LIMA 2009 Fiesta
CC Cafe di Pokok Asam
Suatu ketika saya pernah di beritahu oleh salah seorang Ahli Majlis bahawa pemilik premis ini pernah memohon lesen untuk beroperasi sebagai cafe. Kurang pasti samada telah mendapat lesen tetapi yang pasti ia telah beroperasi. Maklum tahu bahawa premis seperti ini lah yang berpotensi menjadi sarang pelacuran,samseng,judi dan arak tetapi mengapa masih di beri kebenaran kewujudannya. Saya amat pasti bahawa ada tempat di kawasan pekan Kuah akan menjadi kawasan hitam jika pihak berkuasa tidak membuat perancangan yang betul dalam mentadbir daerah kecil ini.
The Best Cafe Kelana Mas
Usrah LANDAS Langkawi.
Aktivis membantu penguatkuasa awam membuat serbuan ke atas pasangan yang berkhalwat di pantai Cenang
Pelajar sekolah di Disko Enikma
"Senyum" adalah salah satu cara aktivis menyampaikan dakwah. Jam pukul 2 pagi kami menemui sepasang remaja di tepi pantai
Babylon Bar
Bar di pantai Cenang yang menjadi tumpuan pemabuk Melayu dan bukan Islam. Jika anda berada di sekitarnya ada akan merasakan yang anda berada di Hawai. Di sini mereka bebas berpelukan. Bar ini beroperasi sehingga ke pukul 3 pagi. Kesemua premis jenis ini kepunyaanorang Melayu
Landaslangkawi di Pantai Cenang pd 13hb.2009
MESYUARAT “GEMA” LANGKAWI
LANGKAWI - Mesyuarat Gerakan Masyarakat Basmi Arak oleh gabungan NGO Islam Langkawi di Masjid Kelibang. Antara NGO yang terlibat ialah, TERAS, ABIM, LANDAS, PERDAH dan PERKIM. Hasil mesyuarat telah menamakan gerakan ini sebagai GEMA. Gema bakal menggoncang bumi Langkawi. Keputusan mesyuarat bersama telah merangka cadangan untuk mengadakan dailog degan Ketua Polis Langkawi, Majlis Daerah Langkawi, Pejabat Daerah Langkawi dan seterusnya mendapatkan tandatangan dari penduduk tempatan supaya arak dinyahkan dari bumi Langkawi. Kempen kesedaran seperti mengedar risalah kepada masyarakat Islam tentang larangan Hadis Nabi s.a.w. mengenai 10 perkara yang yang apabila mereka lakukan melayakkan mereka tergolong di dalam mereka yang minum arak. Pihak LANDAS mencadangkan supaya kempen ini di buat secara agresif.
Kewajipan patuhi amar makruf nahi mungkar...
Malah, yang lebih menariknya ialah amalan amar makruf nahi mungkar adalah antara ciri utama sebagai umat yang terbaik. Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah SWT (dengan sebenar-benar iman).”– (Surah Ali Imran, ayat 110). Bertitik tolak dari sini, umat Islam wajib menginsafi bahawa mereka sebenarnya bertanggungjawab untuk melaksanakan kewajipan amar makruf nahi mungkar dalam konteks kehidupan seharian, selain menunaikan amalan fardu seperti solat, zakat, puasa dan haji.

Dalam al-Quran, Allah SWT menjelaskan dengan terang mengenai perkara yang dihalal dan diharamkan kepada umat Islam. Oleh itu, amar makruf nahi mungkar wajib dilaksanakan selaras dengan apa yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Contohnya, kalau Allah SWT mengharamkan judi, riba, arak, kezaliman, fitnah memfitnah dan sebagainya, maka janganlah dibiarkan amalan itu dilakukan dan seterusnya merebak dalam masyarakat Islam. Ini kerana ia jelas larangan Allah SWT. Ringkasnya, apa saja perbuatan ditegah Islam adalah wajib dihalang dan dicegah agar tidak merebak dalam sesebuah masyarakat.
Jaga Diri N Hiasi Peribadi..
Oleh :iLa shuhaiLa
Aktiviti Landas Langkawi sedang berkomunikasi di lapangan menyampaikan dakwah bil lisan dan mengedar risalah panduan cara hidup Islam
Read MoreRestoran yang menghidangkan arak di Kg. Kuala Teriang.
Restoran orang bukan Islam di perkampungan orang Melayu menghidangkan arak sebagai menu utama. Sikap orang melayu yang terlalu baik hati dan bertoleransi tidak bertempat menyebabkan orang bukan Islam tidak menghormati orang Islam.
10 GOLONGAN YANG DILAKNAT
1-orang yang memerah arak
2-orang yang diminta arak diperah untuknya
3-orang yang meminumnya
4-orang yang membawanya(arak)
5-orang yang meminta dibawa arak kepadanya
6-orang yang memberi minum arak kepada orang lain
7-orang yang menjual arak
8-orang yang mendapat hasil daripada arak
9-orang yang membeli arak
10-orang yang meminta dibelikan arak untuknya
(Hadis riwayat Ibnu Majjah dan At-Tirmizi)




