Pengenalan LANDAS

Pengenalan ”Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isu Sosial” (LANDAS) Membanteras Gejala Sosial

Penggerak Membenteras Gejala Sosial merupakan program yang diusahakan oleh sukarelawan Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS), hasil daripada saranan dan inspirasi daripada aktivis LANDAS yang mahukan wujudnya organisasi dan kumpulan tertentu yang terlibat secara aktif bersama mana-mana kerajaan negeri, Jabatan Kerajaan dan NGO yang berminat di dalam memerangi masalah gejala sosial dalam masyarakat.

Urusetia UNGGAS juga akan memberikan Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Dalam Isu-isu Sosial (LANDAS), bertujuan menyedia dan mengupayakan aktivis lapangan untuk bergerak secara aktif membenteras dan memulih gejala sosial yang berlaku dikalangan kelompok remaja dan belia masa kini.

Dengan lahirnya golongan aktivis dakwah lapangan yang aktif dalam isu sosial masyarakat, ini akan mewujudkan beberapa kawasan yang bebas daripada gejala sosial dan maksiat di kalangan komuniti remaja dan belia.Penggerak dakwah juga akan mengikuti Latihan Kemahiran Berkomunikasi dan Berintraksi di lapangan mendekati golongan yang terlibat dengan gejala sosial dan mungkarat di lokasi-lokasi tertentu seperti di tempat-tempat hiburan dan maksiat.

Matlamat

Melahirkan golongan aktivis dakwah LANDAS di kawasan tempatan, yang mempunyai komitmen dan kemahiran dalam menggerakkan usaha secara bersama bagi menangani serta memulihkan masalah gejala sosial dan maksiat di kawasan mereka.

Visi

Aktivis dakwah ini juga menjadi unit rasmi di bawah Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS) yang akan bergerak secara aktif dalam memerangi masalah gejala sosial dan maksiat dalam masyarakat.

Misi

Mengupayakan aktivis dakwah untuk bergerak secara aktif di lapangan dan melaksanakan program-program membanteras dan memulih gejala sosial yang berlaku dikalangan kelompok remaja dan belia.

Etika Aktivis Dakwah

Berkhidmat dengan penuh keikhlasan, kecekapan serta berkualiti.
Menguasai medan dan memahami kelompok sasaran dan isu dengan mendalam.
Menggerakkan usaha perubahan dengan hikmah dan ketegasan dengan menggunakan

kepelbagaian mekanisme dakwah (perubahan).

Menggerakkan inisiatif perubahan dengan bersungguh-sungguh tanpa segan silu melakukan pengorbanan.

Objektif LANDAS

Memberi pendedahan menyeluruh berhubung isu-isu sosial dan maksiat yang berada di dalam masyarakat dan menjadikan kelompok ini sebagai kelompok yang peka bukan pekak terhadap isu yang berlegar di sekitar mereka.

Membina perspektif menyeluruh mengenai keperluan untuk mereka terlibat dalam membenteras gejala sosial dan maksiat di dalam masyarakat.

Membina keyakinan, keberanian dan daya bertindak untuk membenteras masalah gejala sosial dan maksiat yang berlaku dalam masyarakat.

Membina kemahiran berkomunikasi dan berintraksi dengan mereka yang tersasar serta membina kesepaduan gerakkerja yang boleh dilakukan dalam membenteras gejala sosial dan maksiat di dalam masyarakat.

Membentuk sekretariat dakwah yang akan menjadi medan kerjasama NGO-NGO Islam sebagai organisasi sosial yang berkesan membenteras gejala sosial dan maksiat di kalangan remaja dan belia.

Read More

Aktivis Landas Langkawi Turun Padang

LANGKAWI – Latihan Aktivis Dakwah Lapangan Isu-isu Sosial (LANDAS) mendakwa Pihak Berkuasa Tempatan tidak melaksanakan operasi menangani gejala sosial secara serius.


Pengerusi LANDAS Langkawi, Mohd Ali bin Abdullah berkata, LANDAS Langkawi di bawah Urusetia Menangani Gejala Sosial Kerajaan Negeri Kedah yang semakin aktif dalam kerja lapangan ini terus memantau keadaan di beberapa pusat hiburan di pulau ini.


Menurutnya, pusat hiburan di Langkawi masih beroperasi hingga lewat pagi dan senario ini bertentangan kenyataan EXCO berkenaan iaitu operasi itu hanya dibenarkan sehingga jam 12.30 pagi.


“Kami bertanya kepada pekerja pusat hiburan dan mereka memberitahu waktu tamat operasi adalah sekitar jam 5.00 pagi.


“Tetapi EXCO mendakwa tiada pusat hiburan dikenakan tindakan sepanjang Pakatan Rakyat (PR) memerintah kerana mereka mematuhi masa beroperasi, tetapi itu tidak benar,” katanya ketika ditemui di Kuah.


Mohd Ali berkata, apabila diadukan kepada Ahli Majlis tentang perlanggaran waktu operasi kelab hiburan tersebut, mereka saling menuding jari kepada orang lain.

Read More

EKJS (KEDAH) 1988

Pamerkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah di Papan Tanda

LANDAS Langakwi mencadangkan agar Jabatan agama mempamer dan meletakkan papan tanda berkenaan kesalahan salah laku dan yang berkaitan arak ke atas orang Islam. Langkah ini di rasakan amat berkesan untuk mengekang salah laku mereka yang semakin hilang rasa malu berkepit dan minum di khalayak ramai. Mereka merasa seronok melakukan maksiat kemana sahaja walau pun bukan mahram kerana tidak menjadi kesalahan selagi tidak berada di rumah berdua-. Tinjauan LANDAS Langkawi sepanjang berada di lapangan mendapati kebanyakan mereka mengatakan bahawa duduk berduaan walau pun bukan mahram tidak menjadi kesalahan. Apabila di tanya mereka akan menjawab "kami tak buat apa pun". Begitu juga dengan tabiat minum arak yang semakin berleluasa tidak dapat dibendung jika kerajaan hanya memantau tanpa dibuat tindakan yang konkrit. Buat masa ini kerajaan atau ustaz hanya mendidik melalui kuliah agama atau mimbar masjid. Saya tidak mempertikaikan cara itu tetapi dari segi keberkesanannya. Banyak teori yang dibuat tetapi tiada perlaksanaan. Di Kedah contohnya telah pun ada 'Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Tahun 1988' yang memperuntukan


ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH (KEDAH) 1988

(ENAKMEN BIL. 9 TAHUN 1988)

Seksyen 5 : Melakukan perbuatan atau kelakuan tidak sopan di mana-mana tempat awam.

Denda: RM1,000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 9: Khalwat – Mana-mana orang lelaki / perempuan yang didapati bersekediaman atau bersekedudukan atau berkurung atau bersembunyi yang mendatangkan syak melakukan maksiat yang bukan mahram.

Denda : RM2,000.00 atau 1 tahun penjara atau kedua-duanya.

Seksyen 7 : PONDAN – Lelaki berpakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di tempat awam.

Denda: RM1,000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 25 (1) : MINUM ARAK atau sebarang minuman yang memabukkan

Denda: RM5,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 25 (2) : Membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau apa-apa minuman yang memabukkan.

Denda: RM3,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 11 : ZINA

Denda: RM5,000.00 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 12 : MUQADDIMAH ZINA

Denda: RM3,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 14 : LIWAT

Denda : RM3,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Seksyen 16 (1) : HAMIL LUAR NIKAH

Denda: RM3,000.00 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali


Semuanya tidak akan bererti jika enakmen ini hanya di simpan di dalam almari. Sebelum memerintah adalah masa untuk mengkritik tetapi selepas menang sepatutnya masa untuk melaksanakanya. Bersama-samalah kita muhasabah diri.

Read More

KALIMAH ALLAH

Isu Kalimah Allah (الله)


Amal makruf dan cegah mungkar baru bercakap tentang pertahan kalimah ALLAH.

Giatkan kerja-kerja mengajak kepada amal ma’ruf dan menjauhkan yang mungkar jika benar mahu menjaga kesucian kalimah Allah. Masyarakat hendaklah segera disedarkan agar mereka sentiasa menjunjung dan meletakkan kalimah Allah di tempat yang tinggi. Sensitif biarlah lahir dari hati yang rasa sayangkan kalimah Allah bukan kerana terikut-ikut. Merasa tercabar teramat sangat tak akan kemana kerana sebelum ini pun pernah keluar dari mulut pemimpin utama negara yang mengatakan agama Islam tak sesuai diamalkan kerana negara yang berbilang kaum. Kalimah tak sesuai lebih teruk dari mereka yang mahu turut serta menggunakan kalimah Allah. Secara tak langsung ada manusia yang merasakan dirinya lebih bijak dari Allah SWT. Na’uu zubillah. Saya pun tak setuju agama lain menggunakan kalimah Allah dalam agama mereka kerana ia akan memudahkan mereka memurtadkan orang Islam yang jahil. Sebagai umat Islam yang sedar kita hendaklah melipat gandakan usaha dakwah kerana bimbang mereka yang jahil akan menjadi sasaran dakyah. Mereka menggunakan pelbagai mekanisma seperti perempuan, wang ringgit dan harta. Sebelum ini pun ada di antara mereka yang bertaraf anak imam berjaya di murtadkan tetapi apakah tindakan kita?

Read More

MINTA KELUAR GARIS PANDUAN PROGRAM HIBURAN

Suasana sambutan tahun baru di pantai Cenang amatlah memalukan. PBT sepatutnya menjadikn suasan ini sebagai iktibar. tinjauan kami pada malam iyu mendapati tin2 arak memenuhi pantai dan anak muda melayu berpelukan bersama pelancong asing yang kebanyakannya dari eropah dan afrika. Di mana identiti orang Islam?

Read More

Bar orang Melayu di pantai Cenang.


Melayu boleh, Malaysia boleh!
Bar milik orang Melayu ini beroperasi hingga pukul 2 pagi semasa kami melalui kawasan ini. Kenyataan exco bahawa pusat hiburan hanya di benarkan di buka hingga pukul 12.30 malam tidak di endahkan tetapi PBT juga tidak bertindak.Mana yang benar, boleh beroperasi hingga lewat pagi ke atau pun tak boleh. Hanya PBT dan Exco sahaja yang tahu.
Dahulu bar ini bersaiz kecil tetapi kunjungan kami pada Jumaat malam mendapati bar ini semakin besar. Kami pernah menasihatkan pemilik bar ini agar menjaga nama baik Islam dan mencari makan dengan cara yang halal. Bumi ini luas dan rahmat Allah juga luas
Read More

Aktiviti pada Jumaat malam 8hb Jan 2010


Sepasang couple yang kami temui di pantai Cenang pada pukul satu pagi. Gadis ini mengatakan bahawa teman lelakinya meminta izin dari ayahnya untuk membawanya keluar. Begitu spotingnya hati ayah si gadis in.
Read More

Suasana tahun baru di Langkawi

Lebih kurang pukul 11.30 malam kami membuat tinjauan di Pantai Cenang Lokasi tumpuan menyambut tahun baru.Sebelum bergerak ke pantai kami terlebih dahulu meninjau tempat berlangsungnya fun fair. Di kawasan fun fair kami dapati ada pentas untuk mereka yang berbakat menunjukkan bakat mereka. Setengah jam selepas itu kami bergerak ke pantai cenang.Belum pun sampai di pantai kami telah terasa bahang sambutan tahun baru dengan bunyi dentuman tembakan bunga api. Setibanya kami di pantai kami dapati pantai penuh sesak di penuhi oleh berbagai keturunan manusia.Dasyat dan sungguh dasyat apabila kebanyakan mereka yang mabuk berpelukan dan bercumbu tanpa memperdulikan orang lain.Kebanyakan pengunjung adalah awang hitam,awang putih.Langkawi di landa tsunami arak dan tsunami keruntuhan ahlak.









Read More