Berjaya Staff Quarters

Kuarters pekerja hotel Berjaya yang kami tinjau malam 28hb Nov 2009 tadi mendapati keadaanya sungguh gawat. Kelihatan mereka yang keluar dari rumah ini semuanya berpasang-pasang. Kami pernah menerima aduan dari mereka yang tidak mahu bersubahat dengan maksiat agar membuat serbuan ke atas kediaman ini. Kami juga mengajukan masalah ini kepada jabatan agama dan LANDAS sedia membantu jika mereka memerlukan bantuan. Agak hampa apabila jawapan yang di beri " kami tak dan ". Di persekitaran kediaman ini kami terserempak dengan beberapa orang pondan dan pemabuk.



Read More

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الله أكبر – الله أكبر – الله أكبر

ولله الحمد


Alhamdulillah
(الله أكبر) hari ini seluruh umat Islam merayakan hari Raya Qurban. Setiap kali tibanya hari raya ini seluruh umat Islam akan teringatkan betapa tingginya pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS dan keluarganya. Kerana taat akan perintah Allah Nabi Ibrahim tanpa berlengah telah menuruti apa yang diperintah olah Allah SWT meskipun yang akan dikorbankan ialah anaknya sendiri. Nabi Ismail AS pula sanggup dikorbankan semata-mata taat akan perintah Allah SWT. Nabi Ibrahim AS adalah salah seorang Nabi yang terlalu banyak pengorbanannya di dalam menyampaikan Islam. Nabi kita Mohamad S.A.W. adalah Rasul yang paling banyak berkorban untuk Islam dan umatnya. Islamnya kita hari ini adalah hasil usaha beliau dan para sahabat. Mereka tidak pernah mengenal erti penat lelah yang penting bagi mereka Islam tersebar ke seantero dunia. Nabi patah gigi dan koyak baju besi dalam peperangan Badar dalam usaha menyebarkan kalimah Allah. Para sahabat pula ramai yang terkorban dan ada yang dikuburkan di luar tanah air kerana syahid dalam perperangan. Kita bagaimana? Tidakkah terlintas di hati kita mahu turut serta sebagai aktivis dakwah secara parktikal di lapangan dalam usaha memulihkan umat yang semakin rosak ahlaknya. Lihat sahaja anak muda kita, siapa yang peduli. Mengapa kita hanya bercakap bahawa orang miskin sahaja yang perlu dibantu. Apakah mereka yang jauh dari Islam tidak perlu dibantu? Seharusnya kita juga turut merasa risau melihat akan perkembangan umat Islam hari ini. Ahlak mereka menjadi fitnah kepada Islam itu sendiri. Kepada aktivis LANDAS yang istiqomah dalam usaha amal ma’ruf nahi munkar, teruskan kerja istimewa ini. Jangan patah semangat meskipun kadang kala ada sedikit ujian semasa di lapangan. Ingatlah bahawa Allah S.W.T. tidak akan mensia-siakan pengorbanan kita. Kuatkan semangat dan perbetulkan niat. Berbanggalah kerana kita adalah sebahagian daripada mereka yang cinta dan sayang akan syariat Allah. Kepada mereka di luar sana, kami sekali lagi menghurkan tangan mempelawa anda untuk turut serta dalam kerja dakwah ini. Tiada yang lebih manis selain melihat syariat Allah dapat diamal dan ditegakkan di muka bumi ini - الله أكبر الله أكبر الله أكبر ولله الحمد

Read More

SPA di Pantai Cenang

Full body massage itu yang di tawarkan oleh pengusaha spa. berdasarka pengalaman kami dalam dakwah lapangan di Pantai Cenang kami khuatir SPA ini ada menawarkan khidmat pelacuran.
Read More

LIMA 2009 Fiesta

Pentas in mula didirikan pada 24hb. Terletak di dataran pekan Rabu, Langkawi. Entah apa yang nak di buat dengan pentas ini? Kalau tak ada hiburan maka berkuranglah orang berkunjung ke sesuatu tempat yang di rancang oleh kerajaan. Untuk melariskan sesuatu perniagaan maka kena ada sesuatu yang berunsur maksiat di masukkan bersama dalam program tersebut. Kami LANDAS Langkawi telah acap kali menyuarakan kepada mereka yang ada kuasa bertindak tentang agar lebih seriuas dalam menangani apa yang di katakan bunga-bunga maksiat.


Read More

Usrah LANDAS Langkawi pada 22hb Dec 2009

Usrah LANDAS Langkawi di pimpin oleh ustaz Zulkarnain Abidin Al Hafiz

Read More

CC Cafe di Pokok Asam



Suatu ketika saya pernah di beritahu oleh salah seorang Ahli Majlis bahawa pemilik premis ini pernah memohon lesen untuk beroperasi sebagai cafe. Kurang pasti samada telah mendapat lesen tetapi yang pasti ia telah beroperasi. Maklum tahu bahawa premis seperti ini lah yang berpotensi menjadi sarang pelacuran,samseng,judi dan arak tetapi mengapa masih di beri kebenaran kewujudannya. Saya amat pasti bahawa ada tempat di kawasan pekan Kuah akan menjadi kawasan hitam jika pihak berkuasa tidak membuat perancangan yang betul dalam mentadbir daerah kecil ini.
Read More

The Best Cafe Kelana Mas


Cafe ini terletak di hadapan restoran Hj Ali di pusat perdagangan Kelana mas.Terletak di kawasan terbuka.Seperti biasa 0rang Melayulah yang menghidupkan tempat seperti ini.Cafe ini di katakan milik orang Siam tetapi pekerja di kounternya adalah orang Melayu. Saya kurang pasti adakah cafe ini mempunyai lesen berniaga arak di tempat terbuka.Hanya ahli majlis sahaja yang tahu.Saya pernah beberapa kali meninjau di kawasan cafe ini dan memang mendapati orang Melayu adalah pelanggan utamanya.
Read More

LANDAS dalam Harian Sinar 19hb Nov 2009


Read More
PROGRAM LANDAS LANGKAWI
DAKWAH LAPANGAN

Read More

Usrah LANDAS Langkawi.


Sabar, bil hikmah dan bersangka baik adalah bekalan terbaik kepada seorang pendakwah kata Ustaz Hafiz Mustafa Lubis dalam usrah LANDAS Langkawi pada malam tadi 15hb 2009 di surau taman Desa Permata.Ahli LANDAS semakin hari semakin bertambah kerana kesedaran bahawa mencegah kemungkaran adalah wajib ke atas setiap individu muslim. Ramai tak dapat hadir kerana ada masalah yang tak dapat di elakkan. Ustaz Hafiz banyak membantu kami dalam menghadapi ranjau2 semasa dalam dakwah.
Read More


Aktivis membantu penguatkuasa awam membuat serbuan ke atas pasangan yang berkhalwat di pantai Cenang
Read More


Remaja lingkungan 15 tahun sdang menunggu rakan2 keluar dari disko
Read More

Pelajar sekolah di Disko Enikma

Kelihatan pelajar sekolah yang mabuk terpaksa di pimpin oleh rakan2 semasa keluar dari disko Aseanea. Jam pukul 4 pagi baru menunjukkan tanda2 disko ini akan di tutup. Hotel ini adalah milik orang Melayu Islam dan bounxer juga Melayu. Orang Melayu Islam menjadi alat kepada si kafir untuk mematikan hati2 umat Islam. Sedih dan terlalu sedih.
Read More


"Senyum" adalah salah satu cara aktivis menyampaikan dakwah. Jam pukul 2 pagi kami menemui sepasang remaja di tepi pantai
Read More

Babylon Bar


Bar di pantai Cenang yang menjadi tumpuan pemabuk Melayu dan bukan Islam. Jika anda berada di sekitarnya ada akan merasakan yang anda berada di Hawai. Di sini mereka bebas berpelukan. Bar ini beroperasi sehingga ke pukul 3 pagi. Kesemua premis jenis ini kepunyaanorang Melayu
Read More

Landaslangkawi di Pantai Cenang pd 13hb.2009


Aktivis LANDAS menggunakan pendekatan bil hikmah dalam memberi kesedaran kepada seorang remaja yang kami temui. Remaja ini tengah minum arak dan berduaan dengan perempuan bukan Islam semasa kami menjalankan tinjaun sepanjang Pantai Cenang
Read More




Mesyuarat NGO-NGO Islam Langkawi Gerakan Masyarakat Basmi Arak "GEMA" yang dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman di Masjid Nur al-Hidayah Kelebang, Langkawi.



Read More

MESYUARAT “GEMA” LANGKAWI

LANGKAWI - Mesyuarat Gerakan Masyarakat Basmi Arak oleh gabungan NGO Islam Langkawi di Masjid Kelibang. Antara NGO yang terlibat ialah, TERAS, ABIM, LANDAS, PERDAH dan PERKIM. Hasil mesyuarat telah menamakan gerakan ini sebagai GEMA. Gema bakal menggoncang bumi Langkawi. Keputusan mesyuarat bersama telah merangka cadangan untuk mengadakan dailog degan Ketua Polis Langkawi, Majlis Daerah Langkawi, Pejabat Daerah Langkawi dan seterusnya mendapatkan tandatangan dari penduduk tempatan supaya arak dinyahkan dari bumi Langkawi. Kempen kesedaran seperti mengedar risalah kepada masyarakat Islam tentang larangan Hadis Nabi s.a.w. mengenai 10 perkara yang yang apabila mereka lakukan melayakkan mereka tergolong di dalam mereka yang minum arak. Pihak LANDAS mencadangkan supaya kempen ini di buat secara agresif.

Read More

Kewajipan patuhi amar makruf nahi mungkar...

ALLAH SWT mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding makhluk lain. Justeru, manusia dianugerahkan dengan pelbagai keistimewaan yang seterusnya mengangkat mereka sebagai khalifah Allah SWT yang mentadbir dunia ini. Oleh itu, manusia terutama umat Islam ditaklifkan Allah SWT untuk menjunjung segala perintah-Nya sama ada berupa suruhan mahupun larangan. Antaranya ialah solat, zakat, puasa dan haji serta amalan amar makruf nahi mungkar. Ungkapan amar makruf nahi mungkar sering kali diulang-ulang di helaian al-Quran bagi membuktikan betapa penting dan tingginya amalan itu.

Malah, yang lebih menariknya ialah amalan amar makruf nahi mungkar adalah antara ciri utama sebagai umat yang terbaik. Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah SWT (dengan sebenar-benar iman).”– (Surah Ali Imran, ayat 110). Bertitik tolak dari sini, umat Islam wajib menginsafi bahawa mereka sebenarnya bertanggungjawab untuk melaksanakan kewajipan amar makruf nahi mungkar dalam konteks kehidupan seharian, selain menunaikan amalan fardu seperti solat, zakat, puasa dan haji.

Tambahan pula, konsep amar makruf nahi mungkar ini sebenarnya pendekatan bagi menyelesaikan segala kemelut atau gejala sosial yang melanda sesuatu masyarakat. Dengan wujudnya kesedaran masyarakat Islam dalam melaksanakan amar makruf nahi mungkar pasti akan menghasilkan satu komuniti harmoni dan sejahtera. Sejarah membuktikan bahawa antara punca kejatuhan dan kelemahan sesebuah kerajaan atau bangsa kerana berleluasanya maksiat atau penyakit masyarakat seperti rasuah dan kezaliman.
Sehubungan itu, Allah SWT menegaskan akibat yang menimpa umat terdahulu kerana kelalaian mereka menegakkan kewajiban amar makruf nahi mungkar ini.Firman Allah SWT bermaksud: “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan saja akan menimpa orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah SWT Maha berat azab seksanya.” (Surah al-Anfal, ayat 25).Jelas daripada inti pati ayat suci itu bahawa perbuatan membiarkan saja maksiat berleluasa dalam masyarakat akan membawa bala bencana yang bukan saja menimpa orang berdosa, malah masyarakat keseluruhannya. Oleh itu, setiap Muslim bukan saja diwajibkan menjauhi dirinya daripada perbuatan dilarang Allah SWT, malah wajib mencegah perbuatan terlarang itu daripada merebak dalam masyarakatnya.

Kisah kebinasaan kaum Bani Israel cukup menjadi pengajaran kepada umat Islam terhadap pentingnya amar makruf nahi mungkar dijulang dan ditegakkan bagi memastikan kelangsungan kehidupan manusia di bumi ini. Kisah mereka dirakam Allah SWT dalam surah al-Maidah, ayat 78-79 yang bermaksud: “Orang kafir Yahudi dari Bani Israel dilaknat (dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) daripada perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka lakukan.”

Lanjutan itu, Rasulullah saw memberikan panduan kepada umat Islam mengenai adab mencegah kemungkaran apabila dilihat berlaku dalam kehidupan seharian. Sabda Baginda bermaksud: “Sesiapa daripada kamu yang ternampak kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya atau mencegahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya dia tidak mampu dengan tangannya, maka hendaklah dia mengubahnya (mencegahnya) juga dengan lidahnya. Jika dia tidak mampu juga, maka dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.” – (Riwayat Muslim)
Dalam al-Quran, Allah SWT menjelaskan dengan terang mengenai perkara yang dihalal dan diharamkan kepada umat Islam. Oleh itu, amar makruf nahi mungkar wajib dilaksanakan selaras dengan apa yang terkandung dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Contohnya, kalau Allah SWT mengharamkan judi, riba, arak, kezaliman, fitnah memfitnah dan sebagainya, maka janganlah dibiarkan amalan itu dilakukan dan seterusnya merebak dalam masyarakat Islam. Ini kerana ia jelas larangan Allah SWT. Ringkasnya, apa saja perbuatan ditegah Islam adalah wajib dihalang dan dicegah agar tidak merebak dalam sesebuah masyarakat.

Sebaliknya, amar makruf pula lebih menjurus kepada menyeru umat Islam agar kembali kepada Islam secara keseluruhannya. Firman Allah bermaksud: “Wahai orang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.” – (Surah al-Baqarah, ayat 208) Dari sini, jelas bahawa amar makruf mempunyai pengertian luas merangkumi seluruh ruang lingkup kehidupan manusia. Menyeru manusia agar berakhlak mulia, berilmu dalam segala disiplin ilmu sama ada duniawi mahupun ukhrawi dan kembali kepada Islam termasuk dalam skop pengertian amar makruf. Begitu juga menyeru manusia ke arah perpaduan dan kesatuan ummah, menegakkan keadilan sosial, memerangi kemiskinan dan perjuangan menegakkan Islam termasuk dalam erti kata amar makruf. Pendek kata, perjuangan ke arah kebaikan dan kesejahteraan ummah sejagat menurut landasan Islam termasuk dalam pengertian amar makruf.

Meninjau senario umat Islam mutakhir ini, setiap umat Islam bertanggungjawab melaksanakan amar makruf nahi mungkar berdasarkan kemampuan dan kuasa yang ada pada mereka. Contohnya, ibu bapa bertanggungjawab terhadap anak dalam pemeliharaannya. Anak mereka wajib diasuh dengan tarbiah Islamiah agar menjadi anak soleh dan bermanfaat kepada masyarakat Islam. Sebaliknya, kalau anak mereka melakukan sesuatu bercanggah dengan nilai Islam dan norma masyarakat, maka ibu bapa bertanggungjawab untuk menegur anak mereka dan memelihara mereka daripada terjebak ke lembah larangan Allah SWT. Andainya tanggungjawab ini diabaikan, pasti harapan untuk membina institusi rumah tangga yang bahagia dan harmoni tidak akan tercapai.
Seterusnya, setiap anggota masyarakat bertanggungjawab menyemarakkan amar makruf nahi mungkar dalam konteks kemasyarakatan. Setiap orang sewajarnya berusaha ke arah menghidupkan sebuah masyarakat bertolak ansur, bersatu padu dan bekerjasama dalam segala lapangan hidup. Tidak ketinggalan, setiap orang wajib berwaspada terhadap sebarang unsur atau gejala negatif yang cuba meruntuhkan kerukunan dan kesejahteraan yang mengiringi hidup mereka.

Manakala bagi pihak kerajaan pula, dengan kekuasaan yang ada pada mereka boleh menguatkuasakan akta, enakmen atau undang-undang bagi memastikan amar makruf nahi mungkar dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Dengan pembabitan semua pihak dalam menjayakan amar makruf nahi mungkar, kerahmatan Ilahi juga yang akan menjelma memayungi kehidupan ummah sejagat. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat dan memberi zakat serta taat kepada Allah dan rasul-Nya. Mereka itulah akan diberi rahmat oleh Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.” – (Surah at-Taubah, ayat 71)

Jaga Diri N Hiasi Peribadi..
Oleh :iLa shuhaiLa
Read More

Laporan Sinar Harian 7 November 2009 - Operasi Dakwah Aktivis Landas Langkawi



Read More

Aktiviti Landas Langkawi sedang berkomunikasi di lapangan menyampaikan dakwah bil lisan dan mengedar risalah panduan cara hidup Islam







































Read More

Remaja perempuan di kounter karaoke Langkawi Fair


Aktivis LANDAS menemui remaja
di karaoke dan menasihatkan
mereka menjauhi tempat maksiat.
Read More

Restoran yang menghidangkan arak di Kg. Kuala Teriang.










Restoran orang bukan Islam di perkampungan orang Melayu menghidangkan arak sebagai menu utama. Sikap orang melayu yang terlalu baik hati dan bertoleransi tidak bertempat menyebabkan orang bukan Islam tidak menghormati orang Islam.
Read More