Aktivis LANDAS menggunakan pendekatan “HEMOI” dalam menyampaikan misi kepada pengunjung karaoke di Langkawi Fair. Memberi salam dan memeluk mereka.
Permasalahan dan Penyelesaian Dakwah
Dakwah melalui ceramah dilaksanakan di zon selesa seperti di masjid, surau, dewan seminar, ceramah perdana, forum perdana, dewan kuliah dan seumpamanya, malah dakwah ini berlangsung setiap hari, namun persoalan utama yang bermain di fikiran saya ialah, komitmen umat terhadap masa depan Islam tidak menunjukkan perubahan yang signifikan dari masa ke semasa.
Malah, ada yang berpendapat bahawa umat Islam semakin jauh dari agamanya. Berada di lokasi mungkarat yang tidak dikunjungi oleh para pendakwah dan ulama’ menyebabkan jiwa saya semakin merekah, hati saya semakin meretak. Hal ini patut menjadi renungan kita bersama – apa yang menjadi kemandulan para pendakwah dan ulama’ untuk membiak di lapangan realiti masyarakat yang dikerumuni oleh mungkarat dan ma’siat?
Inilah yang menjadi fokus utama program “LANDAS” bersama pendakwah dan ulama’ menjelajah di seluruh negara, melihat sendiri situasi sebenarnya. Sudah sampai masanya kita melangkah dan bertindak secara praktikal. Berada di lokasi kehidupan mereka yang tersasar dan terjebak. Mendekati mereka cara berhemah dengan penuh hikmah dan membawa mereka pulang ke pangkal jalan. Tidak timbul sesuai atau tidak di lokasi tersebut, jangan bagi pelbagai alasan sebelum beraksi. Kita terlalu banyak membuat alasan tak sesuai dan tidak boleh. Akhirnya kita hanya berbicara dalam ruang lingkup zon selesa dan tidak berpijak di bumi nyata. Petah berbicara di forum perdana dan ceramah perdana.
Kegiatan untuk memperkuat komitmen aktivis LANDAS kepada gerakan dakwah lapangan seperti yang dilaksanakan oleh Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) ketika ini. Kami berharap dakwah yang dilakukan oleh para pendakwah dan ulama’ muda, hendaknya betul-betul dapat mencerdaskan umat serta menyejukkannya sehingga persoalan gejala sosial yang sudah sangat merosot ketika ini dapat diatasi. Saya juga mengharapkan agar organisasi-organisasi dakwah dan NGO-NGO Islam dapat bergabung dan bekerjasama yang sesuai dengan tugas dan fungsinya masing-masing.
Kita juga telah mengadakan bengkel pemantapan dakwah dan acara brain storming kepada aktivis dakwah dalam bentuk konsep perubahan. Kita juga perlu mengikuti langkah-langkah perubahan dengan konsep berubah dan merubah. Kita juga mengharapkan supaya gerakan dakwah bersepadu perlu perubahan, bila tidak ada perubahan berarti kematian. Oleh karena itu untuk melakukan perubahan ini perlu pencerahan seperti yang telah kami lakukan. Masih terdapat para pendakwah dan ulama’ bergerak dalam ruang internal yang fantasi, sedangkan ekstenal adalah persoalan yang terdapat pada dunia realiti umat. Kita juga membicarakan pengurusan dakwah, metode dakwah, wawasan dakwah sebagai prasarat bagi pendakwah dalam berdakwah.


Aktitivis dan pelatih LANDAS menyusuri lorong-lorong dalam usaha menjejaki anak muda yang melepak.
LANDAS Langkawi sambut baik cadangan Dr Mohd Asri Zainul Abidin
LANGKAWI - LANDAS Langkawi menyambut baik keinginan bekas Mufti Perlis mengatur program ‘ulama turun padang’ memasuki pusat hiburan untuk berdakwah kepada golongan muda termasuk di kalangan artis tempatan. Kami amat berbesar hati dan berbangga jika semua para da’i dan murabbi dapat bersama-sama beraksi di lapangan dan tidak hanya beraksi di zon selesa untuk menerangkan keindahan Islam. Aktivis LANDAS telah dua tahun menjalankan aktiviti dakwah mendekati remaja atau mereka yang menghabiskan masa di tempat-tempat maksiat di Langkawi, Sungai Petani, Alor Star, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan lain-lain tempat lagi.
Sudah sekian lama dakwah melalui ceramah dan pengajian kitab dilaksanakan di zon selesa, dalam lingkungan masjid, musalla, dewan seminar, forum perdana, ceramah perdana, bilik kuliah dan seumpamannya, malah pengajian ilmu Islam berlangsung setiap hari. Begitu juga masjid dan surau tidak akan lepas peluang mengadakan sambutan perayaan hari kebesaran Islam seperti ma’al hijrah, isra’ mi’raj, maulidur-Rasul, nuzul Qur’an dan sebagainya. Para pendakwah juga tidak akan menolak sebarang jemputan ceramah kecuali telah berlaku pertindihan jadual. Panitia program juga akan memberikan wang saku kepada penceramah atas kesanggupan mereka yang menerima undangan.
Malang sekali para pendakwah lapangan akan berkorban harta benda dan wang saku untuk berjuang di lapangan untuk menyampaikan mesej dakwah, mendidik dan mengajak mereka pulang ke pangkal jalan. Masuk ke lorong-lorong, pusat-pusat hiburan, disco, kafe bar dan tempat melepak anak muda Islam. Lokasi ini tidak selesa, panas, penat dan terkadang berhadapan dengan bermacam-macam risiko. Tidak ada siapa pun yang ingin menghulur derma dan bantuan fi-sabilillah demi mempertahankan maruah Islam.
Kebanyakan umat Islam hari ini teraba-raba dan tercari-cari kemana arah mereka hendak pergi membawa diri. Keadaan ini amat menunutut umat Islam yang faham Islam datang kepada mereka dan seterusnya menyajikan cara hidup Islam. Umat Islam yang sayangkan rakan seagama tidak sepatutnya membiarkan mereka terus hanyut dan sesat tanpa petunjuk dan bimbingan. Kita membiarkan mereka terhoyong-hayang. Masyarakat tidak akan jadi baik tanpa kita menunjukkan mereka jalan keluar dari lembah kehancuran dan memandu mereka ke jalan kebenaran.
Islam tidak akan cemerlang dan gemilang jika umat Islam sendiri tidak bekerja untuk Islam dan hanya beraksi di dunia fantasi, tanpa menjenguk ke alam realiti yang lebih luas. Umat Islam hari ini amat mengharapkan Hassan Al-Banna yang kedua muncul, sanggup memasuki pusat-pusat hiburan dan simpati ke atas mereka yang rosak akhlak Islamnya. Kami aktivis LANDAS sangat mengharapkan agar lebih ramai cerdik pandai Islam yang sanggup meluangkan sedikit masa untuk terjun ke kelompok mereka yang buta mata dari melihat cara hidup Islam yang terbaik.
Kita mesti mempelbagaikan metod dan uslub dakwah dalam usaha meramaikan jamaah masjid dan surau. Dengan cara kita bergerak di luar masjid. Bersama-samalah kita bergerak demi untuk Islam dan umatnya. Kami mengajak seluruh para da’i dan murabbi, marilah bergabung dengan kami berdakwah di lapangan. Jangan tunggu sampai dah tak boleh mengajar di Masjid, Surau dan tempat-tempat tertentu baru kita nak turun berdakwah di lapangan. Ingatlah wahai kalian … Kita mulia kerana Islam.
KONSERT DI PEKAN RABU, LANGKAWI
Antara konsert di pekan Rabu yang sempat kami rakam kan. Selain di Pekan Rabu, konsert juga diadakan di Awana Photo Malai, tempat berlangsungnya pameran kapal. Samada betul atau tidak saya telah difahamkan bahawa konsert ini adalah mengikut garis panduan. Kalau tak betul maka menteri yang menganjurkan pameran LIMA 2009 jualah yang tidak bercakap benar. Kalau benar konsert ini mengkut garis panduan mungkin mereka terlupa sepotong ayat Al Quran yang bermaksud " haram bagi wanita yang memakai gelang di kakinya lalu dia menghentakkan kakinya lalu membunyikan gelangnya itu dengan tujuan untuk menarik perhatian orang untuk melihatnya".





