS melemparkan senyuman menggambarkan kemesraan dalam berdakwah. Hanya kata-kata nasihat yang dapat kami berikan.
Karaoke Langkawi Fair menjadi tempat tarikan utama kerana tempatnya yang agak tersembunyi. Kelihatan remaja ini sedang membaca risalah yang kami beri.Risalah yang bertajuk "pelihara auratmu" antara risalah yang akan kami bawa ke mana saja kami pergi
LANDAS DALAM HARIAN SINAR 15/5/2010
Bukan sahaja di Lubuk Semilang tetapi di lain-lain tempat di Malaysia amnya, saya yakin tempat yang menjadi tumpuan ramai dan sunyi telah dijadikan lubuk maksiat oleh remaja yang telah dirasuk nafsunya. Gelagat remaja hari ini seolah-olah mereka menjual diri. Mungkin ada orang di luar sana yang tidak setuju dengan pandangan exstrem saya ini tetapi jika diselami akan gelagat mereka di lapangan maka kita akan mendapat gambaran apa yang saya maksudkan. Remaja wanita seakan-akan berebut-rebut menjaja dan mempamerkan aksi tidak bermoral mereka untuk menarik perhatian remaja lelaki. Di akhir zaman ini si lelaki telah menjadi rebutan sang wanita.
Walau apa pun yang berlaku seperti gejala leka dan seronok maksiat yang berlaku hari pada hari, saya tetap menyalahkan masyarakat Islam sendiri. Mereka juga adalah punca kepada berkembang pesatnya sindrom mencemar kesucian agama.Mereka hanya memerhati. Sikap ini tanpa di sedari telah memberi laluan kepada ajaran yang menjauhkan diri dari agama Allah. Kami telah di jadikan tempat mengadu akan segala masalah seolah-olah kami adalah orang yang bertanggung jawab sepenuhnya ke atas gejala songsang ini. Dalam kesempatan itulah saya menerangkan kepada mereka bahawa kerja mengajak dan menghalang munkar adalah kerja semua orang Islam. LANDAS yang hanya memiliki beberapa orang aktivis takkan mampu bergerak tanpa orang ramai turut melibatkan diri.
APABILA PEMIMPIN MENJADI JALANG AMAR MA'RUF
Kemana perginya Pak Menteri yang menguruskan hal ehwal agama? Kalau dahulu semasa menjadi penceramah bebas beliau pandai bercakap hal amar ma'ruf nahi munkar tetapi bila naik jadi menteri semuanyanya menjadi ma'ruf. dari dulu hingga sekarang pemimpin agama hanya memerhati kemungkaran yang dianjurkan oleh pemimpin yang lebih berkuasa. Sekali lagi rakyat yang cintakan Islam di hina. Mereka menghalang syariat Islam dari diamalkan dengan cara mewujudkan sesuatu yang boleh melelaikan orang Islam. Lihat saja di kaca-kaca tv hari ini dimana artis terkinjal-kinjal berseronokan. Tak cukup dengan terkinjal-kinjal mereka diberi hadiah yang lumayan agar mereka lebih cemerlang dalam melakukan kemungkaran. Dengan keseronokan yang tiada batasan maka manusia mudah terdedah kepada kemungkaran.
Menteri agama seharusnya meletakkan jawatan kerana penghinaan ini. Apa maknanya mereka menjadi menteri yang menguruskan hal ehwal agama jika pandangan mereka dibakul sampahkan. Adanya Menteri di kerusi tersebut telah menjadi satu beban fitnah kerana rakyat yang jahil akan mengatakan semuanya benar kerana menteri gagal memberi komen atau peranan yang berkesan. Mengapa negara umat Islam masih memiliki pemimpin yang jahil. Adakah Malaysia telah kehabisan pemimpin yang amanah dan soleh?
Dengan perkembangan yang semakin mencabar, umat Islam seharusnya meninglatkan aktiviti dakwah. Beranikan diri keluar rumah dalam memberi kesedaran kepada masyarakat. Pendakwah janganlah ada rasa penat dan letih jika mahu Islam dijulang. Perasaan jemu dan letih hanya akan membuka ruang kepada mereka yang berfikiran sekular mengembangkan dakyah mereka.
Judi adalah ibu kepada segala jenayah. Mereka yang kaki judi akan menghabiskan masa di meja judi. Mereka juga terdedah kepada meminjam wang dari along atau samseng yang sentiasa mengambil kesempatan ke atas mereka yang terdesak. Anak isteri juga bakal menjadi mangsa kaganasan rumah tangga.
Pemimpin seharusnya memikirkan alam kubur yang bakal mereka diami dek kerana perbuatan mereka yang melampau batas semasa di dunia. Duit yang banyak tak akan mampu menjadi penyelamat di alam kubur. Nama mereka juga bakal menjadi bahan cacian orang seandainya mereka meninggalkan sesuatu yang merosakkan umat.
JABATAN AGAMA LESU PENYEBAB GEJALA MAKSIAT
DUNIA SUDAH TERBALIK
" ooh mudah saja caranya ialah yang di depan itu betina dan yang di belakang itu jantan. Buktinya " yang jantan akan mengekori ke mana saja yang betina pergi" kata-kata arwah P.Ramli yang tidak disangka akan terjadi di zaman kita hari ini. Kalau dahulu si lelaki menggunakan berbagai kaedah untuk memikat wanita tetapi hari ini wanita pula menggunakan kaedah tersebut untuk menarik perhatian lelaki. Situasi ini berlaku mungkin di zaman P.Ramli lelaki lebih ramai dari wanita tetapi kini wanita telah mengatasi bilangan lelaki berlipat kali ganda. Justeru tak hairan kemungkaran semakin hari semakin berleluasa oleh kerana wanita telah menggadai maruah diri hanya kerana untuk mendapatkan lelaki. Sanggup ditiduri dan diheret kemana sahaja asalkan dapat menawan hati seorang lelaki. Dunia rosak angkara wanita yang tercari-cari lelaki untuk menjadi teman hidup samada untuk kekal mahu pun sementara.
Pengalaman kami aktivis LANDAS yang menjadikan dakwah lapangan sebagai rutin harian kehidupan realiti ini kami temui kemana sahaja kami pergi. Realiti ini sudah menjadi trend remaja masa kini. Mereka sudah hilang rasa takut dan malu kepada lelaki. Wanita seorang berani bersiar-siar bersama tiga orang lelaki dan sanggup dibawa ke mana sahaja. Barangkali ini yang diperjuangkan oleh Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga serta SIS. Hak kesamarataan inilah barangkali yang dicari-cari oleh mereka yang bergelar wanita. Kalau lelaki diharuskan berkahwin empat mengapa wanita pun tidak boleh. Mereka telah mengikuti hawa nafsu yang ada pada diri seorang wanita. Nafsu 9/1 jika di bandingkan dengan lelaki memang mustahil untuk dikawal jika tidak disaluti dengan iman yang kukuh.

